Tiap-tiap tahun, rakyat Malaysia kena menghadapi cuaca panas terik pada bulan-bulan tertentu. Tetapi, awal pertengahan tahun 2024 melihatkan cuaca yang lebih panas dari biasa akibat gelombang haba yang disebabkan oleh fenomena El Nino yang tengah melanda rantau-rantau negara tropika. Dengan ramalan cuaca panas ini yang akan berlanjutan sehingga pertengahan tahun, anda mungkin memerlukan lebih banyak penyaman udara di rumah untuk keselesaan penghuni. Selain dari penghawa dingin, anda juga boleh mendapatkan air cooler yang lebih mesra poket dan fleksibel. Baca lebih lanjut untuk ketahui air cooler terbaik di Malaysia di pasaran hari ini.
13 Air Cooler Terbaik Di Pasaran Malaysia
Nyamankan udara di rumah tanpa bil elektrik yang mengejutkan
1. Electrova iPure Series Evaporative Portable Air Cooler ET-AC01
Air cooler dari Electrova ini merupakan mesin 3-dalam-1 yang menawarkan tiga kaedah penyejukan iaitu melalui air, kotak ais, dan kipas (tanpa air). Ia mempunyai sudut peniupan 60° dan tiga mod kelajuan, iaitu mod angin tidur, mod angin semulajadi, dan mod angin normal. Ia juga dilengkapi dengan tangki air 7L dan empat kotak ais yang boleh digunakan semula.
2. Mind 4-in-1 Ionizer Air Cooler
Penyejuk udara Mind 4-in-1 Ionizer menambahkan ciri penapis udara di atas fungsi penyejuk udara, pelembab udara (humidifier), dan kipas, menjadikannya salah satu model air cooler terbaik di pasaran Malaysia yang anda boleh beli. Juga terdapat ciri ionizing yang mengurangkan pencemar di udara. Model ini mempunyai tangki air 20L yang boleh bertahan sehingga 48 jam.
3. Sharp Air Cooler
Penyejuk udara buatan Sharp ini menjanjikan operasi yang lebih lancar dan senyap dengan tahap bunyi serendah 55 dB. Ia juga mempunyai ciri penjimatan tenaga untuk penggunaan yang lebih ekonomi serta dilengkapi dengan alat kawalan jauh. Lebihan lagi, Ia mempunyai rekaan ergonomik yang menyenangkan penyelenggaraan.
4. PerySmith T9 Air Cooler
Dengan teknologi Zefer, penyejuk udara PerySmith ini menampilkan reka bentuk putaran unik pada sudut 45° yang mampu menghasilkan sirkulasi udara optimum melalui tiupan udara yang konsisten dari satu sudut. Teknologi eksklusif ini juga menghasilkan operasi tanpa bunyi. Selain itu, ia dilengkapi dengan penapis berbentuk sarang lebah yang meningkatkan kesan penyejukan dan penapisan udara.
5. Russell Taylors iCool Air Cooler
Dengan reka bentuknya yang ringan, penyejuk udara Russell Taylors ini mudah digerakkan untuk memberi kesejukan ke mana-mana sudut di rumah yang memerlukannya. Berbanding dengan penyaman udara lain yang biasanya menggunakan lebih daripada 3500 watt, iCool air cooler hanya menggunakan 80 watt tenaga sahaja. Di samping itu, ia disokong dengan jaminan dua tahun.
6. Honeywell Air Cooler TC30PEUI
Air cooler berkuasa 30L dari Honeywell ini sesuai untuk bilik sehingga 26 m² besar. Ia mempunyai ioniser terbina untuk membekalkan udara yang lebih segar, louvre berayun untuk penyejukan yang sekata seta tiga tahap kelajuan kipas. Selain itu, ia juga mempunyai penggera tahap air rendah bagi memastikan pengisian semula air pada masa yang betul, manakala kastor tahan lama menawarkan mobiliti mudah di sekitar ruang anda.
