Dari Buku Ke Drama Televisyen: Kenali Novel Melayu Romantik Yang Paling Viral

novel melayu romantik

Drama-drama Melayu romantik yang disiarkan di TV amatlah popular sejak kebelakangan ini. Dengan jalan cerita yang menarik dan mencuit hati, drama-drama ini menarik perhatian orang ramai yang setia mengejar episod tiap-tiap hari. Tahu tak bahawa kebanyakan drama-drama tersebut diadaptasikan dari novel Melayu romantik? Jika anda suka sangat sesebuah drama, novel adaptasinya memang wajib dibaca! Kami telah menyenaraikan novel-novel Melayu romantik yang telah menjadi asas kepada drama-drama yang paling viral tahun ini!

9 Novel Melayu Romantik Yang Dijadikan Drama Popular

Banyak novel Melayu romantik telah diadaptasikan ke drama televisyen yang dibintangi pelakon-pelakon terkemuka tempatan. Berikut adalah antara yang paling popular setakat ini.

1.   7 Hari Mencintaiku & 7 Hari Mencintaiku 2

7 Hari Mencintaiku & 7 Hari Mencintaiku 2 novel melayu romantik
Kredit: MPH Online

Pengarang: Siti Rosmizah

Sinopsis novel: Apabila ayah Mia Adriana menjadi muflis dan diserang sakit jantung akibat anak perempuannya yang terlalu percaya pada tunangnya yang tidak hadir pada malam pernikahan mereka, dia meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi bersikap kolot. Maka, begitu mulalah kehidupan baru Mia dan Khuzairi yang telah berpindah ke kampung. Meskipun berhadapi banyak cabaran dan dugaan sepanjang hidupnya di kampung, Mia tersedar bahawa dia mencintai Khuzairi sepenuh hati.

Drama adaptasi: 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2, dan 7 Hari Mencintaiku 3

2.   Wanita Milik Tuan Putra

Wanita Milik Tuan Putra novel romantik melayu
Kredit: Goodreads

Pengarang: Aunie Ayunie

Sinopsis novel: Bunga dihalau keluar dari rumah apabila didapati bersama lelaki lain di dalam bilik. Tanpa tempat berteduh, Bunga mendapat bantuan Tuan Putra untuk menumpang di rumahnya. Tuan Putra berasa simpati terhadap Bunga dan ini membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga. Hubungan mereka semakin erat lama kelamaan. Dapatkah cinta mereka bertahan hingga akhir hayat walaupun berhadapan dengan ancaman?

Drama adaptasi: Wanita Milik Tuan Putra

3.   Sekali Lagi Cinta Kembali

Sekali Lagi Cinta Kembali novel melayu romantik
Kredit: Goodreads

Pengarang: Anna Milia

Sinopsis novel: Aira secara tidak sengaja telah mengakibatkan Alisa dan Zafran bercerai apabila mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba. Ini membuatkan Zafran mendesak Aira untuk bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang menghidap penyakit jantung. Kesungguhan Aira menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang telah membuka hati Hayyat, adik kepada Zafran, tanpa disedari. Dapatkah Hayyat yang tekad untuk tidak bercinta lagi mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira?

Drama adaptasi: Sekali Lagi Cinta Kembali

4.   My Rude Wife

My Rude Wife novel melayu romantik
Kredit: Goodreads

Pengarang: Cik Nor Cinta

Sinopsis novel: Firdaus Iskandar yang telah mempunyai teman wanita, Dee, menentang hasrat ibu bapanya yang mahu dia berkahwin dengan Melur. Mereka kemudian memberi Firdaus 48 jam untuk membuatkan Dee setuju untuk mengahwininya. Melur pula mempunyai perasaan terhadap Firdaus tetapi dia sebaliknya tidak merasakan perkara yang sama. Tanpa berputus asa, Melur sedaya upaya memikat hati Firdaus, termasuk meletakkan tujuh syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.

