11 Buffet Ramadan 2025 Terbaik Di KL Untuk Berbuka Puasa Bersama Keluarga Dan Rakan

ramadan buffet hotel kl

Umat-umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa menjelang bulan Ramadan yang akan bermula pada haribulan 2 Mac hinggalah 30 Mac. Di Malaysia, adalah menjadi kebiasaan orang ramai bersinggah ke bazaar-bazaar Ramadan di merata tempat untuk membeli hidangan berbuka puasa. Selain itu, hotel-hotel juga merupakan tempat berbuka yang kian popular dengan adanya buffet Ramadan yang menawarkan puluhan jenis makanan untuk memenuhi pelbagai citarasa. Jika anda merancang untuk menjamu buffet Ramadan, kami telah pun menyediakan senarai butiran hotel di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi di dalam Ramadan tahun ini.

Singgah Hotel-Hotel Ini Untuk Menikmati Buffet Ramadan Yang Menyelerakan

Dari kegemaran klasik tempatan ke masakan-masakan rantau Asia Tenggara, buffet-buffet Ramadan ini pasti akan memuaskan citarasa anda. 

1.   Hilton Kuala Lumpur

Hilton Kuala Lumpur ramadan buffet
Kredit: EAT.DRINK.HILTON

Hilton Kuala Lumpur mempersembahkan buffet Ramadan yang bertemakan “Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan”. Dari hidangan tradisional hinggalah yang moden, Hilton KL menyediakan sambutan berbuka puasa yang penuh dengan warisan di mana anda sekeluarga atau rakan-rakan boleh menikmati aneka ragam hidangan tradisional Melayu serta seleksi masakan antarabangsa.

Harga RM238 untuk dewasa
RM119 untuk kanak-kanak (percuma untuk umur bawah 5)
Tarikh 1 Mac – 30 Mac
No.Tel 03-2264 2264
E-mel Hiltonkualalumpur_FB@hilton.com

Laman Web | Facebook | Instagram

2.   W Kuala Lumpur

W Kuala Lumpur ramadan buffet
Kredit: Marriott Bonvoy

Nikmati suasana berbuka puasa seakan-akan di bazaar di W Kuala Lumpur. Di bulan Ramadan ini, Restoran FLOCK di W mempersembahkan Bazaar Malam di mana anda boleh merasai sajian Pan-Asian dan Middle Eastern di samping makanan tradisional tempatan.

Harga RM278 untuk dewasa
RM139 untuk kanak-kanak
Tarikh 3 Mac – 31 Mac
No.Tel 03-2786 8888
E-mel bf.wkualalumpur@whotels.com

Laman Web | Facebook | Instagram

3.   Four Seasons Kuala Lumpur

Four Seasons Kuala Lumpur ramadan buffet
Kredit: Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Curate Restaurant di Four Seasons Kuala Lumpur menjemput anda berbuka dengan Glamour Kampung Highlights di bawah suasana dan nostalgia kampung dengan hidangan-hidangan popular tempatan dan antarabangsa termasuklah kambing golek utara, sup gearbox, Black Tea Smoked Duck, dan nasi ulam dengan black truffle serta Wagyu beef cincang.

Harga RM318 untuk dewasa
RM159 untuk kanak-kanak
Tarikh 1 Mac – 30 Mac
No.Tel 03-2382 8888
E-mel curate.kualalumpur@fourseasons.com

Laman Web | Facebook | Instagram

4.   InterContinental Kuala Lumpur

InterContinental Kuala Lumpur ramadan buffet
Kredit: InterContinental Kuala Lumpur

Dengan tema Santai-Santai di Serena, Intercontinental Kuala Lumpur menyediakan buffet iftar yang menawarkan pelbagai sajian tempatan yang digemari ramai. Antara hidangan-hidangan istimewa yang anda boleh nikmati termasuklah Baked Honey-glazed ChickenRendang Minang Smoked Barbecue Beef RibsXinjiang Whole Lamb with Bukhari Biryani Rice dan Gulai Assam Rong-style Claypot Roasted Duck. Di samping itu, terdapat juga kegemaran-kegemaran tempatan seperti lemang, kuah kacang, bubur lambuk, ketupat, dan Beef Rendang Tok.

Harga RM288 untuk dewasa
RM178 untuk kanak-kanak (percuma untuk umur bawah 5)
Tarikh 4 Mac – 27 Mac
No.Tel 016-202 4623
E-mel fnb.admin@ickualalumpur.com.my

Laman Web | Facebook | Instagram

5.   Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Pavilion Hotel Kuala Lumpur ramadan buffet
Kredit: Banyan Tree

Di Pavilion Hotel Kuala Lumpur pula, para-para masterchef menyediakan pengalaman buffet iftar yang mewah di restoran The Courtyard. Bertemakan Aroma Citarasa Selatan, anda boleh berbuka dengan hidangan-hidangan pilihan yang menampilkan sajian tradisional, stesen memasak live, dan makanan laut segar. Akhiri malam anda dengan pencuci mulut buatan tangan yang disediakan oleh chef pakar.

Harga RM178 untuk dewasa
RM110 untuk kanak-kanak
Tarikh 1 Mac – 28 Mac
No.Tel 03-2117 2821
E-mel thecourtyard-pavilionhotel@banyantree.com

Laman Web | Facebook | Instagram

6.   Element Kuala Lumpur

Element Kuala Lumpur ramadan buffet
Kredit: @elementkualalumpur via Instagram

Jom Mai Bazar di Element Kuala Lumpur! Buffet Ramadan di TRACE Restaurant & Bar menawarkan pengalaman makan yang unik yang dibintangi pelbagai jenis hidangan untuk memenuhi citarasa semua. Menunya termasuk appetizer seperti Traditional Kerabu Warisan Malaysia dan Sup Tiga Sekawan, hidangan utama seperti Nasi Gorang Dabai dan Braised Beef Short Ribs with Kerutuk Gravy, dan pencuci mulut seperti Pulut Tai Tai dan Ketayap Seri Muka.

