10 Jenama Peti Sejuk Terbaik Malaysia Pada Tahun 2024

kitchen appliances

Setiap isi rumah memerlukan peti sejuk. Walaupun semua peti sejuk mempunyai fungsi yang sama iaitu mengekalkan kesegaran makanan, setiap model mempunyai ciri-cirinya yang unik dan tersendiri yang membezakan antara satu sama lain. Selain itu, bajet, gaya, dan ruang dapur anda juga memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan anda. Berikut merupakan jenama-jenama peti sejuk terbaik di Malaysia untuk pertimbangan anda,

Jenama Peti Sejuk Terbaik Di Malaysia Untuk Setiap Rumah Tangga Dan Bajet

1.   LG

LG jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: LG

Sebagai salah satu jenama peti sejuk terbaik di dunia, unit penyejukan LG merangkumi pelbagai bajet, dari unit premium dengan ciri-ciri canggih hinggalah pilihan yang berharga berpatutan.

Pilih premium: Jika anda mampu berbelanja besar untuk peti sejuk berteknologi tinggi, LG 674L adalah pilihan yang kukuh. Model side-by-side yang bergaya ini dilengkapi dengan ciri futuristik LG InstaView Door-in-Door yang membolehkan anda melihat isi dalam peti sejuk dengan cepat dan senang melalui sebuah panel kaca serta akses kepada bahan-bahan yang kerap digunakan tanpa perlu membuka pintu peti sepenuhnya.

Pilihan bajet: Peti sejuk LG GN-B332P menawarkan pelbagai pilihan warna pastel yang menarik serta banyak ciri yang berguna, termasuklah teknologi smart inverter processor yang meningkatkan kecekapan tenaga dan aliran udara untuk membekalkan udara ke setiap sudut peti sejuk.

2.   Toshiba

Toshiba jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: Toshiba

Jenama dari Jepun ini menghasilkan pelbagai jenis peralatan dapur termasuk peti sejuk yang datang dalam pelbagai gaya, saiz, dan harga. Sebagai salah satu jenama peti sejuk terbaik di Malaysia, Toshiba dikenali dengan kualiti tahan lamanya.

Pilihan premium: Model GR-RF646WE-PGY berharga tinggi, tetapi ia dilengkapi beberapa ciri canggih seperti Convert Zone dengan peningkatan kapasiti peti sejuk sebanyak 15%, penambahan sebanyak 26 ruang penyimpanan, serta ciri penyejukan aloi.

Pilihan bajet: Peti sejuk Toshiba siri GR-RT menampilkan kemasan stainless steel yang tidak memikat cap jari. Ia juga mempunyai ruang sayuran seluas 12 liter dan ruangan pintu peti yang boleh disesuaikan.

3.   Hisense

Hisense jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: Hisense

Peti sejuk Hisense adalah pilihan yang tepat jika anda mengutamakan kebolehpercayaan. Model-modelnya mempunyai harga yang kompetitif dengan ruang penyimpanan yang luas, menjadikannya salah satu jenama peti sejuk terbaik di Malaysia untuk keluarga besar. Tambahan itu, jenama ini juga menawarkan varian pintu tunggal untuk mereka yang mempunyai bajet terhad ataupun pasangan yang tidak memerlukan ruang ekstra.

Pilihan premium: Lihatlah model RS666N4ABNIV jika anda mencari peti sejuk dengan pintu side-by-side yang luas. Anda tidak perlu risau tentang defrosting kerana ia secara automatik mengedarkan udara sejuk untuk mengelakkan pembentukan ais.

Pilihan bajet: Inginkan model yang lebih kompak? Hisense RT286N4ABN mampu memenuhi keperluan anda. Teknologi inverter membantu menjimatkan tenaga manakala penapis penyahbauan menghilangkan bau busuk serta memastikan udara kekal segar lebih lama.

4.   Panasonic

Panasonic jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: Panasonic Official Store di Shopee

Panasonic menghasilkan peti sejuk moden dengan ciri-ciri yang mengagumkan. Model-modelnya juga mempunyai ruang dalaman yang luas dan boleh disesuaikan.

Pilihan premium: Salah satu pilihan terbaik ialah NR-CW530HVKM. Model French door premium ini mempunyai teknologi Prime Freeze yang mampu membeku makanan lima kali lebih pantas untuk mengurangkan kerosakan sel dan membantu mengurangkan titisan selepas penyahbekuan. Selain itu, teknologi nanoe X air purification memastikan udara dan permukaan sentiasa selamat dan bersih.

Pilihan bajet: Model yang lebih mesra bajet yang patut dipertimbangkan ialah NR-AF166S. Sesuai untuk dapur kecil, peti sejuk satu-pintu yang padat dan bergaya ini mempunyai ruang sayuran jumbo yang memberikan lebih banyak ruang penyimpanan untuk menyimpan sayur-sayuran.

5.   Samsung

Samsung jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: Samsung

Seperti telefon pintar, peti televisyen, dan mesin basuh mereka, Samsung juga menghasilkan beberapa peti sejuk terbaik di Malaysia yang bukan sahaja memiliki ciri-ciri canggih tetapi juga reka bentuk yang memikat mata.

Pilihan premium: Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, model RS62T5F01B4 berbaloi dipertimbangkan. Ia mempunyai paparan pintar yang bukan sahaja membolehkan anda melihat kandungan dalam peti sejuk tanpa membuka pintunya, tetapi juga berfungsi sebagai televisyen, pemain muzik, perancang hidangan, dan banyak lagi!

Pilihan bajet: Pilihan berkualiti lebih mesra dompet oleh Samsung ialah model dua pintu RT20FARVDSA. Walaupun harganya agak berpatutan, peti sejuk ini menawarkan pelbagai ciri-ciri penting termasuk penapis penyahbau, teknologi inverter digital, dan penjimatan tenaga.

