Beli Sekarang Bayar Kemudian Je Di Kedai Fizikal Dengan Shopee SPayLater

SPayLater by Shopee beli sekarang bayar kemudian

Trend “beli sekarang, bayar kemudian” (BNPL) semakin popular akhir-akhir ini, tatkala pembelian dalam talian kian menjadi norma masyarakat. Semakin banyak platform jualan mula menawarkan kemudahan pembayaran secara ansuran kepada semua pengguna. Di Malaysia, kita mempunyai servis seperti GrabPayLater, Atome, dan Shopee SPayLater. Bercakap mengenainya, tahukah anda bahawa SPayLater juga boleh digunakan untuk pembelian di kedai fizikal? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut! 

Ya, Anda Boleh Membuat Pembelian Di Kedai Fizikal Menggunakan Shopee SPayLater

ShopeePay QR and DuitNow QR spaylater shopee
Credit: Shopee

Di Malaysia, konsep beli-sekarang-bayar-kemudian sering dikaitkan dengan pembelian dalam talian sahaja. Ramai mungkin tidak tahu bahawa ia juga boleh diggunakan untuk membeli barang di kedai fizikal dengan adanya Shopee SPayLater. Anda hanya perlu mengimbas kod QR ShopeePay ataupun kod QR DuitNow di kaunter kedai melalui pengimbas QR yang terdapat dalam aplikasi Shopee, dan kemudiannya memilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran anda. Sebagai alternatif, peniaga juga boleh mengimbas kod QR ShopeePay dalam aplikasi anda untuk melaksanakan pembayaran.

Dengan lebih 1.6 juta peniaga di seluruh Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran melalui DuitNow QR, anda bukan saja boleh menggunakan SPayLater untuk membeli peranti elektronik seperti telefon pintar dan barangan fesyen, tetapi juga membayar untuk makanan dan banyak lagi. Antara peniaga-peniaga yang menerima pembayaran SPayLater termasuklah:

  • Giant 
  • Lotus’s
  • Puma
  • Subway
  • Sasa
  • Switch
  • vivo

Mengapa Guna Shopee SPayLater Di Kedai Fizikal?

a woman making a cashless payment in store beli sekarang bayar kemudian
Kredit: Seamoney

Anda mungkin tidak pernah terfikir untuk menggunakan perkhidmatan beli-sekarang-bayar-kemudian untuk membeli barangan harian di kedai-kedai. SPayLater bukan sahaja menawarkan fleksibiliti pembayaran yang menjadikan barangan lebih mampu milik, tetapi juga mendatangkan pelbagai ganjaran. 

Selain pembayaran yang lebih mudah dan pantas, anda boleh menikmati cashback eksklusif, diskaun, dan pelbagai tawaran sepanjang tempoh promosi. Buat masa ini, pengguna yang berbelanja RM40 ke atas untuk pembelian di kedai fizikal akan menerima 300 Shopee Coins. Bukan itu sahaja, pengguna baru akan mendapat RM5 cashback apabila mereka berbelanja lebih daripada RM20 dengan menggunakan SPayLater buat pertama kalinya. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

Berbelanja Dengan Bertanggungjawab Apabila Menggunakan Servis BNPL 

Ya, prospek memiliki barangan yang anda inginkan tanpa menghabiskan wang dompet adalah sangat menarik. Namun, ia juga boleh menjadi perangkap jika anda tidak berhati-hati dengan perbelanjaan anda. Amatlah menggoda jika anda boleh memiliki gajet terkini atau barangan fesyen yang paling trendy tanpa membayar harga penuh, tetapi jangan membuat kesilapan berbelanja di luar kemampuan anda.

Adalah penting untuk kita semua mengamalkan pembelanjaan bertanggungjawab pada setiap masa, dan ini termasuk berbelanja mengikut kemampuan diri dan mengenal pasti corak perbelanjaan. Dengan perkhidmatan beli-sekarang-bayar-kemudian, anda harus bajet harga penuh barangan yang dibeli dan pastikan anda mampu menunaikan bayaran ansuran di bulan-bulan hadapan. Kenal pasti dan bezakan antara kehendak dan keperluan. Servis seperti Shopee SPayLater boleh membantu meringankan beban kewangan jika anda kesempitan wang, tetapi ia bukan lesen untuk berbelanja secara impulsif!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai SPayLater, bolehlah sertakan borang pertanyaan di sini atau hubungi khidmat pelanggan Shopee di atas talian 03-2777-9222.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *