7 Resipi Rendang Daging Simple Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Gerenti Menjadi!

resepi rendang daging simple

Jika ada satu hidangan yang wajib ada pada sambutan Hari Raya selain ketupat dan lemang, hidangan tersebut mestilah rendang. Rendang lazat dengan kepedasan yang cukup pasti menambat selera apabila dinikmati bersama-sama nasi putih atau Nasi Beriani. Antara jenis rendang yang popular ialah rendang daging Negeri Sembilan atau rendang daging Minang, rendang tok, rendang daging Johor, dan rendang dendeng.

Walaupun rendang merupakan hidangan yang menjilat jari, kita semua tahu bahawa juadah ini sedikit rumit untuk dimasak kerana ramuannya yang banyak dan masa memasak rendang yang lama. Nak buat kerisik pun bukan senang tau!  Tapi, jangan risau kerana terdapat resipi mudah untuk dicuba. Dengan itu, kami kongsikan dengan anda beberapa resipi daging rendang simple yang tetap menghasilkan kelazatan yang luar biasa, sama macam resepi Che Nom.

Resipi Rendang Daging Simple Tetapi Sedap, Dikongsikan Khas Daripada YouTube

Anda dah bersedia nak masak rendang daging simple ni? Kalau dah, jom kita tengok resipi-resipi ni satu-persatu.

Resipi Rendang Daging Tanpa Rempah 

Cara masak rendang tanpa rempah? Boleh ke? Video resipi rendang daging simple ini adalah daripada Malina Lina Pg yang memahami betapa sukarnya memasak rendang jika tidak mempunyai stok rempah yang banyak. Cara masak rendang daging ini ringkas kerana mempunyai senarai bahan yang pendek.

Bukan itu sahaja, langkah-langkah untuk memasaknya juga cukup mudah. Namun, seperti semua resipi rendang daging yang lain, anda masih perlu memasaknya selama kira-kira dua hingga tiga jam untuk mendapatkan daging rendang yang empuk dan tidak liat. Jom tengok bahan-bahannya. Tanpa jintan manis dan jintan putih pun tetap memikat selera!

Bahan-bahan:

Resipi Rendang Daging Dengan Buah Keras

Resipi simple dari Ainul Raidhah ini menggunakan buah keras untuk menambah sedikit oomph kepada rendang yang dimasak dan juga untuk memekatkan lagi kuah rendang. Sama seperti resipi di atas, senarai bahan untuk resipi ini agak pendek dan langkah-langkahnya amat mudah diikuti. Resipi ini sesuai dimasak dalam kuantiti yang banyak, jadi ia sesuai dihidangkan sebagai juadah Aidilfitri kepada ahli keluarga yang ramai. Barulah boleh tambah nasi banyak kali! 

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 1 kg daging 
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Segenggam cili padi campur merah dan hijau
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Kunyit hidup
  • 5-7 batang serai (bergantung pada saiz)

Bahan-bahan tambahan: 

  • 2 biji kelapa (diperah sekali untuk santannya)
  • 6 sudu kerisik
  • 2 biji buah keras (ditumbuk halus)
  • Minyak
  • Garam dan perasa
  • 3 helai daun kunyit 
  • 6 helai daun limau purut

Resipi Rendang Shortcut Menggunakan Instant Pot

(Nota: Video ini adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi anda boleh menggunakan terjemahan automatik untuk menontonnya dalam Bahasa Melayu.)

Sekiranya anda terkejar-kejar masa dan tidak mempunyai kelapangan untuk menyediakan bahan-bahan atau masuk ke dapur untuk memasak, cara masak rendang daging simple inilah yang anda perlukan! Ia menggunakan pes rendang yang telah dicampur sempurna dan selepas itu, semua bahan yang lain dimasukkan ke dalam periuk tekanan Instant Pot bersama-sama bahan yang lain untuk dimasak dalam masa kurang daripada satu jam. 

Cara buat rendang daging ini sesuai untuk mereka yang sibuk (atau tidak berapa rajin)  tetapi masih mahu menghasilkan satu hidangan Raya yang enak. Anda mungkin tidak akan menemui resipi rendang daging simple yang lebih ringkas daripada ini! 

Bahan-bahan:

Resipi Rendang Daging Menggunakan Periuk Tekanan (Pressure Cooker)

Satu lagi resipi simple menggunakan periuk tekanan elektrik, resipi rendang daging simple ini menggunakan bahan-bahan segar tetapi tempoh masa memasak adalah lebih pendek. Video ini menampilkan periuk tekanan Philips, tetapi anda boleh memilih mana-mana periuk tekanan elektrik pelbagai fungsi. Walau bagaimanapun, periuk tekanan yang anda gunakan perlu mempunyai fungsi “bakar” atau “bake” jika anda ingin menghasilkan rendang yang lebih kering atau lebih pekat.