6.   Sharp

Sharp jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: Sharp

Tidak menghairankan Sharp diiktiraf sebagai salah satu jenama peti sejuk terbaik di Malaysia. Lagipun, jenama ini juga mengeluarkan peralatan rumah dan barangan elektronik lain seperti pemerah jus, ketuhar gelombang mikro, dan televisyen.

Pilihan premium: Model SJF921VMSS adalah model empat pintu yang menawarkan ruang penyimpanan yang luas, sesuai untuk keluarga besar. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih termasuklah teknologi J-Tech Inverter dengan kawalan suhu tepat untu penjimatan tenaga, teknologi Plasmacluster Ion yang membersihkan udara dalaman, dan sistem penyejukan hibrid ActiFresh.

Pilihan bajet: Jika anda hanya memerlukan peti sejuk biasa untuk menyejukkan barangan anda tanpa ciri-ciri tambahan, lihatlah model SJ189MS. Ia mempunyai teknologi J-Tech Inverter, pembuat ais ekspres, dan Ag+ Nano Deodoriser untuk memastikan semua kandungan di dalamnya berbau segar.

7.   Electrolux

Electrolux jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: Electrolux

Gergasi elektronik Sweden, Electrolux, adalah salah satu jenama peti sejuk terbaik di dunia. Dengan teknologi kelas pertama yang menjamin kesegaran dan kawalan suhu yang konsisten, peti sejuk Electrolux dibuat untuk tahan lama.

Pilihan premium: Peti sejuk UltimateTaste 700 dengan pintu side-by-side mempunyai dispenser air WaterStream terbina yang amat berguna bagi mereka yang suka menikmati segelas air sejuk sepanjang hari. Selain itu, fungsi QuickChill mampu menyejukkan sejumlah besar barangan runcit dengan pantas.

Pilihan bajet: Dengan harga yang lebih rendah, peti sejuk UltimateTaste 300 cukup untuk memastikan kandungan dalamannya kekal segar. Ia mengekalkan suhu stabil -2°C untuk memastikan daging dan makanan laut segar tanpa membeku. Lebih-lebih lagi, kawalan suhu yang ketat pada setiap rak dan ruang individu memastikan semua kandungan menerima penyejukan yang mencukupi.

8.   SMEG

SMEG jenama peti sejuk terbaik malaysia
Kredit: SMEG Official Store di Shopee

Dengan gaya vintaj yang ikonik, produk SMEG bukan sahaja bergaya tetapi juga berfungsi. Peti sejuk mereka mempunyai pintu yang besar dan dalaman yang luas untuk memuatkan barangan pelbagai saiz.

Tidak dinafikan bahawa peti sejuk SMEG datang dengan harga yang tinggi. Jika bajet anda mengizinkan, ia akan menjadi perhiasan dapur yang menonjol untuk bertahun-tahun akan datang. Dengan pelbagai warna yang amat menarik mata, peti sejuk yang amat laris jualannya mempunyai dua rak penyimpanan dalaman yang boleh dilaraskan dan pencahayaan LED yang terang.

9.   Isonic

Isonic vintage fridge
Kredit: iSONIC Official Store di Shopee

Isonic merupakan jenama perkakas rumah dan elektrik tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2004. Mereka mengeluarkan dan mengedar pelbagai jenis perkakas termasuk televisyen, kipas, perkakas dapur, mesin basuh, dan peti sejuk.

Pilihan premium: Tergila-gila dengan penampilan peti sejuk SMEG tetapi tidak mahu mengosongkan bank akaun anda? Anda bernasib baik! Peti sejuk siri vintage Isonic menampilkan reka bentuk yang hampir menyerupai jenama mewah tersebut dengan pemegang tunggal dan warna pastel tanpa tanda harga yang tinggi.

Pilihan bajet: Jika anda tidak kisah dengan peti sejuk yang bersaiz lebih kecil, anda boleh jimat lebih banyak dengan varian pintu tunggal yang comel ini.

10.   Xiaomi

Xiaomi fridge
Kredit: TradeShoppe di Shopee

Xiaomi bukan sahaja menghasilkan telefon pintar, vakum robot, televisyen, dan pelbagai peranti pintar, tetapi juga peti sejuk. Seperti kebanyakan produk Xiaomi, mereka dijual dengan harga mampu milik

Pilihan premium: Direka sebagai sebuah peranti rumah pintar, peti sejuk empat-pintu Xiaomi ini boleh dikawal melalui aplikasi di peranti mudah alih anda. Dari segi fungsinya, penyejukan 3D mencipta aliran udara sejuk yang menyeluruh ke setiap sudut dalaman, sementara penapis antibakteria menghalang pembentukan kuman.

Pilihan bajet: Ditetapkan pada harga yang berpatutan, peti sejuk dua-pintu Mijia ini tidak kurang ciri-cirinya. Ia menyediakan tujuh tetapan suhu, ruang yang mencukupi, laci penyegar untuk penyimpanan mudah, serta unit pembeku.

Kekalkan Kesegaran Makanan Anda Dengan Jenama Peti Sejuk Terbaik Di Malaysia

a kitchen setting
Kredit: Sidekix Media di Unsplash

Terdapat banyak faktor yang perlu dilihat apabila hendak membeli sebuah peti sejuk. Faktor-faktor seperti ciri-ciri, bajet, ruang dapur, dan banyak lagi semuanya menjadi pertimbangan apabila membuat keputusan yang tepat. Melalui panduan ini, kami berharap anda akan menemui peti sejuk yang dapat memenuhi segala kehendak anda dan keluarga.

Leave a Reply