Nak Main Badminton Dengan Kawan-Kawan? Boleh Singgah Gelanggang-Gelanggang Di Sekitar Kuala Lumpur Dan Selangor Ini

tempat main gelanggang badminton in malaysia

Badminton sememangnya salah satu sukan kegemaran rakyat Malaysia. Senang diakses dan seronok dimain, aktiviti ini dimainkan siang dan malam oleh semua lapisan masyarakat. Ia boleh dimain di mana-mana sahaja asalkan ada raket dan bulu tangkis, tetapi jika anda inginkan sesi perlawanan yang menyeluruh, ia perlu dimain di sebuah gelanggang badminton. Nak tahu mana anda boleh cari tempat main badminton di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Jom lihat rekomendasi-rekomendasi kami!

Tempat-Tempat Main Badminton Di Sekitar Kuala Lumpur

Nota: Waktu operasi adalah tepat pada masa penulisan.

1.   Sports Arena Sentosa

sports arena sentosa tempat main gelanggang badminton
Kredit: Sports Arena

Sebuah gelanggang badminton yang amat popular di Kuala Lumpur, Sports Arena Sentosa menyediakan ruang luas dengan menempatkan 17 gelanggang bergetah bercengkam yang direka oleh sepasukan bekas pemain badminton profesional. Dengan sistem pencahayaan serta pengudaraan yang baik, tidak hairanlah tempat ini sentiasa penuh pada hujung minggu.

Alamat Sports Arena Sentosa, Jalan Sri Sentosa 2a, Taman Sri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 8am – 12am setiap hari
Tel 016-910 3211

Laman Web

2.   Pioneer Badminton Academy

Pioneer Badminton Academy tempat main gelanggang badminton
Kredit: Pioneer Sports Management di Facebook

Didirikan oleh empat bekas atlet negara—Lee Wan Wah, Wong Choong Hann, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng—Pioneer Sports Management merupakan antara tempat main badminton terbaik di KL. Setiap satu gelanggang badminton di sini mengikut spesifikasi tetap dan piawaian yang tinggi dengan jaring yang kukuh dan lantai yang empuk. Kelas badminton juga disediakan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini.

Alamat 1 Shamelin Shopping Mall, Level 5 No, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 10am – 1:30am setiap hari
Tel 03-9285 2001

Facebook

3.   OUG Shuttle Bug

OUG Shuttle Bug tempat main gelanggang badminton
Kredit: OUG Shuttle Bug di Facebook

Bawa rakan-rakan badminton anda ke OUG Shuttle Bug jika anda tinggal berdekatan Taman OUG di mana 10 gelanggang menanti. Lokasi ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, bilik mandi, dan juga gimnasium studio.

Alamat OUG Market Place, 4th Floor, No. 2, Jalan Hujan Rahmat, Taman Overseas Union, Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 9:30am – 12am

Sabtu – Ahad: 9:30am – 10pm

Tel 016-202 1843

Facebook | Instagram

4.   SLK Sport Center

SLK Sport Centre tempat main gelanggang badminton
Kredit: SLK Badminton Centre di Facebook

Tidak kekurangnya arena badminton di sekitar Setapak, tetapi SLK Sport Center merupakan antara yang popular kerana harga sewanya yang rendah, lantai berkusyen, kemudahan yang mencukupi, dan terdapat sejumlah 32 gelanggang!

Alamat Lot PT 50088, Plot 3, Jalan 29/10a, Mukim Batu (Batu Muda), Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi 9am – 1am setiap hari
Tel 012-400 7809 l slksport@gmail.com

Facebook | Instagram

5.   One Badminton Academy

One Badminton Academy tempat main gelanggang badminton
Kredit: One Badminton Academy di Facebook

One Badminton Academy lebih daripada sekadar menyewakan gelanggang badminton di KL. Terdapat juga gimnasium, kafe, dan empat gelanggang futsal! Akademi ini juga menawarkan latihan untuk semua peringkat kemahiran.

Alamat Lot 24391-B, Jalan 3/32A, Batu 6, 1/2, Jln Kepong, 52000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 10am – 12am

Sabtu – Ahad: 9am – 12am

Tel 012-376 6916

Facebook

6.   Pro One Badminton Centre

badminton court kl pro one
Kredit: Hazry Haidir di Google Reviews

Tempat sibuk yang biasa dikunjungi oleh bekas atlet-atlet kebangsaan, Pro One Badminton Centre kerap penuh sepanjang minggu, tidak kira siang atau malam. Anda boleh walk-in tetapi kemungkinan besar susah mendapat sebuah gelanggang kosong. Jadi, tempah awal kalau boleh.

