10 Resort Paling Best Di Janda Baik Untuk Percutian Luar Bandar

best janda baik hotel

Sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, Janda Baik terdiri daripada kawasan berbukit yang terletak di pinggiran negeri Pahang. Dengan kehijauan subur dan udara segar yang tidak dicemari serta dikelilingi bunyi alam semula jadi, ia menawarkan suasana yang jauh berbeza dengan hutan konkrit yang menjadikannya destinasi popular untuk percutian singkat di luar bandar. Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan bandar untuk beberapa hari bersama keluarga atau sahabat-sahabat, kami mengesyorkan beberapa resort paling best di Janda Baik. Tak payah pandu jauh-jauh untuk tempat healing terbaik

10 Resort Dan Vila Best Di Janda Baik Untuk Percutian Luar Bandar

Sesetengah lokasi ini juga sesuai untuk mengadakan acara-acara termasuk imajlis perkahwinan.

1.   Tiarasa Escapes

best janda baik resort tiarasa
Kredit: @tiaraescapes di Instagram

Ramai memuji Tiarasa Escapes sebagai salah satu resort paling best di Janda Baik yang menyediakan kem gaya Bohemian, vila atas pokok, dan kemudahan-kemudahan yang diselenggara dengan baik. Dikelilingi pokok-pokok yang menjulang tinggi serta kebun-kebun, terdapat banyak yang anda boleh lakukan di lokasi glamping premium ini yang terbentang seluas tujuh ekar tanah seperti mendaki bukit dan menikmati sesi barbeku. Anda juga boleh menyertai sesi bonfire yang diadakan tiap-tiap malam.

Alamat Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel 012-887 7777
Harga bilik Bermula dari RM990

Laman Web | Facebook | Instagram

2.   Harmony Valley Retreat

Harmony Valley Retreat resort best di janda baik
Kredit: Harmony Valley Retreat di Facebook

Bersebelahan sebuah taman organik, Harmony Valley Retreat terletak di sebuah kawasan lapang yang menghadap pemandangan pergunungan berkabus Janda Baik. Untuk mengelakkan kesesakan, tempat ini hanya menyediakan 10 bilik di sebuah rumah agam yang serba lengkap dengan kemudahan dan sesuai menempatkan pasangan atau keluarga kecil. Setiap tempahan penginapan disertakan sarapan dan Wi-Fi percuma. Terdapat juga sebuah restoran berhampiran yang menghidangkan sajian Asia yang memudahkan para penginap mencari makanan.

Alamat Lot 345, Jalan Sum Sum Dua, Tana Rimba, Off Jalan Janda Baik, 28750 Kampung Bukit Tinggi, Pahang
E-mel/No.Tel 09-233 0060
Harga bilik Bermula dari RM303

Facebook

3.   Happi Village

Happi Village resort best di janda baik
Kredit: Happi Village di Facebook

Happi Village merupakan salah satu resort paling best di Janda Baik yang menawarkan pengalaman penginapan yang tidak mudah dilupakan. Terbentang di kawasan tepi bukit, tempat penginapan ini tersembunyi di sebalik pokok yang menjulang tinggi dengan pemandangan lereng gunung yang mengagumkan dari semua arah. Sementara itu, vila ini menyediakan makanan yang menggunakan tanaman sayur-sayuran, herba, dan buah-buahan segar dari ladang-ladang berdekatan.

Alamat Lot A848, PT 14333 Kampong, 28750 Kampung Janda Baik, Pahang
E-mel/No.Tel 012-321 7215
Harga bilik Bermula dari RM320

Facebook

4.   Danau Daun Chalets

Danau Daun Chalets resort best di janda baik
Kredit: @elrsb.yleo dan @destinasipercutian di Instagram

Sebagai salah satu vila terbaik di Janda Baik untuk keluarga dan rombongan kecil, Danau Daun Chalets menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk para penginap Terdapat enam chalet pilihan, tiga daripadanya dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Setiap chalet boleh memuatkan sehingga lapan tetamu dan dilengkapi dengan viewing deck serta tempat barbeku. Selain itu, anda perlu tahu bahawa tempat penginapan ini tidak menyediakan kemudahan Wi-Fi di samping line telefon yang kurang stabil. Ini memberikan peluang yang baik untuk anda lebih mendekati suasana alam semula jadi tanpa gangguan alat elektronik.

Alamat Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, 28750 Kampung Janda Baik, Pahang
E-mel/No.Tel 010-239 7400
Harga bilik Bermula dari RM320

Laman Web

5.   Embun Luxury Villas

Embun Luxury Villas resort best di janda baik
Kredit: @sasaphoenix and @atif.zul via Instagram

Manjakan diri anda dengan penginapan di Embun Luxury Villas, di mana vila-vila dilengkapi gaya hotel lima bintang. Fikir ruang tamu yang luas, perkakas elektrik terkini, rain shower, lantai marmar di bilik mandi dan barang-barang berjenama yang unik untuk setiap satu vila. Selain itu, terdapat juga sebuah clubhouse berdekatan yang menyediakan infinity pool serta tempat menjamu selera dengan permandangan hutan persekitaran yang indah.

