11 Jenama Bra Terbaik Di Malaysia Untuk Keselesaan & Sokongan Sepanjang Hari

jenama bra terbaik di malaysia

Bagi seseorang wanita, bra yang sesuai amat penting untuk keselesaan dan sokongan sepanjang hari. Pemilihan bra yang tepat bukan sahaja membantu mengekalkan bentuk badan, tetapi juga mengelakkan masalah ketidakselesaan seperti tali yang menggigit bahu atau saiz cawan yang tidak sesuai. Di pasaran, terdapat berbagai-bagai jenama bra yang menawarkan kualiti, keselesaan, dan rekaan yang menarik. Sama ada anda mencari bra tanpa wayar, push-up, ataupun sport bra, jenama-jenama bra di Malaysia ini boleh anda pertimbangkan untuk mendapatkan keselesaan dan keyakinan maksimum.

11 Jenama Bra Terbaik Di Malaysia Yang Anda Boleh Beli Di 2025

Pelbagai pilihan untuk wanita semua peringkat umur dan bentuk badan.

1.   Triumph

Triumph jenama bra di malaysia
Kredit: Triumph Malaysia Official Store di Shopee

Ditubuhkan pada tahun 1886 di Jerman sebagai pengeluar korset, Triumph melancarkan bra pertamanya pada tahun 1922 sejurus tamatnya era perang yang menandakan berakhirnya pemakaian korset konvensional. Kini, Triumph menawarkan bra berkualiti tinggi, dari saiz cawan A hinggalah ke E, dalam pelbagai gaya termasuklah push-up, padded, wired, non-wired dan deep-V. Jika anda inginkan bra basic untuk pemakaian setiap hari, anda pasti akan menyukai siri Sloggi yang memberikan keselesaan tinggi.

Produk terlaris:

2.   XIXILI

XIXILI jenama bra di malaysia
Kredit: XIXILI di Shopee

XIXILI merupakan salah satu jenama bra terbaik di Malaysia yang menawarkan koleksi pelbagai saiz. Jenama tempatan ini menawarkan saiz cawan A hingga I dan band 65 hingga 100. Pilihan luas ini memastikan wanita dari semua peringkat umur dan pelbagai bentuk badan mampu mencari bra yang memberikan keselesaaan and penyokongan yang memuaskan.

Produk terlaris:

3.   Wacoal

Wacoal jenama bra di malaysia
Kredit: Wacoal Malaysia Official Store di Shopee

Tahukah anda bahawa jenama pakaian dalam Wacoal dari Jepun mempunyai sebuah pusat penyelidikan khusus untuk mengkaji kesihatan badan wanita? Justeru, reka bentuk bra keluaran Wacoal disokong oleh penyelidikan dan pengetahuan teknikal bertahun-tahun lamanya. Hasilnya ialah koleksi bra dari saiz cawan A hingga G yang dibentuk dengan sempurna untuk memberikan keseimbangan keselesaan, daya angkat dan sokongan mencukupi untuk wanita.

Produk terlaris:

4.   Neubodi

Neubodi jenama bra di malaysia
Kredit: Neubodi di Shopee

Ditubuhkan oleh kaum wanita, Neubodi salah satu jenama bra terbaik di Malaysia yang mempunyai misi untuk membantu setiap wanita berasa yakin setiap hari. Sama ada anda bersaiz A atau I , saiz band 65 atau 100, Neubodi menawarkan pilihan yang menjamin setiap wanita dapat mencari fit yang sempurna untuk bentuk badan masing-masing. Antara produk-produk tawaran Neubodi termasuklah half-cup bustiers, wireless push-up bras, or backless bras.

Produk terlaris:

5.   Sorella

Sorella jenama bra di malaysia
Kredit: Sorella Malaysia di Shopee

Jenama pakaian intim dari Singapura, Sorella, menghasilkan rekaan khusus untuk wanita-wanita Asia. Bukan sahaja rangkaian pakaian dalamnya memberikan bentuk dan sokongan yang unggul untuk meningkatkan lekuk semula jadi wanita-wanita Malaysia, Sorella juga memastikan harga yang ditawarkan berpatutan. Dengan harga tidak melebihi RM70, anda boleh memilih daripada demi-cup bras dengan lace applique, padded T-shirt bras, dan banyak lagi.

