11 Beg Travel Terbaik Untuk Perjalanan Yang Lancar Dan Teratur

An opened luggage bag with stuffs on a bed

Bagi pencinta pengembaraan, beg travel yang sesuai adalah elemen penting untuk memastikan perjalanan berjalan lancar dan selesa. Terdapat pelbagai pilihan beg travel terbaik di pasaran Malaysia yang direka untuk memenuhi keperluan pelancong, sama ada untuk perjalanan singkat atau pengembaraan jangka panjang. Di sini, kami melihat jenama-jenama dan model-model popular yang menawarkan kualiti, daya tahan, dan keselesaan untuk menjadikan pengalaman travel anda lebih memuaskan.

11 Beg-Beg Travel Terbaik Di Malaysia Yang Anda Boleh Beli Pada Tahun 2025

Miliki beg bagasi berkualiti yang boleh digunakan bertahun-tahun.

1.   Case Valker ABS Lightweight Luggage

case valker beg travel terbaik
Kredit: Case Valker Official Store di Shopee

Bagi sesiapa yang mahukan beg bagasi yang kukuh, ringan, dan berpatutan, model dari Case Valker ini merupakan salah satu beg travel terbaik di pasaran. Diperbuat daripada bahan Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS) yang diperkukuhkan, ia boleh menahan hentakan tanpa kehilangan bentuk. Case Valker membina bagasi-bagasinya dengan komponen berkualiti tinggi seperti roda yang sesuai berjalan di pelbagai permukaan lantai dan pemegang yang diperbuat daripada aloi kukuh.

2.   Cosas United Blooms Series

Cosas United beg travel terbaik
Kredit: Cosas United di Shopee

Terdapat dalam pelbagai pilihan warna, Siri Blooms Series dari Cosas United adalah pilihan yang bagus untuk pengembara-pengembara moden. Berukuran 28 inci, ia menyediakan ruang storan yang mencukupi untuk keperluan anda dan masih muat di kebanyakan overhead bin di atas kapal terbang. Selain itu, ia juga mempunyai zip berkembar, lapan roda swivel spinner dan badan polikarbonat yang kukuh.

3.   American Tourister Airconic Spinner

American Tourister Airconic Spinner best luggage brands malaysia
Kredit: American Tourister

American Tourister ialah antara jenama bagasi terlaris di kebanyakan negara, termasuklah Malaysia. Model Airconic Spinner merupakan beg hardside teringan dari jenama ini dengan beratnya hanya 2kg untuk model terkecil dan 3.2kg untuk yang terbesar. Reka bentuknya memberikan sentuhan moden yang turut menampilkan pemegang handle ergonomik dan roda berkembar licin untuk perjalanan yang lancar.

4.   Giordano Stylish Hard Case Luggage

Giordano beg travel terbaik malaysia
Kredit: polypac.os on Shopee

Jenama pakaian Giordano turut membuat beg bagasi yang sepadan dengan sifat fesyen pakaiannya, seperti beg travel ini yang dihiasi dengan corak yang menarik. Di dalamnya, beg ini menyediakan ruangan utama serta kompartmen-komparmen sampingan yang disusun dengan baik. Ciri-cirinya juga termasuk combination lock tiga digit, pemegang atas serta sisi untuk pengendalian mudah, dan roda pemutar.

5.   URBANlite Ridge PP Hard Case

URBANlite Ridge beg travel terbaik
Kredit: Universal Traveller

Salah satu jenama beg travel terbaik dan terlaris di Shopee Malaysia, URBANlite Ridge ialah pilihan yang agak berpatutan namun padat dengan ciri-ciri. Ia memastikan pakaian dan barangan anda teratur dengan pembahagi terbina dan berbilang poket. Dengan sistem pengembangan (expansion system) tersedia, anda boleh menambahkan kapasiti muatan sebanyak 20% sekiranya anda memerlukan ruang tambahan.