Alamat Lot 6302, Jalan 2/27A, Off Jalan Usahawan, Bandar Baru Wangsa Maju, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Isnin – Sabtu: 10am – 1am

Ahad: 10am – 12pm

Tel 012-822 8032

7.   Ace Sports World

Ace Sports World tempat main gelanggang badminton
Kredit: David Loh di Google Reviews

Terletak di atas bumbung Lotus’s Kepong, Ace Sports World ialah salah satu tempat main badminton terbaik yang anda boleh kunjungi di Kuala Lumpur. Gelanggang-gelanggangnya sentiasa digilap, terdapat ruang tempat duduk yang luas, dan proses tempahan boleh dilakukan dengan mudah dan pantas di WhatsApp.

Alamat Level 3, Lotus Kepong 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Isnin: 3pm – 12am

Selasa – Khamis: 10am – 12am

Jumaat: 12pm – 12am

Sabtu – Ahad: 8am – 12am

Tel 010-399 9302 l Acesportsworldsb@gmail.com

Facebook | Instagram

8.   CK Sports Centre

ck sportscentre
Kredit: CK Sports Centre – Kepong KIP di Facebook

Juga terletak di Kepong, CK Sports Centre menyediakan 16 gelanggang dalam sebuah kubah yang luas dan berventilasi baik. Setiap gelanggang mempunyai pancaran cahaya tersendiri untuk penglihatan yang jelas serta bangku untuk berehat. Akan tetapi, tempat letak kereta di tempat main badminton ini terhad. Jadi, carpool jika boleh.

Alamat No. 51, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, 52000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 8am – 2am setiap hari
Tel 017-701 7799

Facebook

9.   Forum Pudu

Forum Pudu tempat main gelanggang badminton
Kredit: Courtsite

Forum Pudu merupakan tempat main badminton terkemuka dengan pelbagai kemudahan yang mengagumkan. Selain menyediakan 15 gelanggang badminton yang diselenggara dengan baik, lokasi ini juga mempunyai ruang kecergasan dan perkakasan ping pong untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti lebih daripada sekadar bermain badminton.

Alamat Wisma Chha Yong, No.113-3, Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi 8am – 3am setiap hari
Tel 016-222 6080 l pudu@forumgroup.my

Laman Web | Facebook

10.   PETRONAS Akademi Badminton Malaysia

PETRONAS Akademi Badminton Malaysia tempat main gelanggang badminton
Kredit: Courtsite

Tahukah anda bahawa “rumah“ badminton Malaysia iaitu BAM turut menyediakan gelanggang untuk disewa? Ya, anda boleh mengadakan sesi badminton di tempat yang sama di mana atlet-atlet negara kita berlatih dengan kemudahan bertaraf dunia. Ambil perhatian bahawa hanya pemain berumur 12 tahun ke atas dibenarkan bermain di pusat ini dan tempahan awal diperlukan kerana walk-in tidak dibenarkan.

Alamat Badminton Association of Malaysia, Jalan 1, Mont Kiara, 60000 W.P Kuala Lumpur
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 8pm – 12am

Sabtu: 4pm – 11:30pm

Ahad: 12pm – 10pm

Tel 03-2022 5871

Laman Web

Tempat-Tempat Main Badminton Di Sekitar Selangor

11.   ARENA SUKAN Champion

ARENA Sukan Champion tempat main gelanggang badminton
Kredit: ARENA SUKAN Champion di Facebook

Salah satu gelanggang badminton paling sibuk di Petaling Jaya, Champion Badminton Court adalah lokasi pilihan ramai penduduk PJ dari semua peringkat umur. Walaupun terdapat banyak gelanggang, tempat ini sering penuh pada hujung minggu, Tempat letak kereta di sini juga terhad. Oleh itu, rancang sesi anda dengan sewajarnya.

Alamat Lot, 1020, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi Isnin – Sabtu: 9am – 1am

Ahad: 9am – 12am

Tel 03-7722 2026

Facebook

12.   Ara Court Badminton Hall

Ara Court Badminton Hall tempat main gelanggang badminton
Kredit: Ara Courts Badminton Hall di Facebook

Jika Champion Badminton Court sudah penuh, anda boleh singgah di Ara Court Badminton Hall yang berdekatan. Walaupun ruangnya lebih kecil, ia masih cukup untuk menampung sekumpulan kecil dan walk-in dibenarkan. Harga sewa gelanggang juga lebih murah tetapi pusat ini tutup pada jam 10 malam.