Produk terlaris:

6.   Pierre Cardin Lingeries

Pierre Cardin Lingerie jenama bra di malaysia
Kredit: Pierre Cardin Lingerie Malaysia di Shopee

Salah satu jenama bra terbaik di Malaysia yang terkenal dengan memberikan keselesaan yang unggul adalah Pierre Cardin Lingerie. Dari pakaian asas harian hinggalah ke pilihan yang lebih sophisicated, label ini menawarkan set pakaian dalam bergaya yang dibuat dengan fabrik mikrofiber lembut. Falsafah reka bentuk jenama ini memberikan wanita Asia fit yang sempurna dengan ciri-ciri keanggunan stail Perancis.

Produk terlaris:

7.   Young Hearts

Young Hearts jenama bra di malaysia
Kredit: Young Hearts Official – Malaysia di Shopee

Selesa, berpatutan, dan berkualiti tinggi—tiga perkataan ini menggambarkan jenama Young Hearts dengan tepat. Tidak seperti kebanyakan jenama bra di Malaysia, Young Hearts membawakan koleksi yang merangkumi bralette comel, bandeaus dan scoop-neck training bras khas untuk kanak-kanak dan remaja perempuan. Bagi orang dewasa pula, terdapat half-bras, demi-bras, dan full-cup bras serta rangkaian sports bras untuk wanita aktif.

Produk terlaris:

8.   Felancy

Felancy
Kredit: felancymalaysia di Shopee

Dengan slogan ‘Everything Within Your Budget‘, anda pasti dapat menikmati nilai yang hebat apabila anda membeli dari Felancy. Dengan lebih 30 tahun dalam bisnes rekaan pakaian dalam, anda boleh yakin Felancy memahami segala-gala keperluan wanita dari segi kesesuaian dan siluet hinggalah kepada pilihan material pakaian. Dan selain daripada pakaian dalam, jenama ini juga menawarkan pakaian tidur.

Produk terlaris:

9.   6IXTY8IGHT

6ixty8ight
Kredit: 6ixty8ight Official Store di Shopee

Antara jenama bra terbaik di Malaysia untuk perempuan remaja, 6IXTY8IGHT sesuai untuk golongan dewasa muda yang menyukai lingerie, nightwear, dan loungewear yang feminin serta manis. Pilihan pakaian dalamnya hampir secara eksklusif terdiri daripada bralettes dan bra berlapik ringan dalam warna neutral dan pastel yang menarik.

Produk terlaris:

10.   Angel Mommy

Angel Mommy
Kredit: Angel Mommy Official Store di Shopee

Angel Mommy pakar dalam bra bersalin yang direka untuk memberi keselesaan, sokongan dan kemudahan kepada ibu-ibu. Bra mereka menampilkan fabrik yang lembut, mudah bernafas dan reka bentuk boleh laras untuk menampung perubahan bentuk badan semasa kehamilan dan penyusuan bayi. Kebanyakan produk mereka datang dengan klip akses mudah dan rekaan tanpa wayar untuk keselesaan maksimum. Jadi, sama ada anda memerlukan sokongan tambahan semasa mengandung atau bra penyusuan yang selesa, Angel Mommy menyediakan pelbagai solusi yang diselaraskan untuk keperluan ibu-ibu..

Produk terlaris:

11.   Parifairy

Parifairy
Kredit: Parifairy Official Shop di Shopee

Bagi wanita plus size yang mungkin menghadapi kesukaran mencari bra dalam saiz yang sesuai, mereka boleh lihatkan jenama Parifairy. Bra mereka direka dengan tali lebar dan cawan liputan penuh untuk memberikan sokongan kuat tanpa menjejaskan gaya. Dengan pelbagai reka bentuk, Parifairy memastikan wanita yang berbadan besar mempunyai akses kepada bra berkualiti tinggi dan juga padan dengan harga yang berpatutan.

Produk terlaris:

Tingkatkan Keselasaan Dan Keyakinan Anda Dengan Jenama-Jenama Bra Ini Di Malaysia

Best bra brands in Malaysia
Kredit: Nati Melnychuk via Unsplash

Memilih bra yang sesuai penting untuk keselesaan dan keyakinan diri setiap hari. Dengan pelbagai jenama berkualiti yang tersedia di Malaysia, anda boleh menemui bra yang memenuhi keperluan dan gaya hidup anda, sama ada untuk kegunaan harian, aktiviti sukan, atau acara-acara istimewa. Pastikan anda memilih saiz yang betul serta bahan yang selesa agar dapat menikmati sokongan yang optimum. Dengan jenama-jenama bra di Malaysia ini, anda tidak perlu lagi berkompromi antara keselesaan dan gaya. Jadi, ambil masa untuk memilih bra yang tepat dan rasai perbezaannya dalam kehidupan seharian anda.

Leave a Reply