6.   Hummer 8 Wheel Hard Case

best luggage brand hummer
Kredit: Travel For All Official Store di Shopee

Beg bagasi jenama Hummer ini mempunyai ruang yang mencukupi untuk keperluan tiga atau empat hari dan ia meluncur dengan mudah walaupun dengan muatan penuh. Ciri-cirinya agak standard untuk sebuah beg bagasi, tetapi itulah yang anda harapkan daripada jenama yang turut membina beberapa kenderaan paling kukuh di dunia.

7.   Flyasia Cross X ABS Hard Case

Flyasia Cross X ABS Hard Case beg travel terbaik malaysia
Kredit: Travel For All Official Store on Shopee

Beg travel hard case Flyasia ini pilihan yang bijak jika anda inginkan sebuah carry-on yang ringkas. Selain daripada bahan buatan ABS yang teguh, terdapat juga tali pengikat bagi memastikan barangan anda tidak bersepah di tempat pengendalian bagasi. Tambahan pula, adanya pembahagi berzip untuk menyimpan barang-barang kecil.

8.   Hush Puppies Soft Case TSA Luggage

Hush Puppies Soft Case TSA Luggage beg travel terbaik malaysia
Kredit: The Travel Store Malaysia on Shopee

Beg bagasi Hush Puppies ini mengutamakan sekuriti dengan ciri-ciri keselamatan seperti zip gegelung double coil dan TSA combination lock. Sistem expansion mampu disesuaikan dengan keperluan perjalanan yang berbeza-beza, sama ada anda melakukan perjalanan ringan ataupun perlu membawa lebih banyak barang. Selain ringan, ia dilengkapi dengan waranti aksesori selama tiga tahun (termasuk roda, pemegang atas/sisi, dan troli).

9.   Echolac Forza PP Zipper Luggage

Echolac Forza PP Zipper Luggage best luggage brands malaysia
Kredit: The Travel Store Malaysia on Shopee

Berasal dari Jepun, Echolac membina beg bagasi ABS pertama di dunia pada tahun 1965. Beg travel ini menyediakan semua ciri-ciri yang anda jangkakan seperti reka bentuk zip anti curi, sistem dwi roda dan zip gegelung berkembar. Ia juga datang dengan waranti lima tahun yang meliputi aksesori.

10.   SAMEL Japanese Concept Luggage

SAMEL Japanese Concept Luggage best luggage brands malaysia
Kredit: SAMEL OFFICIAL STORE on Shopee

Beg bagasi jenama SAMEL ini datang dengan beberapa ciri unik yang tidak biasa ditemui dalam beg travel biasa. Ia mempunyai reka bentuk front open yang memudahkan pengambilan barang masuk dan keluar. Selain itu, terdapat juga petak khas untuk komputer riba yang menjadikan bagasi ini ideal untuk mereka yang sering menerbang untuk tujuan kerja. Anda juga akan menemui cangkuk di bahagian luar beg yang amat berguna untuk gantung beg-beg lain.

11.   Sea Choice Cabin Luggage

Sea Choice cabin luggage best luggage brands in malaysia
Kredit: Sea Choice Official Store on Shopee

Anda suka beg bagasi yang menonjol mata? Boleh pertimbangkan model ini dari Sea Choice dengan reka bentuk corak serta pilihan warna yang menarik. Jika anda memilih model 20-inci, anda akan terima dua beg perjalanan tambahan secara percuma sekali.

Dapatkan Beg Travel Terbaik Di Malaysia Ini Untuk Percutian Anda Seterusnya

a man carrying luggage bags
Kredit: ConvertKit via Unsplash

Pemilihan beg travel yang terbaik adalah langkah penting untuk memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan teratur. Dengan mempertimbangkan faktor seperti saiz, reka bentuk, daya tahan, dan kesesuaian dengan keperluan individu, anda boleh mendapatkan beg bagasi yang sesuai untuk pelbagai jenis pengembaraan. Oleh itu, melabur dalam beg travel yang berkualiti adalah pilihan bijak bagi memastikan perjalanan anda lebih menyenangkan dan bebas daripada masalah.

Leave a Reply