15 Idea Kad Hari Bapa DIY Menarik Yang Konfem Comel Gila!

idea kad hari bapa

Siapa setuju bapa paling best? Mereka bukan sahaja tukang baiki di ruman, tetapi juga sering memberi nasihat yang bernas serta berguna. Tambahan pula, mereka tidak pernah gagal menghibur dan membuat kita tertawa dengan jenaka dan lawaknya. Sempena hari bapa ini, apa kata anda bantu anak-anak anda menunjukkan penghargaan kepada ayah mereka dengan membuatkan kad ucapan peribadi? Dalam artikel ini, kami telahpun mengumpul beberapa idea kad hari bapa menarik yang boleh dibuat oleh anak-anak untuk seorang insan terpenting dalam hidup mereka.

Jom Lihat Idea Kad DIY Menarik Untuk Hari Bapa

Selamat mencuba!

1.   Kad Tuxedo

Jika ayah suka berpakaian kemas dan stylo, kad bertemakan “suit and tie” ini pasti akan membawa senyuman ke mukanya. Bantu anak anda mengunting, melipat, dan menampal kad warna untuk membentuk rupa tuxedo. Kemudian, lekatkan kancing asli untuk memberikan kesan 3D yang menonjol. Akhirnya, sertakan nota tulisan di dalam.

Bahan-bahan keperluan:

2.   Kad Bow Tie

Jika kad tuxedo agak rumit, bolehlah cuba buat kad bow tie. Tidak perlu begitu banyak lipatan dan anda cuma perlu menumpukan perhatian untuk melukis, mengunting, dan menampal. Walaupun lebih simple, ia pasti akan menceriakan hati ayah.

Bahan-bahan keperluan:

3.   Kad Trofi

“Dan anugerah ayah terbaik jatuh kepada…”

Berikan “trofi” kepada ayah untuk memberitahunya yang beliau menduduki tempat pertama di hati anaknya. Templat trofi telahpun kami sediakan, jadi anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang dipaparkan di dalam video sampingan untuk membuat trofi anda sendiri.

Bahan-bahan keperluan:

4.   Kad Kentang Goreng (French Fries)

Kepada ayah yang merupakan chef di rumah, ini idea kad hari bapa yang comel dan istimewa untuknya. Anak boleh catatkan kualiti terbaik ayahnya pada setiap “kentang“!

Bahan-bahan keperluan:

  • Kertas warna merah, putih, dan kuning
  • Pen marker hitam
  • Gunting
  • Pembaris
  • Pensel

5.   Kad Cermin Mata

Adakah ayah perlu sentiasa memakai cermin mata ketika membaca? Jika ya, kad cermin mata dengan tulisan yang semakin mengecil ini pasti akan mencuit hatinya! Hiaskan kad ini dengan sepasang “cermin mata” untuk menjadikannya lebih menarik lagi.

Bahan-bahan keperluan:

6.   Kad “Handyman

Seperti yang disebutkan pada permulaan artikel, ayah ibarat Bob The Builder! Kad hari bapa ini memang sesuai untuknya sebagai tanda penghargaan untuk segala usaha dan titikpeluh yang beliau curahkan untuk memperbaikkan rumah tinggal sekeluarga. Perkakasan mini menjadikan kad ini antara yang paling comel!

Bahan-bahan keperluan:

  • Kertas warna
  • Gunting
  • Gam
  • Pen marker

7.   Kad Dompet

Anak kecil manalah mampu beli dompet baru untuk ayahnya. Tapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh menghasilkan sebuah “dompet” untuknya dengan tangan sendiri dengan hanya menggunakan kertas. Boleh masukkan mesej nota, gambar kegemaran anak bersama ayah, dan juga gift card untuk menjadikannya lebih istimewa!

Bahan-bahan keperluan:

8.   Kad Popcorn

Kad berbentuk popcorn ini dah tentunya sesuai untuk diberikan kepada ayah yang merupakan peminat filem. Ia tidak begitu susah untuk dihasilkan, cuma memerlukan lebih banyak usaha apabila mengunting bentuk bijiran popcorn. Untuk menjadikan kad ini lebih berharga, bolehlah selitkan wayang tiket sekali!