7. Morgan MAC-COOL1B Air Cooler
Salah satu model penyejuk udara yang paling laris di Malaysia, air cooler Morgan MAC-COOL1B walaupun berpatutan tetapi penuh dengan fungsi-fungsi termasuk tiga kelajuan kipas, louver auto swing, dan penapis sarang lebah dengan penutup tahan habuk yang lebih tahan lama. Selain daripada penyejukan udara, ia juga boleh melembabkan udara.
8. Pensonic PAC-104M Air Cooler
Penyejuk udara Pensonic ini menawarkan penyejukan yang mantap dengan sistem kitaran percikan pam air, penapis berbentuk sarang lebah, dan reka bentuk kalis habuk. Ia mempunyai tangki air 7L terbina, tiga tahap kelajuan kipas boleh laras, ayunan automatik mendatar, serta kawalan manual aliran udara menegak. Ia juga datang dengan dua pek ais yang boleh digunakan untuk penyejukan tambahan.
9. Cocca Evaporative Air Cooler
Jika penyejuk udara dengan kapasiti tangki air 20L masih tidak mencukupi untuk keperluan anda, bolehlah dapatkan air cooler dari Cocca yang terdapat dalam kapasiti 30L, 40L, 60L, dan 100L! Ini adalah antara air cooler heavy duty terbaik di Malaysia untuk menyejukkan ruang atau kawasan yang besar. Ia berfungsi dengan menggunakan air atau tanpa air (mod kipas).
10. Hulmers HM-102Y Portable Air Cooler
Menggabungkan kemudahan teknologi dengan kecekapan penyejukan, Hulmers HM-102Y menawarkan panel sentuh dan alat kawalan jauh untuk pengendalian mudah. Dengan ayunan sudut lebar, timer tujuh jam, dan rekaan jimat tenaga, ia memberikan aliran udara yang kuat namun senyap.
11. Swiss Thomas Air Cooler
Penyejuk udara dari Swiss Thomas ini menonjol dengan reka bentuk tangki air berkembar, saluran udara yang besar, dan tetapan berbilang fungsi termasuk penyejukan, hayunan, dan timer 8 jam. Tambahan pula, sistem kitar semula air yang mesra alam, jaring saluran udara yang selamat untuk kanak-kanak, serta penapis fiber memastikan penyejukan yang cekap dan selamat.
12. Hericaine Portable Air Cooler
Kebanyakan penyejuk udara di pasaran adalah unit lantai. Jika anda tercari-cari model yang boleh diletakkan di mana-mana permukaan, penyejuk udara mudah alih dari Hericaine ini wajib dipertimbangkan. Dengan rekaan mini, ia sesuai diletakkan di meja tulis, meja sisi katil, ataupun mana mana saja tempat yang memerlukannya.
13. Xiaomi Microhoo Mini Air Cooler
Air cooler mini buatan Xiaomi ini mempamerkan ciri-ciri canggih seperti panel kawalan skrin sentuh dan sokongan aplikasi mudah alih yang boleh memaparkan paras tangki air terus di telefon bimbit pengguna. Selain itu, penyejuk udara ini boleh dicas melalui USB-C.
Kekal Sejuk Tanpa Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Salah Satu Model Air Cooler Terbaik Di Malaysia Ini
Walaupun penghawa dingin tetap menjadi pilihan paling popular di rumah-rumah di Malaysia, air cooler adalah alternatif terbaik seterusnya dengan kelebihan-kelebihan tertentu seperti lebih mesra dompet and alam sekitar. Mereka yang tidak mempunyai penghawa dingin di rumah bolehlah pertimbang untuk mendapatkan air cooler terbaik di Malaysia yang amat berkesan untuk melawan cuaca panas.
Baca selanjutnya: Nak Sejukkan Rumah Tanpa Penghawa Dingin? Dapatkan Kipas-Kipas Siling Terbaik Ini