Harga RM198 untuk dewasa
Tarikh 1 Mac – 30 Mac
No.Tel 03-2771 3355
E-mel TraceRB.Elementkl@elementhotels.com

Laman Web | Facebook | Instagram

7.   Le Meridien Kuala Lumpur

Le Meridien Kuala Lumpur
Kredit: Marriott Bonvoy

Nikmati pengalaman kulinari Rencah-Rencah Sajian Selera yang memuaskan dengan pelbagai hidangan lazat yang menggabungkan cita rasa tradisional tempatan dan antarabangsa. Puaskan selera anda dengan makanan laut segar, ulam-ulaman, di samping hidangan istimewa seperti Slow-Braised Beef, Signature Lamb Curry, serta masakan Cina, India, dan Jepun.

Harga RM218 untuk dewasa
RM99 untuk kanak-kanak
Tarikh 2 Mac – 30 Mac
No.Tel 03-2263 7888
E-mel lemeridien.kualalumpur@lemeridien.com

Laman Web | Facebook | Instagram

8.   ParkRoyal Collection KL

ParkRoyal Collection KL
Kredit: ParkRoyal Collection Kuala Lumpur

Puaskan selera anda dengan hidangan-hidangan tradisional termasuk Rendang Kambing Golek, OP Ribs Bakar, Pesamah Daging Angus Australia, Rendang Itik Serati, Ayam Kampung Berlado Hijau, dan banyak lagi yang pasti akan membuatkan anda mengenangi masakan ibu atau nenek di kampung. Bukan itu sahaja, buffet iftar bertemakan Nostalgia Ramadan ini juga menyediakan muzik irigan ghazal yang mengasyikkan lagi suasana.

Harga RM248 untuk dewasa
RM124 untuk kanak-kanak
Tarikh 3 Mac – 30 Mac
No.Tel 03-2706 8503
E-mel dining.prckul@panpacific.com

Laman Web | Facebook | Instagram

9.   ibis Kuala Lumpur City Centre

ibis Kuala Lumpur City Centre
Kredit: Kampung Kitchen

Jika anda berada di persekitaran KLCC, bolehlah mengunjungi ibis KLCC untuk beriftar di Citarasa Warisan Kampung Buffet Ramadan. Sambil merasakan kambing golek, gulai kawah, sup tulang kambing dan banyak lagi, anda juga boleh menikmati persembahan live band ghazali moden untuk suasana berbuka puasa yang penuh meriah.

Harga RM139 untuk dewasa
RM89 untuk kanak-kanak
Tarikh 1 Mac – 28 Mac
No.Tel 03-2778 3388 / 012-668 9929 / 012-667 9970 (untuk group booking)
E-mel sales.fb@ibisklcc.com

Laman Web | Facebook | Instagram

10.   Grand Millennium KL

Grand Millennium KL
Kredit: Millennium Hotels

Di Grand Millennium Kuala Lumpur pula, buffet ramadan Jom Makan 2.0 menyajikan hidangan tradisional dengan sentuhan moden dengan menampilkan masakan unik dari pelbagai negeri di Malaysia. Antara tarikan hidangan utama ialah Assam Pedas Telur Ikan Mayong, Gulai Kawah Kelantan, Telur Itik Masak Lemak, Kambing Bakar Utara, dan Sup Daging Selat. Anda juga boleh menikmati live entertaiment semasa beriftar dalam suasana yang penuh kemeriahan.

Harga RM178 untuk dewasa
RM89 untuk kanak-kanak
Tarikh 3 Mac – 28 Mac
No.Tel 03-2117 4163 / 012-317 0120

11.   Mandarin Oriental KL

Mandarin Oriental KL ramadan buffet
Kredit: Mandarin Oriental

Menu istimewa oleh Chef Saiful Asrul bin Sadin di buffet Citra Selera Timur & Barat menampilkan warisan kulinari Malaysia dengan hidangan seperti Udang Galah Lemak Asam Nenas, Daging Bakar Berempah, dan Gulai Ayam Siam Terung Pipit. Sentuhan hidangan timur tengah seperti Kabsa Lamb, Haydari, dan Baklava melengkapkan sajian, sementara stesen memasak live menjadikan pengalaman lebih interaktif dan memikat.

Harga RM308 untuk dewasa
RM188 untuk kanak-kanak
Tarikh 28 Feb – 30 Mac
No.Tel 03-2330 8798
E-mel mokul-fb@mohg.com

Jom Beriftar Bersama Orang Tersayang Di Buffet Ramadan Terbaik Tahun 2024 Ini

food in buffet trays
Kredit: Saile Ilyas di Unsplash

Kami berharap senarai ini berguna untuk rancangan berbuka puasa anda! Disebabkan buffet Ramadan di hotel selalunya mendapat permintaan yang tinggi, kami mengesyorkan anda membuat tempahan slot awal sebelum berkunjung untuk memastikan anda dapat beriftar tepat pada waktunya. Untuk hari yang anda berbuka di rumah, bolehlah cubakan resipi rendang daging dan sambal mudah ini.

Ramadan Bersama Shopee sale malaysia

Dapatkan segala barangan persiapan Raya anda di Jualan Raya Bersama Shopee dari 13 hingga 31 Mac dan nikmati 90% Diskaun Dijamin Harga TerendahPenghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum100 Juta Syiling Raya Percuma, dan banyak lagi!  

Leave a Reply