4 Cara Buat Maggi Goreng Simple Dan Sedap

maggi goreng mudah dan sedap

Mi Maggi—tiada makanan keselesaan (comfort food) yang lebih sinonim lagi dengan rakyat Malaysia. Mi segera kegemaran ramai ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja tanpa kira waktu dan ia sangat versatile kerana boleh dimasak dengan seribu satu cara! Apa kata kita cuba tiga resepi Maggi goreng yang kami cadangkan ini untuk berikan sedikit kelainan dan lebih ‘umph!’ pada menu makan tengah hari atau malam? Kalau nak makan sebagai snek tengah malam pun boleh!

Resepi 1: Cara Buat Maggi Goreng Ala Itali Mudah Dan Sedap

maggi goreng simple sedap itali
Kredit: Danijela Prijovic di Unsplash (Gambar sekadar hiasan sahaja)

Tak ada spageti kat rumah, tapi selera meronta-ronta mahukan hidangan Western? Tak apa, guna saja paket Maggi yang ada! Dengan beberapa bahan lain, dah boleh makan “spageti” sedap di rumah. Maklumlah masa ekonomi tidak stabil ni, kita disarankan tidak berbelanja besar, dan masak di rumah boleh jimat duit kan?

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Didihkan 2 cawan air dan masakkan mi Maggi tanpa paket perencah yg disertakan (kita nak guna mi kosong sahaja). Buang air dan toskan mi hingga kering. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak atau mentega di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tumis seketika. Kemudian, masukkan cendawan serta sosej. Masak selama 2 minit.
  3. Masukkan sos pasta, herba Itali (jika digunakan), dan mi Maggi kosong tadi ke dalam kuali. Gaulkan semua bahan di dalam kuali dan masak selama 3-4 minit.
  4. Tutup api dan hidangkan mi di atas pinggan. Taburkan keju di atas mi (jika digunakan) dan makanlah puas-puas!

Nota: Kalau nak cara buat Maggi goreng ala Itali mudah dan sedap yang lagi senang, boleh guna Italian Mi Goreng dari Vit’s Noodle. Tak payah guna sos pasta, paket perencah yang disertakan cukup untuk memberi rasa Itali yang lazat. 

Resepi 2: Cara Buat Maggi Goreng Versi Sihat Simple Dan Sedap

maggi goreng simple dan sedap sihat
Kredit: Markus Tourunen di Pexels (Gambar sekadar hiasan sahaja)

Apa dia? Macam mana nak makan Maggi kalau nak makan secara sihat? Sekali-sekala apa salahnya, tapi kalau boleh sihatkan sikit lagi bagus. Boleh je kalau nak Maggi Goreng Sihat; tambahkan sayur-sayuran dan daging dan juga gunakan perisa sendiri yg kurang garam dan kandungan MSGnya. Meh kami kongsi cara buat Maggi goreng yang mudah dan sedap tapi sihat juga!

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Didihkan 2 cawan air dan masakkan mi Maggi/Vit’s tanpa paket perencah yg disertakan (kita nak guna mi kosong sahaja). Buang air dan toskan mi hingga kering. Ketepikan.
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali. Masak isi ayam sehingga 3/4 masak, dan simpan di tepi. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam, dan masak secara “scrambled” di dalam kuali yang sama. Letak tepi. 
  3. Di dalam mangkuk kecil, kacau bersama kicap, sos tomato, sos cili, serbuk kari, dan garam. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali (kalau boleh, guna yang non-stick).
  4. Masukkan ayam, sayur pilihan anda, mi, dan sos-sos yang telah disebatikan tadi ke dalam kuali. Gaulkan bersama dan masak sehingga ayam telah masak dengan sepenuhnya. 
  5. Masukkan telur dan gaulkan semua bahan sekali lagi. Hidangkan dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan cili potong jika ingin. Eh dah ala restoran ni!

Nota: Kalau tak nak mi pedas, jangan masukkan serbuk kari. Kalau nak lagi pedas, boleh tambah cili padi dalam langkah terakhir. 