Drama Adaptasi: Melur Untuk Firdaus

5.   Do You Love Me, Captain?

Do You Love Me, Captain? novel melayu romantik
Kredit: MPH Online

Pengarang: Sophilea

Sinopsis novel: Selepas melarikan diri daripada makciknya yang jahat, Daneena menyembunyikan dirinya dalam sebuah banglo milik Darish yang merupakan kapten TUDM. Demi menyembunyikan identiti Daneena daripada dibongkar, Darish bersetuju untuk mengahwininya dan membiarkan Daneena bekerja sebagai orang gaji di banglonya. Dapatkah rancangan mereka berjalan secara lancar?

Drama adaptasi: Do You Love Me, Captain?

6.   Kerana Dia Suka

Kerana Dia Suka novel melayu romantik
Kredit: Goodreads

Pengarang: Marissa

Sinopsis novel: Wardina berkunjung ke Kundasang, Sabah untuk merawat luka hatinya setelah tunangnya, Sufian, ditangkap khalwat dengan wanita lain menyebabkan majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan. Di sana, Wardina bertemu dengan Idham yang tampan. Walaupun Idham sudahpun bertunang, Wardina tertarik dengan personalitinya tetapi tidak mahu menjadi pihak ketiga. Adakah Wardina dan Idham ditakdirkan untuk bersama?

Drama adaptasi: Kerana Dia Suka

7.  Kerana Aku Isteri Bidaan

Kerana Aku Isteri Bidaan novel melayu romantik
Kredit: Goodreads

Pengarang: Tulip Ungu

Sinopsis novel: Raina memaksa dan memperdaya Farel untuk mengahwininya demi mengelakkan dirinya dari aturan perkahwinan. Tetapi, Raina melarikan diri pada malam pertama mereka dan kemudian ditipu dan dijual ke rumah pelacuran. Andainya takdir, Farel bertemu semula dengan Raina di satu pusat hiburan. Dengan perasaan dendam yang masih membara, Farel membida untuk membeli Raina dari rumah pelacuran dengan tujuan untuk menyeksanya. Namun, memandangkan mereka tidak pernah bercerai, adakah Farel akan meneruskan rancangannya atau dia akan tawar hati dan menjadi suami yang akan mengembalikan maruah Raina?

Drama adaptasi: Kerana Aku Isteri Bidaan

8.   Kau Cipta Kasih

Kau Cipta Kasih
Kredit: Goodreads

Pengarang: Azilah Wahab

Sinopsis novel: Samad dan Sabariah dipaksa kahwin oleh ahli keluarga mereka. Samad sering mengasari Sabariah dan ini menyebabkan dia membenci anak-anaknya—Idris, Khadijah, Hasnah, dan Ramlah, empat beradik yang tidak menerima kasih sayang sepenuhnya daripada orang tua mereka. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Drama adaptasi: Kau Cipta Kasih

9.   Ash Dan Aish

Ash Dan Aish
Kredit: Wattpad

Pengarang: Maya Adira

Sinopsis novel: Ashrafi (Ash) seorang yang misteri dan pendiam. Aisha seorang gadis polos yang berasal dari kampung. Ash bertemu Aisha yang berkerja di sebuah kedai serbaneka dan dapat mengetahui kisah Aish yang menghadapi kesempitan hidup. Ash kemudian mengambil Aisha untuk berkerja di kafe miliknya, Sanctuary Café. Lama-kelamaan, mereka berkahwin tetapi malangnya, Ash ditimpa kemalangan dan jatuh koma. 

Drama adaptasi: Ash & Aish

Novel Melayu Romantik Menggalakkan Budaya Membaca Di Kalangan Golongan Muda

a few open books
Kredit: Gülfer ERGİN di Unsplash

Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia sering dikatakan semakin merosot, terutamanya di zaman digital streaming sekarang. Walaubagaimanapun, populariti drama-drama yang disiarkan di kaca televisyen sedikit sebanyak memupuk kembali minat membaca sesetengah ahli masyarakat. Jika anda berminat untuk menemui novel Melayu romantik yang banyak lagi, boleh layar Shopee Malaysia yang menawarkan banyak lagi pilihan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *