Tidak suka makanan yang diperam tetapi inginkan bakteria baik dalam sistem imun anda? Anda perlu masukkan tabiat makan probiotik dalam rutin harian anda. Seperti makanan yang diperam, probiotik mengandungi bakteria baik dan bermanfaat dalam membantu memecahkan makanan, menghasilkan vitamin, dan melindungi badan daripada patogen. Ia datang dalam bentuk serbuk atau kapsul yang mudah dihadam. Tetapi bagaimanakah ia berfungsi dalam badan kita dan apakah probiotik terbaik di pasaran Malaysia kini? Teruskan membaca kerana kami akan menjelaskan segalanya di bawah ini.
Apakah Peranan Probiotik Dalam Badan?
Anda mungkin berfikir bahawa semua bakteria adalah buruk dan bahaya, tetapi itu tidak benar sama sekali dengan probiotik. Probiotik sebenarnya terdiri daripada bakteria hidup ‘baik’ yang menjaga kesihatan anda melalui sistem perncernaan dengan:
- Menambah semula bakteria baik yang hilang dari badan anda, contohnya akibat pengambilan antibiotik atau arang.
- Mengembalikan keseimbangan bakteria baik dan buruk dalam usus bagi memastikan badan anda berfungsi secara optimum.
Probiotik biasanya digunakan untuk mengurangkan gejala gastrointestinal seperti gas, kembung, dan sembelit. Terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan positifnya dalam kesihatan saluran kencing dan faraj, mencegah selsema, serta menangani ekzema.
9 Probiotik Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Malaysia
Pilih daripada kapsul, serbuk, ataupun gummies.
1. Lacto-5 Locally Derived Probiotics
Mengandungi: Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus.
Salah satu kelebihan utama probiotik Lacto-5 adalah ia diformulasikan khusus untuk rakyat Malaysia dengan strain bakteria tempatan yang boleh hidup lebih lama dalam usus. Diambil secara konsisten, Lacto-5 bukan sahaja membantu memperbaiki pencernaan, tetapi juga menguatkan sistem imun, mengurangkan intoleransi laktosa, dan meningkatkan penyerapan mineral.
Selain itu, probiotik ini disah halal dan sesuai untuk diambil kanak-kanak dan orang dewasa. Jadi tidak perlulah membeli probiotik berasingan untuk seisi keluarga.
2. VitaHealth Probiotic 6 + Inulin
Mengandungi: Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus casei, Lactobacillus plantarum, Lactobacillus bulgaricus, Bifidobacterium infantis, Bifidobacterium longum, inulin
Dengan 10 bilion probiotik hidup dalam satu kapsul, suplemen probiotik VitaHealth ini mampu memberikan peningkatan bakteria baik yang sangat diperlukan kepada mikroflora usus anda. Ini membantu memulihkan keseimbangan dalam usus yang membawa kepada fungsi pencernaan yang lebih baik. Selain daripada enam strain probiotik, suplemen ini juga mengandungi inulin, iaitu sejenis prebiotik yang juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus anda.
3. GKB Probio+
Mengandungi: Lactobacillus rhamnosus, Lactobacillus helveticus, Lactobacillus fermentum, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus, fructooligosaccharides, inulin
GKB Probio+ yang laris dijual di Malaysia adalah probiotik dua-dalam-satu yang mengandungi kedua-dua pro dan prebiotik. Kedua-duanya bekerja dalam simbiosis untuk mengekalkan keseimbangan usus anda yang merupakan kunci untuk menguatkan imuniti dan membina daya ketahanan terhadap masalah pencernaan seperti sembelit dan cirit-birit. Probiotik halal ini datang dalam bentuk granul yang sedia untuk dimakan, di mana setiap sachet mengandungi sebanyak 20 bilion probiotik.
4. 21st Century Probiotics
Mengandungi: Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus selvarius, Bifidobacterium bifidum, Streptococcus thermophilus
21st Century Probiotics antara probiotik terbaik yang terdapat di pasaran Malaysia dengan harga yang berpatutan. Satu botol berharga bawah RM20 mengandungi 30 biji kapsul dan setiap kapsul memberikan sebanyak 8 bilion probiotik. Anda boleh menelan kapsul-kapsul tersebut begitu sahaja dengan air ataupun membuka kapsul dan melarutkan kandungannya ke dalam jus atau susu untuk anak-anak.
5. Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic
Mengandungi: Bifidobacterium lactis, Bifidobacterium lactis, Lactobacillus acidophilus
Berdasarkan bukti saintifik, formula berkualiti Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic ini menggabungkan tiga strain bakteria yang bekerjasama mempromosikan kesihatan usus dan menyokong pencernaan yang lancar. Lebih baik lagi, ia selamat dimakan oleh mereka yang mempunyai diet yang sensitif kerana tiada tambahan laktosa, gluten, yis, telur, soya, perisa tiruan, atau pewarna dalam suplemen ini.
6. Bio-Life A. B. Adult Gold Pre & Pro
Mengandungi: Lactobacillus plantarum, Bifidobacterium lactis, chicory inulin
Bio-Life A. B. Adult Gold Pre & Pro merupakan salah satu probiotik terbaik di Malaysia untuk warga emas yang ingin mengekalkan pergerakan usus yang sihat. Gabungan probiotik dan prebiotik yang mesra usus membantu memulihkan flora usus, melancarkan pergerakan usus, dan meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrien—semuanya penting untuk mereka yang berusia.
Tambahan itu, Bio-Life juga menawarkan versi “Junior” dengan strain probiotik yang lebih sesuai untuk keperluan kanak-kanak.
7. Life Space Adult Broad Spectrum Probiotic
Mengandungi: L.rhamnosus Lr-32, B. lactis BI-04, L. plantarum Lp-115, L.rhamnosus GG, S. thermophilus St-21, L, casei Lc-11
Probiotik dari jenama Life Space ini adalah suplemen berkualiti tinggi yang mengandungi 15 strain bakteria bermanfaat dengan sejumlah 32 bilion CFU (unit pembentuk koloni) dalam setiap kapsul. Strain-strain ini termasuk spesies Lactobacillus dan Bifidobacterium, yang diketahui mempunyai kesan positif pada kesihatan usus.
Probiotik ini diformulasikan tanpa gluten, tenusu, atau bahan tambahan tiruan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai keperluan diet. Pengambilan secara berkala boleh membantu mengimbangkan flora usus, mengurangkan ketidakselesaan pencernaan, dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan tubuh badan.
8. HEXBIO Granule Probiotic
Mengandungi: Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus casei, Lactobacillus lactis, Bifidobacterium bifidum, Bifidobacterium infantis, Bifidobacterium longum
Mencari probiotik yang disah halal dengan pensijilan GMP? HEXBIO adalah salah satu probiotik terbaik di Malaysia yang memenuhi kedua-dua kriteria ini. Dihasilkan untuk golongan dewasa yang kerap sibuk bekerja, probiotik ini membantu mengatasi tekanan dan mencegah penyakit dengan hanya menggantikan bakteria baik dalam usus anda.
Tidak hairanlah HEXBIO disyorkan oleh para doktor dan digunakan secara meluas di hospital. Setiap hidangan mengandungi enam strain bakteria yang bermanfaat dan sejumlah 30 bilion probiotik. Ia juga bebas dari gula, gluten, dan alergen umum, maka ideal untuk pesakit diabetes serta mereka yang tidak toleran terhadap gluten dan laktosa.
9. Swisse Probiotic & Prebiotic Gummies
Mengandungi: 3 Billion CFU probiotik, inulin
Jika anda menghadapi kesukaran menelan pil, probiotik kunyah gummies oleh jenama Swisse ini memang sesuai sekali. Ia seakan-akan makan gula-gula. Setiap hidangan berperisa oren ini memberikan 3 bilion bakteria bermanfaat serta memberi makan kepada prebiotik dalam usus anda.
Selain itu, Swisse juga menghasilkan gummies untuk kanak-kanak dengan dos probiotik yang lebih rendah.
Berikan Kesihatan Penghadaman Anda Peningkatan Positif Dengan Probiotik Terbaik Di Malaysia
Secara amnya, probiotik tidak memerlukan preskripsi doktor. Tetapi jika anda mempunyai sekatan diet ataupun sebarang kebimbangan kesihatan, adalah dinasihati untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum anda mula mengambil mana-mana probiotik. Pastikan juga anda mengikut dos yang disyorkan pada label kotak untuk memperolehi hasil yang terbaik dari probiotik anda.