Alamat Lot 997, Jalan Dahlia, Kg Sg Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya
Waktu Operasi Isnin: 10am – 11:30pm

Selasa – Jumaat: 10am – 1am

Sabtu & Ahad: 10am – 10pm

Tel 014-722 1388 l aracourtpj@gmail.com

Laman Web l Facebook

13.   Forum 19

petaling jaya forum 19 seksyen 19 badminton
Kredit: Forum Group di Facebook

Terletak berhampiran beberapa kafe dan restoran, gelanggang badminton Forum 19 popular di kalangan penduduk di bandar Petaling Jaya. Selain terdapatnya 16 gelanggang bergetah, ruang itu juga mempunyai sebuah kedai yang menjual kasut dan raket badminton. Tempat letak kereta juga banyak disediakan.

Alamat Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya
Waktu Operasi 8am – 2am setiap hari
Tel 03-3344 1466

Facebook l Instagram

14.   222 Sports Centre PJ

222 Sports Centre
Kredit: 222 Sports centre – PJ di Facebook

Secara ringkasnya, 222 Sports Centre menyediakan gelanggang yang berkeadaan baik, harga sewa yang mesra dompet, kakitangan yang mesra serta pilihan makanan yang banyak dan berdekatan.

Alamat 2, Jalan 51A/225, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya
Waktu Operasi Isnin – Sabtu: 9am – 12am

Ahad: 9am – 10pm

Tel 012-301 8225 l 222sportscentre@gmail.com

Facebook

15.   USJ23 Badminton Court

USJ 23 badminton court
Kredit: USJ23 Badminton Center di Facebook

Tertanya-tanya di mana tempat untuk main badminton yang bagus jika anda berada di kawasan USJ, Subang Jaya? Anda boleh pergi ke USJ 23 Badminton Court.

Alamat Lot 876-C, Jalan Subang 9, Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya, Puchong
Waktu Operasi Isnin & Khamis: 9:30am – 12am

Selasa & Jumaat: 9am – 12am

Rabu & Ahad: 9:30am – 12pm

Sabtu: 9am – 12pm

Tel 03-8023 0000 l usj23badmintoncenter@gmail.com

Laman Web l Facebook

16.   Forum Optimum Badminton Centre

Forum Optimum
Kredit: Forum Optimum Badminton Centre (Subang Jaya) di Facebook

Dengan dua kedai menjual akseori badminton, mesin layan diri, dan bilik air yang bersih, Forum Optimum menduduki tempat tinggi dalam senarai gelanggang badminton terbaik di Subang Jaya. Semuanya berkat penyelenggaraan yang ketat pengurusan yang cekap. Tempat letak keretanya juga menggunakan sistem tanpa tunai.

Alamat Lot 791, Persiaran Subang Indah, Taman Perindustrian Subang, 47610 Subang Jaya
Waktu Operasi 8am – 2am setiap hari
Tel 011-2787 8138 l ForumOptimumSubang@gmail.com

Facebook

17.   Lavana 2

Lavana 2
Kredit: Lavana 2 Sports Centre di Facebook

Lavana 2 menyediakan gelanggang yang bukan sahaja bersih tetapi diterangkan dengan cahaya lampu yang kuat. Ruangnya juga mempunyai sistem pengaliran udara yang baik bagi mengeluarkan udara bertakung.

Alamat Lot 61711, Plot B, Persiaran Subang Indah, Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya
Waktu Operasi 9am – 12am setiap hari
Tel 012-426 7188

Laman Web | Facebook | Instagram

Tempah Sesi Anda Di Tempat-Tempat Main Badminton Ini Di Sekitar Kuala Lumpur

a shuttlecock passing over a net
Kredit: Stephan Rothe di Unsplash

Selepas menempah gelanggang untuk sesi badminton anda, jangan lupa pula menyediakan stok bulu tangkis yang mencukupi. Dan sudah tentunya, raket dan kasut badminton dalam keadaan yang baik adalah satu kemestian untuk permainan yang lancar. Selain itu, pastikan anda melakukan regangan badan sebelum mula bermain bagi mengelakkan kecederaan dan memanaskan otot. Minum air secukupnya untuk kekal terhidrasi!

Leave a Reply