Bahan-bahan kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2-inci kunyit hidup
  • 1-2 inci lengkuas
  • 1-2 inci halia
  • 5-6 biji lada hidup

Bahan-bahan untuk tumis:

Bahan-bahan tambahan:

  • Santan pekat
  • Kerisik
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun kunyit (diracik)
  • Daun limau purut

Resepi Rendang Daging Mudah Menggunakan Low Pressure Cooker

Kalau resipi-resipi sebelum ini gunakan pressure cooker, resipi rendang daging simple oleh iCookAsia ini memerlukan anda untuk menggunakan low pressure cooker pula. Masa memasak adalah pendek. Tak sampai satu jam anda dah boleh menghidangkan juadah ini untuk Hari Raya. Anda cuma perlu tumis bahan kisar termasuk tiga sekawan,  kemudian masukkan daging dan air ke dalam low pressure cooker. Selepas 15 minit baru boleh masukkan garam dan sebagainya, dan masaklah sehingga pecah minyak dan pekat. 

Bahan-bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci kunyit
  • 4 sudu besar pes cili

Bahan-bahan untuk ditumbuk:

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih

Bahan-bahan lain:

  • 4 sudu besar minyak
  • 500g daging
  • Air separas daging
  • 150ml santan 
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu kecil garam

Resepi Rendang Daging Anti Gagal Untuk Newbie

Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti mahu. Buat anda yang pertama kali nak masak rendang daging, resepi yang dikongsikan oleh Dapur Berasap ini pasti takkan menghampakan anda kerana gerenti menjadi. Resepi rendang daging simple ini bukan sahaja mudah untuk diikuti malah rasanya dijamin sedap! Rata-rata yang pernah mencuba resipi ni memang tak putus-putus memuji kelazatannya. Anda pun boleh cuba di rumah untuk Raya nanti. 

Bahan-bahan kisar:

  • 11 labu bawang merah
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 9 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 9 biji cili padi

Bahan-bahan kisar kering:

  • 3 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar  jintan putih 

Bahan-bahan lain:

  • 2kg daging
  • 1.5kg santan
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 helai daun kunyit (dihiris )
  • 1/2 keping gula melaka
  • 2-3 keping asam
  • garam secukup rasa
  • 7 sudu besar cili kisar
  • 7 sudu besar  kerisik
  • minyak secukupnya

Resipi Pes Rendang Segera Menggunakan Dapur Memasak

Anda tidak mempunyai periuk tekanan, tetapi ingin menggunakan pes rendang segera? Jangan risau, resipi rendang daging simple ini menggabungkan penggunaan pes rendang segera dan dapur memasak biasa. Bahan-bahan untuk resipi ini juga tidak banyak, jadi anda boleh memasak rendang tanpa perlu membeli pelbagai jenis bahan.

Resepi rendang daging berkuah ini sesuai untuk mereka yang sukakan rendang yang tidak kering. Boleh tambah air jika anda mahukan lebih banyak kuah, atau masak lebih lama lagi untuk hidangan yang lebih kering.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus perencah rendang segera
  • 2 bungkus serbuk santan segera
  • 200ml air
  • 4 sudu besar minyak
  • 500g daging
  • Daun limau purut
  • Air asam jawa (3 sudu besar asam jawa dicampurkan dengan 1 cawan air)

Cubalah Resipi-Resipi Ini Di Rumah Untuk Memeriahkan Lagi Suasana Raya Tahun Ini

resepi rendang daging simple
Kredit: Bawah Reserve dari Unsplash

Memandangkan kita telah berada di dalam fasa endemik, harap-harap Raya kali ini akan disambut dengan lebih ceria berbanding tahun lepas asalkan patuh SOP. Sajikanlah keluarga anda dengan hidangan rendang daging simple yang lazat, walaupun anda bukan seorang jaguh di dapur. Jangan lupa juga untuk hidangkan kuih dan biskut raya buat tetamu anda. Terdapat aneka kuih raya simple dan biskut raya viral yang wajib ada di Aidilfitri. Nak buat kuih raya sendiri pun boleh. Bacalah artikel kami untuk menghasilkan beberapa jenis biskut Raya dengan mudah di rumah!

Leave a Reply