9 Pewangi Kereta Terbaik Di Malaysia Untuk Kereta Kekal Wangi Dan Segar

a car freshener on a dashboard

Suka atau tidak, kita banyak menghabiskan masa di dalam kereta. Walaupun sistem pengangkutan awam kian bertambah baik beberapa tahun ini, rakyat Malaysia pada umumnya masih lebih suka memandu jika mereka mempunyai pilihan atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, masuk akal untuk menjadikan kereta kita nyaman dan selesa untuk pemandu dan penumpang. Cara yang cepat, murah, dan mudah untuk berbuat demikian ialah dengan menggunakan pewangi kereta. Di sini, kami memperkenalkan pewangi-pewangi kereta terbaik di pasaran untuk membantu anda memilih yang sesuai.

9 Pewangi Kereta Terbaik Yang Anda Boleh Beli Di Malaysia

Banyak wangian untuk dicuba.

1.   Vanzo Gentleman Series

Vanzo Gentleman Series pewangi kereta terbaik
Kredit: VANZO Official Store di Shopee

Siri Vanzo Gentleman adalah antara pilihan pewangi kereta terbaik di Malaysia bukan sahaja kerana baunya yang harum tetapi juga penampilannya yang menarik mata. Ia memberikan bau sitrus segar serta bau woody scent manakala bekas luarannya disaluti kulit PU yang kelihatan premium sekali. Lebih-lebih lagi, nama anda boleh diukir pada bahagian penutup apabila anda membeli tiga kotak atau lebih!

2.   Carall Regalia Enrich Car Perfume

Carall Regalia Enrich pewangi kereta terbaik
Kredit: Kakimotor Official Store di Shopee

Jika anda inginkan wangian yang memberikan bau ‘mewah’, bolehlah dapatkan pewangi kereta Carall Regalia Enrich. Digelar sebagai penyegar kereta No. 1 di Malaysia, pewangi buatan Jepun ini memberikan aroma musky yang disukai ramai. Dengan lebih 8,000 unit terjual setakat ini, ia terbuktinya salah satu jenama pewangi kereta yang terlaris di pasaran!

3.   Vanzo Marvel Series

Vanzo Marvel Series pewangi kereta terbaik
Kredit: VANZO Official Store di Shopee

Peminat tegar siri Marvel jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pewangi udara oleh Vanzo ini. Denga pilihan rupa bentuk Iron Man, Captain America, dan Thor, pewangi kereta ini mengandungi tablet pewangi minyak pati tanpa bahan alkohol yang tidak merengsakan. Ia diperbuat daripada bahan-bahan selamat yang bebas daripada formaldehid, toluena, benzena, dan logam berat.

4.   Lovely Lace Car Air Freshener

Lovely Lace Car Air Freshener pewangi kereta terbaik
Kredit: Lovely Lace Official Store di Shopee

Bawakan bau ‘kebahagiaan’ ke dalam kereta anda dengan siri pewangi kereta Lovely Lace. Dengan tin yang berlabelkan ‘Teddy’s Dream‘, ‘Teddy Hug‘ dan ‘Dewberry‘, anda boleh pasti pedalaman kereta anda akan berbau indah nikmat setiap kali anda melangkah masuk. Selain itu, pewangi udara ini juga boleh digunakan di dalam rumah. Anda boleh meletakkannya di ruang tamu, dapur, ataupun bilik mandi dan ia boleh bertahan sehingga 30 hari.

5.   Farcent Deodorizer Anti Tobacco Car Home Charcoal

Farcent Deodorizer Anti Tobacco Car Home Charcoal pewangi kereta terbaik
Kredit: Farcent Official Shop di Shopee

Jika si pemandu ataupun penumpang sering menyalakan rokok di dalam kereta dan ada tidak mahu bau rokok berlarutan, penyahbau kereta jenama Farcent ini merupakan solusi terbaik. Ia menggunakan arang dan minyak pati darpiada tumbuhan yang berasal dari Jepun untuk menyerap dan meneutralkan bau tembakau dengan berkesan. Gabungan mujarab ini dikatakan mempunyai keberkesanan tiga kali ganda kuasa arang semula jadi dan mampu bertahan sehingga lapan minggu.

6.   Cleen Volcanic Car Vent Essential Oil Diffuser

Breathe Easy + Car Vent Diffuser pewangi kereta terbaik
Kredit: Greenxagon di Shopee

Inginkan bau minyak pati dalam kereta anda? Peresap bolong kereta jenama Cleen ini adalah pilihan pewangi kereta terbaik untuk anda. Ia diperbuat daripada kayu rosewood semulajadi dan batu lava gunung berapi yang berkualiti tinggi.

Set ini juga termasuk minyak pati Breathe Easy yang terdiri daripada campuran pudina, kayu putih, dan lemon. Hanya tiga titis minyak diperlukan untuk memenuhi pedalaman kereta anda denga aroma yang menyegarkan.

7.   Baseus Car Air Freshener

Baseus Car Air Freshener pewangi kereta terbaik
Kredit: Baseus Official Store di Shopee

Jika anda tidak mahu terhad dengan menggunakan satu aroma sahaja, lihatlah pewangi kereta dari Baseus ini. Reka bentuknya agak unik dan tidak seperti pewangi-pewangi udara yang lain. Ia bagi memastikan aliran udara tidak disekat apabila diletakkan pada bolong penghawa dingin kereta.

Ia disertakan dengan enam uncang yang terdiri daripada tiga wangian berbeza (cologne, marine dan gardenia), membolehkan anda menukar-nukar bau haruman. Harumannya tidak toksik dan selamat untuk wanita hamil dan bayi.

8.   Ambi Pur Car Mini Clip Air Freshener

Ambi Pur Car Mini Clip Air Freshener pewangi kereta terbaik
Kredit: MYDIN Malaysia di Shopee

Kepada mereka yang inginkan pewangi kereta yang minima, boleh dapatkan klip mini dari Ambi Pur. Penyegar udara 2-dalam-1 ini bukan sahaja menghilangkan bau busuk tetapi juga mengekalkan kesegaran pedalaman kereta anda sehingga 45 hari. Anda boleh pilih daripada tujuh harumn berbeza.

9.   Airpro Car Air Freshener Clip

Airpro Car Air Freshener Clip
Kredit: MR DIY di Shopee

Klip pewangi kereta Airpro adalah salah satu pilihan pewangi kereta mampu milik terbaik di pasaran. Anda boleh klipkannya pada bolong udara kereta dengan mudah dan ia memberikan bau lavender yang berkesan menghilangkan bau busuk. Klip ini boleh bertahan sehingga 30 hari, menjadikan harganya amat berbaloi!

Segarkan Kereta Anda Dengan Segera Menggunakan Pewangi-Pewangi Kereta Terbaik Ini

a hanging car perfume
Kredit: Paul Michea di Pixabay

Pedalaman kereta yang berbau busuk memang tidak menyenangkan, lebih-lebih lagi dalam perjalanan jauh. Sebaliknya, memandu atau duduk dalam kereta yang berbau harum boleh meningkatkan mood anda dan menjadikan pengalaman memandu lebih nyaman dan relaks. Pewangi-pewangi kereta terbaik ini tidaklah menelan kos yang tinggi, tetapi kegunaannya memang sangat berbaloi.

Layari Shopee Auto Mall untuk segala keperluan automotif anda!

Leave a Reply