Resepi 3: Cara Buat Maggi Goreng Kimchi Pedas Ala Korea Mudah Dan Sedap

bibimbap korea maggi goreng
Kredit: nikluv di Pixabay (Gambar sekadar hiasan sahaja)

Kalau anda kerap menonton drama Korea, mungkin terserempak dengan adegan di mana watak makan mi yang dimasak dengan gaya Korea. Sebenarnya tak susah nak sediakan hidangan ala Korea kat rumah. Di bawah ini ada resepi cara buat Maggi goreng dengan unsur Korea simple, sedap, dan juga ekstra pedas untuk peminat pedas di kalangan anda. Jadi, sebelum menonton drama Korea boleh sediakan hidangan ni, barulah ada feel! 

Bahan-bahan: 

  • 1 paket Maggi Pedas Giler Ayam Bakar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • ⅓ cawan kimchi (beserta jus kimchi)
  • 150 gram isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh minyak masak
  • ¼ cawan air (boleh simpan dari air masak mi)
  • Garam dan lada hitam
  • 1 biji telur (opsyenal)
  • ¼ sudu teh bijan
  • 1 sudu teh daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam dan lada. Ketepikan dan perap seketika.
  2. Masak mi Maggi (tanpa perencah dan minyak cili) di dalam air mendidih selama 2 minit. Simpan ¼ cawan air dari air masakan mi, dan toskan mi untuk buang air selebihnya. Elakkan masak terlalu lama atau mi akan hancur apabila digoreng nanti. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana tinggi. Masukkan isi ayam dan masak sepenuhnya. 
  4. Masukkan bawang putih dan kimchi. Goreng untuk 30-45 saat. 
  5. Masukkan mi Maggi kosong tadi. Tambahkan perencah dan minyak cili dari paket Maggi yang sama. Jangan gunakan seluruh paket minyak cili jika tidak mahu mi yang terlalu pedas!
  6. Tambahkan sos tomato dan gaulkan semua bahan bersama. Jika terlalu kering, masukkan air masakan mi yang disimpan tadi. 
  7. Selepas 1-2 minit, tutup api dan hidangkan di dalam mangkuk. 
  8. Jika ingin, letakkan telur goreng, bijan, dan daun bawang di atas mi sebelum makan untuk “umph” ekstra. Sedap! Okey, boleh nangis sekali bila menonton drama Korea nanti.

Resepi 4: Cara Buat Maggi Goreng Kari Mamak Sedap Yang Simple

A noodle dish with chilies
Kredit: ikhsan baihaqi di Unsplash (Gambar sekadar hiasan sahaja)

Maggi sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja, biar siang ataupun malam. Anda pernah terfikir maggi apa yang paling syok dimakan pada hari sejuk dilanda hujan lebat? Jawapannya sememangnya Maggi goreng kari! Bukan main lagi Maggi kari kegemaran semua lapisan masyarakat (rakyat Malaysia dan makanan pedas berpisah tiada!) Senang masak dan yang paling penting, janji best!

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak di kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Pecahkan telur dan tumis kesemua bahan sehingga masak.
  3. Masukkan mi Maggi bersama perencah Maggi kari, air, dan kicap. (Anda juga boleh masukkan bahan tambahan mengikut kesukaan seperti sayur sawi, kobis, lobak merah, dan tauhu).
  4. Gaulkan semua bahan sehingga rata dan masak.
  5. Siap! Hidangan Maggi goreng kari mamak sedia dinikmati. (Anda boleh hidangkan bersama limau kasturi, daun bawang, dan cili merah untuk melengkapkan rasa).

Dah Tahu Cara Buat Maggi Goreng Sedap Dan Simple Kan? Apa Lagi, Belilah Bahan!

maggi goreng mudah dan sedap
Kredit: amruf di Wikimedia Commons

Sekarang ini hujan banyak… leceh sikit nak keluar beli barang untuk cuba resepi di atas, so mana yang boleh dibeli online tu, cubalah beli online saja (macam kat Shopee). Duduk di rumah sebanyak mana yang boleh, dan masaklah di rumah. Bukan saja lebih selamat, tapi lebih sihat dan berkhasiat juga. Selamat mencuba resepi-resepi di atas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *