Memilih kasut badminton yang sesuai adalah kunci untuk meningkatkan prestasi dan melindungi kaki semasa bermain. Pelbagai jenama terkenal menawarkan kasut badminton dengan ciri-ciri khusus seperti tapak anti-gelincir, sokongan pergelangan kaki, dan kusyen yang selesa untuk menampung pergerakan pantas di gelanggang. Sama ada anda seorang pemain profesional ataupun pemula, kasut yang sesuai bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga mengurangkan risiko kecederaan. Jom lihat kasut-kasut badminton terbaik di Malaysia yang sesuai dengan keperluan dan gaya permainan anda, supaya anda boleh beraksi dengan penuh keyakinan di gelanggang.
10 Kasut Badminton Terbaik Di Malaysia Yang Anda Boleh Beli Pada Tahun 2025
Dari Yonex ke Li-Ning, tiada kekurangan pilihan jenama yang terkemuka.
1. Yonex Power Cushion Aerus Z Wide
Kasut badminton Yonex Power Cushion Aerus Z Wide direka untuk pemain advanced yang inginkan ketangkasan dan prestasi unggul. Dengan berat hanya 250g, ia adalah antara model paling ringan dalam barisan kasut Yonex dan menampilkan teknologi Power Cushion+ yang mempunyai shock absorption tinggi bagi mengurangkan tekanan pada sendi.
Selain itu, binaan Durable Skin Light memastikan fit yang selesa sambil mengekalkan fleksibiliti, manakala Radial Blade Sole memberikan cengkaman dan daya tarikan yang kuat untuk pergerakan lancar ke semua arah. Dengan reka bentuk ergonomik, Aerus Z Wide memberikan keseimbangan keselesaan dan prestasi, menjadikannya ideal untuk permainan berintensiti tinggi.
2. Yonex Bubble Out
Direka untuk prestasi dan keselesaan puncak, kasut badminton Yonex Bubble Out menawarkan shock absorption maksimum serta compression recovery yang cepat. Bahan mesh russel dengan kusyen tambahan meningkatkan kebolehnafasan selain tahan lama dan ringan, manakala Tapak Hexagrip menyediakan 3% lebih cengkaman dan 20% lebih ringan daripada kasut badminton standard. Alami keselesaan unggul dengan reka bentuk berkontur hasil daripada teknologi TruShape.
3. ASICS Upcourt 6
Bagi pemain-pemain yang mahukan fleksibiliti dan pergerakan ringan di gelanggang, bolehlah pertimbangkan ASICS Upcourt 6. Kasut ini menggabungkan panel mesh yang luas untuk aliran udara yang dipertingkatkan dan fit yang lebih lembut
Pembinaan yang ringan membolehkan pergerakan tangkas, manakala lapisan mesh mengekalkan kebolehnafasan semasa perlawanan. Gabungan ciri-ciri ini memberikan keselesaan optimum, menjadikan Upcourt 6 pilihan yang mantap untuk pemain yang mengutamakan prestasi dan kemudahan pemakaian.
4. ASICS Gel-Rocket 11
ASICS Gel-Rocket 11 merupakan sepasang kasut gelanggang serba boleh yang menampilkan teknologi GEL pada tapak tengahnya bagi meningkatkan penyerapan impak untuk memberikan rasa yang lebih lembut dan berkusyen. Lebih-lebih lagi, kestabilan dipertingkatkan melalui teknologi TPU TRUSSTIC dan alur lentur meningkatkan fleksibiliti bagi menggalakkan pergerakan gelanggang yang lebih bebas dan tangkas.
5. ASICS Court Control FF 3
Untuk pemain badminton yang gemar bermain dalam rali panjang, ASICS Court Control FF 3 sesuai untuk anda. Direka untuk meningkatkan sokongan sisi, kasut ini memastikan kestabilan tanpa menjejaskan fleksibiliti, membolehkan pergerakan mudah dan pantas pelbagai arah.
Selain itu, tapak tengahnya menggabungkan teknologi GEL dan FLYTEFOAM bagi penyerapan impak yang lebih baik serta rasa bawah kaki yang amat lembut. Ciri-ciri lain seperti pelindung kaki PGUARD meningkatkan lagi ketahanan di kawasan tekanan tinggi bagi memastikan prestasi puncak di gelanggang.
6. Li-Ning Almighty V
Li-Ning Almighty V merupakan model paling menonjol dalam barisan kasut badminton All Around King yang ikonik. Sejak 2018, barisan ini telah berkembang dengan warna-warna cerah dan reka bentuk inovatif yang memenuhi keperluan pemain lelaki dan wanita. Edisi terkini menampilkan gaya minimalis serta binaan yang memberikan sokongan dan keselesaan yang mencukupi. Dilengkapi dengan teknologi Non-Mark pada bahagian luar, kasut ini memastikan pergerakan lancar di atas gelanggang.
7. Li-Ning Blast JF-01 SE
Dipakai oleh pemain bertaraf antarabangsa Anthony Ginting, Li-Ning Blast JF-01 SE menggabungkan fungsi gred profesional dengan gaya, menjadikannya pilihan utama untuk pemain kompetitif yang inginkan ketangkasan dan kadar responsif yang tinggi. Ia mempunyai binaan premium yang menggabungkan teknologi kusyen Boom and Bounce+ untuk keselesaan dan pemulangan tenaga yang unggul, manakala gentian karbon dan bahan TPU memastikan kestabilan yang sangat mengagumkan.
8. Protech Varno Badminton Court Shoes
Dengan harga kurang daripada RM100, anda boleh mendapatkan kasut badminton Protech Varno yang diperbuat daripada bahan double russel mesh yang menggalakkan pengudaraan untuk memastikan kaki anda selesa sepanjang perlawanan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kusyen ringan yang mampu menyerap hentakan dengan berkesan. Sementara itu, tapak luarnya memberikan cengkaman yang kuat untuk mengelakkan gelinciran.
9. Protech Predator Series 2.0
Protech Predator Series 2.0 datang dengan harga yang lebih tinggi dan ciri yang lebih canggih, seperti sistem breathable hall yang memastikan aliran udara optimum dan penstabil anti-putaran bagi mengurangkan risiko kecederaan. Selain itu, tapak luarnya yang berketumpatan tinggi menawarkan ketahanan yang kuat serta penyerapan hentakan.
10. Kawasaki K1B51-B3324
Kasut Kawasaki K1B51-B3324 menggabungkan gaya, keselesaan dan ketahanan pada harga yang mesra dompet. Direka dengan permukaan jejaring yang boleh bernafas, ia memastikan pengudaraan dan keselesaan yang unggul untuk pemakaian yang lama.
Tapak tengah elastik EVA yang ringan memberikan penyerapan hentakan yang baik, penting untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecederaan sukan. Di bahagian bawah pula, tapak luar getah honeycomb mempunyai kekuatan tinggi, ciri anti-gelincir dan tahan haus.
Bergerak Dengan Yakin Di Gelanggang Dengan Kasut-Kasut Badminton Terbaik Di Malaysia Ini
Memakai kasut yang sesuai amat penting untuk sukan berintensiti tinggi seperti badminton di mana kaki bergerak pantas dan refleks dijangkakan. Kasut-kasut badminton terbaik di Malaysia ini akan membantu melindungi kaki anda semasa anda bermain dan memberikan keselesaan yang diperlukan. Selain itu, pilihan kasut yang tepat dapat meningkatkan prestasi anda di gelanggang.
Baca juga: 15 Raket Badminton Terbaik Untuk Pemain Di Setiap Tahap Kemahiran