Shopee secara rasminya melancarkan program pengembangan ke Brunei, membolehkan pembeli-pembeli di Brunei mengakses rangkaian produk yang lebih luas daripada penjual di Shopee Malaysia dengan penghantaran terus ke pintu rumah. Bermula Januari 2026, pembeli di Brunei boleh membeli terus daripada penjual di Shopee Malaysia tanpa memerlukan orang tengah. Shopee akan menguruskan keseluruhan proses penghantaran, termasuk pengurusan kastam dan penjejakan dari awal hingga akhir, supaya anda dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar dan bebas kerisauan dari proses pembayaran hingga ke penghantaran!
Apa Yang Berubah Kepada Pembeli di Brunei
Sebelum ini, ramai pembeli di Brunei terpaksa bergantung kepada personal shopper, “runner” atau perantara kedai kubus untuk membeli produk dari platform e-dagang Malaysia yang sering melibatkan harga tidak jelas, caj berubah-ubah dan perlindungan kepada pembeli yang terhad. Melalui program baharu Shopee ini, pembeli di Brunei kini boleh membeli dengan lebih yakin dan mudah menggunakan aplikasi Shopee Malaysia. Sebagai pembeli Shopee di Brunei, anda kini boleh:
- Membeli terus di pasaran Shopee Malaysia dengan memilih alamat penghantaran di Brunei semasa pembayaran.
- Menerima pesanan dihantar terus ke pintu rumah anda, dengan penghantaran diuruskan oleh rakan logistik Shopee dalam tempoh 4–8 hari bekerja (tempoh mungkin berbeza).
- Menikmati proses pelepasan kastam yang mudah dan sepenuhnya diuruskan oleh Shopee.
- Menggunakan kaedah pembayaran yang selamat dalam platform dengan perlindungan pembeli Shopee Guarantee (bayaran hanya dilepaskan selepas penghantaran diselesaikan).
- Menikmati baucar penjual, baucar platform dan promosi penghantaran percuma di platform Shopee Malaysia.
- Memohon pemulangan atau bayaran balik dengan mudah melalui aplikasi Shopee bagi pesanan yang layak.
Sebagai tanda alu-aluan kepada pembeli di Brunei, pengguna baharu boleh menikmati baucar penghantaran percuma RM25 untuk pesanan pertama, menjadikan permulaan membeli-belah anda lebih mudah!
Cara Membeli dari Shopee Jika Anda Berada di Brunei
Membeli-belah dari Shopee Malaysia kini lebih ringkas dan mudah. Ikuti langkah-langkah berikut untuk bermula:
- Cipta atau Log Masuk ke Akaun Shopee Anda
Muat turun aplikasi Shopee Malaysia dari Apple App Store atau Google Play Store, atau layari laman web Shopee dan log masuk. Daftar jika anda belum mempunyai akaun.
- Tambah Alamat Penghantaran di Brunei
Dalam profil anda atau semasa proses pembayaran, tetapkan alamat penghantaran ke lokasi anda di Brunei. Jika pilihan penghantaran ke Brunei tersedia untuk item atau penjual tersebut, ia akan dipaparkan semasa pembayaran.
- Layari & Tambah ke Troli
Cari produk yang anda inginkan daripada pelbagai kategori seperti kesihatan & kecantikan, automotif, barangan rumah & gaya hidup, kemudian tambah ke troli.
- Gunakan Promosi
Semasa pembayaran, gunakan baucar yang berkaitan untuk mengurangkan atau menghapuskan kos penghantaran (jangan lupa tuntut dan guna baucar penghantaran percuma RM25 untuk pesanan pertama anda!)
- Pilih Kaedah Pembayaran
Buat pembayaran dengan selamat menggunakan kaedah-kaedah yang disokong seperti kad kredit/debit, Apple Pay, Google Pay, atau pilihan pembayaran dalam talian lain yang disediakan oleh Shopee.
- Jejak Pesanan & Penghantaran Anda
Selepas pesanan disahkan, sistem Shopee membolehkan anda menjejak pesanan dari masa barangan dihantar keluar sehingga tiba di pintu rumah anda di Brunei.
Baca di sini untuk maklumat lanjut tentang cara menyertai dan membeli-belah di Shopee Malaysia.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
Bolehkah saya mendaftar akaun Shopee MY menggunakan nombor telefon Brunei?
Ya. Pendaftaran akaun Shopee MY menggunakan nombor telefon Brunei adalah disokong.
Adakah terdapat sebarang sekatan ke atas kategori produk, berat atau saiz untuk penghantaran ke Brunei?
Ya. Semua penghantaran tertakluk kepada peraturan standard penghantaran udara, dengan berat maksimum sehingga 30kg (berat sebenar atau volumetrik, yang mana lebih tinggi) dan panjang maksimum satu sisi ialah 100cm.
Kebanyakan produk dari Malaysia dan pilihan rentas sempadan tersedia untuk pembeli di Brunei, kecuali barangan terlarang atau terhad, barangan berbahaya, serta produk yang memerlukan lesen atau permit khas di bawah peraturan import Brunei.
Bagaimanakah Shopee mengendalikan penghantaran gagal atau pemulangan dari Brunei?
Jika penghantaran tidak dapat diselesaikan selepas tiga percubaan, pesanan akan ditandakan sebagai gagal dan bayaran balik akan diuruskan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang duti import atau cukai eksais Brunei yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
Dalam situasi tertentu, Shopee mungkin meminta pembeli memulangkan barangan kepada penjual sebelum bayaran balik diproses. Semua permohonan pemulangan dan bayaran balik akan dinilai berdasarkan kes demi kes, dengan mengambil kira faktor seperti nilai pesanan dan sebarang caj penghantaran pemulangan yang berkaitan.Shopee akan memberikan panduan yang jelas melalui aplikasi sepanjang proses bagi memastikan penyelesaian yang lancar dan telus.
Untuk pesanan ke Brunei, Bayaran Balik Segera (Instant Refund) dan pemulangan atas sebab perubahan fikiran tidak disokong.
Adakah pengguna Brunei akan didaftarkan dalam Program Ganjaran Shopee?
Ya. Pengguna Brunei layak menyertai Program Ganjaran Shopee dan boleh menikmati kelebihan seperti baucar hari lahir serta manfaat eksklusif ahli.
Adakah pengguna Brunei layak menyertai Program Afiliasi Shopee?
Tidak. Program Afiliasi Shopee pada masa ini hanya dibuka kepada pengguna Malaysia sahaja.
