11 Idea Hadiah Hari Guru Terbaik Yang Praktikal Dan Berguna

teacher's day gift ideas in malaysia

Ia merupakan tradisi untuk kita meraikan insan-insan terpenting dalam hidup kita setiap tahun. Selain daripada ibu bapa, guru-guru adalah insan yang paling berpengaruh dalam kehidupan setiap individu yang bersekolah. Menjelang Hari Guru pada 16 Mei, tunjukkan penghargaan anda kepada guru-guru kesayangan anda dengan menghadiahkan mereka sesuatu yang pasti membuatkan mereka tersenyum dari telinga ke telinga. Jika anda masih mencari-cari idea hadiah hari guru, kami telah memetik beberapa item terpilih yang boleh anda gunakan untuk dijadikan cenderahati yang sesuai.

Ambil Inspirasi Daripada Idea-Idea Hadiah Hari Guru Terbaik Ini Untuk Cikgu Kegemaran Anda

Bukan sekadar bunga dan coklat sahaja.

1.   Plak Kayu Tanda Nama

Personalised Wooden Plaque idea hadiah hari guru
Kredit: Gema Digital Studio di Shopee

Kita semua boleh bersetuju bahawa hadiah yang diperibadikan adalah hadiah yang paling diingati. Dapatkan plat kayu tanda nama ini yang menampilkan karikatur guru bersama dengan mesej peribadi. Kita pasti ia akan mendapat tempat istimewa di atas meja guru anda!

2.   Lunch Bag

Lunch bag idea hadiah hari guru
Kredit: KuLi Fashion Shop di Shopee

Jika guru anda sering membawa makanan dari rumah untuk makan tengah hari, lunch bag pastinya satu idea hadiah hari guru yang bagus untuknya. Tapi bukan sebarang lunch bag biasa saja, dapatkan satu yang menampilkan rekaan berunsurkan profesion guru ini.

3.   Insulated Food Jar

Insulated Food Jar idea hadiah hari guru
Kredit: Ezalo di Shopee

Anda juga boleh memberikan food jar kepada guru-guru yang membawa makanannya sendiri atau yang suka tapao di luar. Dengan ciri-ciri penebatan haba di dalamnya, guru anda boleh menikmati makan tengah hari yang panas walaupun makanan disimpan berjam-jam lamanya.

4.   Pen Berkualiti

LAMY pen idea hadiah hari guru
Kredit: LAMY Malaysia Official di Shopee

Selain mengajar, guru-guru juga perlu menanda buku-buku dan kertas serta banyak bertulis. Pen yang berkualiti boleh meningkatkan pengalaman menulis. Kami mengesyorkan pen dari jenama Lamy ini yang berkualiti tinggi serta mempunyai harga yang masih berpatutan.

5.   Flask Pintar

Samu Giken smart flask teacher's day gift malaysia
Credit: Samu Giken Official Store on Shopee

Guru-guru perlu bercakap banyak ketika mengajar. Oleh itu, ia amat penting mereka mendapat penghidratan yang mencukupi. Daripada mendapatkan botol air biasa sahaja, anda boleh memberikan flask pintar ini yang dilengkapi lapisan penebat haba vakum serta paparan suhu yang memastikan guru anda boleh menikmati kopi panas atau minuman pagi dengan suhu yang optimum.

6.   Kipas Mini

Handheld mini fan idea hadiah hari guru
Kredit: Power Bank & Charger & Adapter di Shopee

Bilik darjah boleh menjadi kurang selesa pada waktu tengahari dengan cuaca panas terik. Sebuah kipas mini mudah lipat dan cukup kecil untuk disimpan ke dalam beg atau poket adalah salah satu idea hadiah hari guru terbaik yang pastinya akan dihargai oleh semua guru yang terpaksa berpanas dan berpeluh tiap-tiap hari.

7.   Hand Sanitiser/Krim Tangan

Aleev hand sanitiser idea hadiah hari guru
Kredit: Aleev

Para guru mudah terdedah kepada kuman dan bakteria pada tangan kerana mereka sentiasa memegang kapur, pen marker, pemadam papan hitam, dan sebagainya. Anda boleh berikan hand sanitiser yang membantu membersih serta melindungi tangan mereka daripada kotoran-kotoran yang tidak dapat dielakkan. Krim tangan pun boleh sebagai alternatif.

8.   Bantal Lumbar

Lumbar pillow idea hadiah hari guru
Kredit: Margot_store di Shopee

Tidak dapat dinafikan bahawa mengajar adalah aktiviti yang memenatkan. Guru-guru perlu banyak bergerak dan berjalan dari kelas ke kelas tanpa banyak masa untuk berehat. Apabila mereka dapat berehat di bilik guru, kerusi yang dibekalkan oleh pihak sekolah tidak pastinya selesa dan ergonomik. Kami mencadangkan anda boleh menghadiahkan sebuah bantal lumbar yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan keselesaan guru di tempat kerjanya.

9.   Planner

Planner teacher's day gift malaysia
Credit: @humairadesigns on Shopee

Tugas seorang guru bukan terhad kepada mengajar. Mereka juga perlu membuat banyak perancangan pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Anda boleh memberikan sebuah planner yang dapat membantu menyenangkan proses perancangan mereka dengan templat-templat tersedia yang rapi dan tersusun.

10.   Beg Tote

MUJI tote bag idea hadiah hari guru
Kredit: MUJI Official Store di Shopee

Beg tote amat berguna untuk mengangkat apa-apa barang jua. Untuk guru, ia membantu mereka mengangkat buku-buku murid yang berat. Beg tote yang luas dan tahan lasak seperti beg dari Muji ini pilihan yang baik untuk dihadiahkan kepada guru.

11.   Lilin Wangi

Scented candles
Kredit: Bella Aroma di Shopee

Dengan buku dan kertas bertimbun-timbun, bilik guru boleh rasa sesak. Lilin wangi mampu menyegarkan udara di dalam ruang bilik dan menenangkan fikiran serta meningkatkan mood. Ia pastinya satu idea hadiah hari guru yang menjadi penghargaan buat setiap guru.

Idea-Idea Hadiah Hari Guru Ini Pastinya Akan Dihargai Tidak Kira Nilainya

a teddy bear plushie and a cupcake
Kredit: Jason Goh di Pixabay

Intipati hari guru bukan sahaja terletak pada hadiah fizikal semata-mata, tetapi juga pengiktirafan terhadap peranan guru-guru dalam membentuk minda setiap individu dari kecil lagi. Tidak kira hadiah ringkas mahupun mewah, yang pentingnya tanda penghargaan yang ditunjukkan adalah ikhlas dari hati. Selamat Hari Guru kami ucapkan! 

Leave a Reply