9 Perfume Lelaki Terbaik Di Malaysia Untuk Menambah Gaya Dan Keyakinan

a man spraying perfume on himself

Minyak wangi ataupun perfume merupakan salah satu cara yang cepat dan berkesan untuk meningkatkan penampilan fizikal seseorang. Bau wangi pada badan mampu memberi kesan positif kepada keyakinan serta mood anda. Apa lagi, wangian yang menarik boleh menarik perhatian orang dan meninggalkan first impression yang lebih ketara. Bukan sahaja kaum wanita, tetapi lelaki juga boleh mendapat manfaat daripada pengunaan minyak wangi. Sama ada anda baru menerokai dunia minyak wangi atau mencari wangian baru untuk ditambah ke koleksi anda, berikut adalah beberapa perfume lelaki terbaik dan paling popular di Malaysia yang boleh anda cuba.

9 Perfume Lelaki Terbaik Di Malaysia Untuk Dicuba

Tak tahu nak beli yang mana satu? Jom lihat rekomendasi kami.

1.   Kahf Revered Oud Eau De Toilette

Kahf Revered Oud Eau De Toilette perfume lelaki terbaik
Kredit: Kahf Official Store di Shopee

Kahf Revered Oud Eau de Toilette adalah salah satu minyak wangi lelaki terlaris di Malaysia yang direka untuk memberikan kesan yang sophisicated. Ia menggabungkan bau Oud dengan nota sitrus yang menyegarkan untuk aroma yang memikat. Wangian yang tahan lama ini sesuai dipakai setiap hari dan akan meninggalkan aroma yang istimewa dan memberikan penampilan casual.

2.   LONKOOM Perfume EDP

LONKOOM Perfume EDP perfume lelaki terbaik
Kredit: LONKOOM Official Store di Shopee

LONKOOM EDP merupakan wangian uniseks yang ditawarkan dalam pelbagai aroma. Noble Series tersedia dalam empat pilihan—Noble Edition, Noble Black, Noble Gold, dan Noble White—yang memberikan bau floral-woody, masing-masing dengan campuran unik top note, middle note, dan base note. Ia datang dalam botol 100ml dan sesuai digunakan untuk menghadiri majlis dan parti.

3.   Dashing Eau De Toilette – Style Legend

Dashing Eau De Toilette - Style Legend perfume lelaki terbaik
Kredit: Wipro Unza Official Store di Shopee

Serlahkan gaya trendsetter anda dengan Dashing Eau De Toilette EDT Style Legend. Wangian yang memikat hati ini memberikan aroma woody yang memancarkan aura sophisticated dan keanggunan abadi. Wangian maskulin Dashing EDT tahan lama dan sesuai untuk para lelaki dengan gaya hidup moden.

4.   ROMANO Pocket Perfume EDP Prestige

ROMANO Pocket Perfume EDP Prestige perfume lelaki terbaik
Kredit: Wipro Unza Official Store di Shopee

Romano Pocket Perfume EDP Prestige mengabungkan bau nenas segar dan lavender yang diseimbangkan dengan aroma cedarwood dan musk untuk menghasilkan wangian yang menggoda. Minyak wangi ini datang dalam botol bersaiz kecil yang mudah dibawa dalam poket seluar dan mampu memberi sebanyak 250 semburan.

5.   Versace Men’s Blue Jeans EDT

Versace Men’s Blue Jeans EDT perfume lelaki terbaik
Kredit: SHINS.my

Dilancarkan pada tahun 1994, Versace Blue Jeans EDT kekal sebagai perfume klasik dan merupakan salah satu minyak wangi lelaki terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia. Ia menampilkan bau sitrus segar dengan kandungan termasuk bergamot dan lemon yang memberikan aroma tajam berunsurkan oriental dan woody. Sesuai dipakai setiap hari atau dijadikan hadiah untuk kaum lelaki.

6.   GATSBY White Up EDT

GATSBY White Up EDT perfume lelaki terbaik
Kredit: Mandom Official Store di Shopee

Mahukan bau wangi tetapi tidak terlalu kuat? Lihatlah GATSBY White Up Eau De Toilette yang direka untuk memberikan aroma yang ringan dan menyegarkan. Terdapat dalam beberapa varian (Sky Reflection, Platinum Wave, dan Blanc Wood), setiap satunya mempunyai profil yang berbeza tetapi kesemuanya tidak memberikan bau kuat yang menusuk hidung. Ini menjadikannya pilihan yang amat sesuai dipakai setiap hari dan terutamanya di pejabat.

7.   Ubermen EDP Attraction

Ubermen EDP Attraction perfume lelaki terbaik
Kredit: Ubermen Official Store di Shopee

Ubermen EDP Attraction merupakan cologne yang direka untuk menarik perhatian dan merupakan antara perfume lelaki terbaik yang boleh didapati di Malaysia. Ia menampilkan gabungan aroma lada hitam pedas dan sitrus yang menyegarkan. Karamel dan patchouli menambah sentuhan kemanisan. Cologne ini sesuai untuk lelaki yang ingin membuat kenyataan yang kuat serta meninggalkan impression yang berpanjangan.

8.   SILKYGIRL Men Brave EDT

SILKYGIRL Men Brave EDT perfume lelaki terbaik
Credit: SILKYGIRL Official Store on Shopee

SILKYGIRL Men Brave EDT adalah wangian menyegarkan yang direka untuk lelaki yang sukakan cabaran. Ia memberikan letusan lavender yang diseimbangkan dengan herbal sage dan geranium. Apabila wangian ini meresap, aroma cedarwood muncul dan meninggalkan kesan maskulin yang tahan lama.

9.   Adidas Pure Game EDT

Adidas Pure Game EDT
Kredit: Adidas Personal Care Store di Shopee

Jika anda peminat bola sepak, Adidas Pure Game EDT patut ada dalam shopping list anda. Wangian aromatik ini mengandungi formula vegan yang memberikan bau woody dari gabungan lemon, basil, dan lada yang menyegarkan. Dan untuk pengetahuan anda, setiap botol wangian ini diperbuat daripada 25% kaca kitar semula, manakala penutup botol terdiri daripada 50% plastik kitar semula.

Naikkan Taraf Penampilan Fizikal Anda Dengan Perfume Lelaki Terbaik di Malaysia

a stack of perfume bottles
Kredit: Saman Taheri di Unsplash

Minyak wangi lelaki terbaik untuk anda sedikit sebanyak bergantung kepada gaya peribadi anda. Jangan takut untuk bereksperimen dan mencuba pelbagai wangian untuk mencari satu yang melengkapi personaliti anda. Pilihan-pilihan perfume lelaki in adalah pengenalan terbaik jika anda baru berjinak-jinak dalam hal wangian.

Leave a Reply