Bahan-bahan keperluan:

9.   Kad Galaksi

Sampaikan mesej kepada ayah bahawa beliau merupakan bapa terbaik di seluruh galaksi dengan kad hari bapa ini! Ia bukan sahaja minimal dan elegan tetapi juga mudah dibuat. Anak-anak juga boleh menunjukkan bakat seni mereka dalam membentuk and mewarnakan galaksi karyaan sendiri.

Bahan-bahan keperluan:

10.   Kad Origami

Untuk kad yang boleh membawakan ayah kejutan manis, apa kata anda dan anak-anak cuba idea kad hari bapa yang berunsurkan origami? Teknik membuat origami mudah diikuti oleh kanak-kanak dan anda hanya memerlukan beberapa alat tulis asas yang biasanya terdapat di rumah. Anak-anak boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menulis mesej yang menanti ayah apabila dia menarik tab!

Bahan-bahan keperluan:

11.   Kad Pop-Up

Kad pop-up berbentuk tangan ini mudah dan sesuai dibuat jika anda kesuntukan masa. Dengan reka bentuk yang berdasarkan tangan anak, kad ini boleh disimpan lama dan membawa balik memori bertahun-tahun kemudian apabila ayah melihat balik betapa kecil and comel tangan anaknya suatu ketika dulu!

Bahan-bahan keperluan:

  • Kertas warna biru dan putih
  • Pensel
  • Gunting
  • Pembaris
  • Gam pelekat
  • Pen

12.   Kad Superhero

Ayah merupakan adiwira nyata di mata setiap kanak-kanak. Jadi, anak boleh menunjukkan penghargaan kepada adiwira mereka dengan sebuah kad bertemakan superhero. Seperti contoh di dalam video, anda boleh membuat kad reka berbentuk tangan dengan motif Spiderman.

Bahan-bahan keperluan:

  • Kertas warna merah dan putih
  • Gunting
  • Gam
  • Pen marker hitam

13.   Kad Yoda

Ayah seorang peminat tegar Star Wars? Kad berbentuk watak Yoda ini pasti akan mengujakannya! Perlu anda tahu bahawa kad ini akan mengambil lebih sedikit masa dan usaha untuk dibuat kerana ia melibatkan banyak langkah, tetapi anda boleh guna dan cetak templat percuma yang kami sertakan di bawah untuk memudahkan seluruh proses!

Bahan-bahan keperluan:

14.   Kad Magik DIY

Walaupun ia kelihatan ringkas pada pandangan pertama, kad ini menyimpan satu “rahsia” yang pasti mengujakan si penerima. Dijamin akan membawa senyuman yang besar ke muka bapa!

Bahan-bahan keperluan:

15.   Kad Kotak Hadiah Kejutan

Siapa yang tidak suka menerima kotak hadiah? Gembirakan hati ayah dengan memberikannya kad kotak yang penuh dengan kejutan sebaik sahaja penutupnya dibuka. Rekaan kad ini memerlukan lebih banyak usaha melipat dan menggunting. Jadi, pastikan anda hulurkan bantuan kepada anak-anak mengikut keperluan!

Bahan-bahan keperluan:

Ceriakan Hari Ayah Dengan Menghadiahkan Kad Hari Bapa Buatan Sendiri Dengan Idea-Idea Menarik Ini

father's day card ideas
Credit: Globe Studio One and K Werner Design via YouTube

Kepada semua ayah, tiada hadiah yang lebih bermakna lagi daripada menerima hadiah buatan tangan anaknya sendiri. Dengan idea dan inspirasi kad hari bapa ini, anak-anak mempunyai banyak pilihan reka bentuk yang sesuai dengan minat dan personaliti ayah. Malah, ia satu-satunya kad unik yang tidak dapat dicari di mana-mana sudut dunia.    

Leave a Reply