Alamat Lot 6250 & 6251, Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel 09-233 0396 | 09-233 0376
Harga bilik Bermula dari RM950

Laman Web | Instagram

6.   Enderong Resort

Enderong Resort resort best di janda baik
Kredit: Enderong Resort di Facebook

Enderong Resort pernah memenangi anugerah untuk seni binanya yang mengagumkan. Rumah agam ini terletak 2,000 kaki di atas paras laut dengan pemandangan anggun dan mempunyai lapan bilik besar yang boleh memuatkan sebanyak 26 tetamu pada masa yang sama. Terdapat juga sebuah dewan umum yang boleh digunakan untuk menganjurkan parti atau sebarang acara.

Alamat C21, Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel 09-233 0533 | 09-233 0512
Harga bilik Bermula dari RM550

Laman Web | Facebook | Instagram

7.   Twinkle Villa

Twinkle Villa resort best di janda baik
Kredit: Twinkle Villa di Airbnb

Twinkle Villa terdiri daripada empat bangunan rumah dan setiap satunya memaparkan reka bentuk unik yang tersendiri. Salah satunya, Rumah Cengal, pernah menerima anugerah 2017 Malaysian Institute of Architect’s Gold Award for Building Of The Year dengan seni bina yang menyerlah. Bertempat di Tanarimba di mana pemandangan bukit berkabus sedia menyejukkan mata anda, rumah-rumah kontemporari ini menyediakan empat bilik, ruang tamu yang dihiasi dengan karya seni halus dan taman atas bumbung.

Alamat Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel DM melalui media sosial
Harga bilik Bermula dari RM486

Airbnb | Facebook

8.   Plateau Farmhouse

Plateau Farmhouse
Kredit: Ricki di Airbnb

Rumah ladang ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan barang keperluan termasuk peralatan dapur dan mandian untuk penginapan yang selesa. Namun, kami berjangka anda akan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah melakukan pelbagai aktiviti menarik di ladang.

Alamat Jalan Damai 3, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel DM melalui media social
Harga bilik Bermula dari RM320

Laman Web | Airbnb | Facebook | Instagram

9.   Rest.Pause. Rainforest Retreat

Rest. Pause. Rainforest Retreat
Kredit: Rest. Pause. Rainforest Retreat

Jika idea untuk ber-healing di sebuah tempat yang diiringi bunyi aliran air, celoteh monyet hutan, dan panggilan burung enggang yang datang dari hutan hujan tertua di Malaysia Barat memberikan sebuah gambaran percutian hujung minggu yang sempurna untuk anda, buatlah perancangan ke tempat ini. Ia menjanjikan suasana yang cukup ideal untuk anda melepaskan diri daripada kesibukan kehidupan bandar.

Alamat Lot A293, Jalan Tanarimba Sum Sum, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel contact@rest-pause.com
Harga bilik Bermula dari RM1,200

Laman Web | Airbnb | Facebook | Instagram

10.   Charis Janda Baik

Charis Janda Baik
Kredit: Charis Janda Baik di Facebook

Jika anda suka bersantai sambil menyertai aktiviti-aktiviti luar yang menyeronokkan, Charis Janda Baik adalah antara resort paling best untuk percutian anda. Selain menawarkan vila dengan kolam renang peribadi, tempat ini juga menyediakan kemudahan barbeku, bola sepak pantai, aktiviti memanah, ping pong, dan ATV. Keluarga dengan anak-anak kecil pasti akan suka melancong di sini.

Alamat Lot 8535 Kuala Lurah, Chemperoh, Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
E-mel/No.Tel charisjandabaik@gmail.com l 012-9981403 (WhatsApp)
Harga bilik Bermula dari RM950

Laman Web | Airbnb | Facebook | Instagram

Rehat Jiwa Dan Minda Anda Di Resort-Resort Paling Best Di Janda Baik

a view of a hill behind a rooftop
Kredit: Enderong Resort di Facebook

Selain daripada udara bersih nyaman dan persekitaran yang menenangkan, apa yang menjadikan Janda Baik begitu menarik sekali untuk penduduk bandar adalah lokasinya yang berdekatan dengan Lembah Klang. Jadi, jika anda berhasrat untuk pergi bercuti di dalam negara tanpa perlu memandu jauh, tempahlah penginapan anda di resort-resort Janda Baik yang best ini.

Leave a Reply