Istilah “sediakan payung sebelum hujan” menjadi peringatan setiap kali bencana melanda. Walaupun negara Malaysia bertuah kerana terhindar daripada majoriti bencana alam, kita tidak terlepas dari kemurkaan alam sepenuhnya. Malangnya, kejadian-kejadian banjir di Malaysia adalah satu fenomena tahunan yang rakyat perlu hadapi. Bagi mangsa-mangsa banjir yang lalu, sudah pastinya mereka terfikir untuk bersiap sedia untuk menghadapi keadaan serupa tidak dapat dielakkan. Salah satu cara terbaik untuk melakukan persediaan adalah dengan menyediakan sebuah beg atau kit kecemasan bencana yang mengandungi barang-barang dan peralatan berguna untuk meringankan impak banjir di Malaysia. Berikut adalah senarai barang-barang penting yang patut anda sediakan untuk persiapan menghadapi banjir.
Lengkapkan Beg Kecemasan Bencana Anda Dengan 9 Item Penting Ini
Pastikan anda mempunyai semua barang berguna di tangan.
1. Bar Protein
Jangkakan bahawa anda tidak akan mempunyai akses kepada makanan untuk masa yang panjang. Oleh itu, anda wajar menyimpan bahan makanan di dalam beg kecemasan bencana seperti bar protein. Ia tidak mengambil ruang yang banyak, bahkan dapat memberi sumber tenaga serta mencegah rasa lapar. Anda hanya perlu berwaspada akan tarikh luputnya dan gantikan jika perlu.
Rekomendasi:
2. Kit Pertolongan Cemas
Sebuah kit pertolongan cemas sepatutnya menjadi perkara pertama untuk dimasukkan ke dalam beg kecemasan anda. Ia mengandungi ubat-ubatan untuk merawat luka-luka kecil. Dalam kes kecederaan yang lebih serius pula, ia boleh membantu memberikan sedikit kelegaan semasa menunggu bantuan profesional. Anda boleh dapatkan kit pertolongan cemas secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi farmasi.
Rekomendasi:
3. Power Bank
Telefon bimbit anda menjadi antara alat bantuan terpenting apabila bencana melanda. Ia digunakan untuk meminta bantuan, menghubungi orang tersayang, serta mendapatkan maklumat mengenai operasi menyelamat dan sebagainya. Tetapi ia tidak berguna jika kehabisan bateri.
Oleh itu, adalah baik untuk anda standby sebuah power bank di dalam beg kecemasan bencana untuk mengecas telefon bimbit di saat-saat keperluan. Dapatkan sebuah power bank yang berkapisiti tinggi untuk menyimpan lebih banyak cas.
Rekomendasi:
- Pineng PN-899PD 30,000mAh Power Bank
- Aukey PB-N36 20,000mAh Power Bank
- Xiaomi Redmi PB200LZM 20,000mAh Power Bank
4. Lampu Suluh
Jika anda terpaksa meninggalkan rumah pada waktu malam, anda memerlukan sumber cahaya untuk bergerak dengan selamat. Kekalkan bateri di telefon bimbit anda sebanyak mungkin dan gunakan sebuah lampu suluh. Selain untuk tujuan keselamatan, lampu suluh juga boleh digunakan untuk menarik perhatian pihak penyelamat.
Rekomendasi:
- Decathlon Hiking/Camping Compact LED Flashlight
- Xiaomi Nextool 6-in-1 Flashlight
- Anker T1425 Bolder LC90 Rechargeable Flashlight
5. Radio Mini
Radio merupakan peranti berguna untuk mendapatkan maklumat penting dan kemas kini rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam situasi kecemasan. Simpan satu dalam beg kecemasan anda untuk mengurangkan pengunaan telefon bimbit sebanyak mungkin.
Rekomendasi:
- Retekess PR13 Portable FM Radio
- Y-896 Mini Digital Portable FM Radio
- INDIN BC-R60 Battery-Operated Portable AM FM Radio
6. Botol/Flask Air
Sisihkan sedikit ruang dalam beg kecemasan bencana anda untuk botol air atau flask kosong. Anda mungkin kehilangan akses kepada air bersih berjam-jam lamanya. Dan apabila anda menjumpai sumber air yang selamat untuk diminum, anda boleh isikannya ke dalam botol tersebut. Dapatkan botol atau bekas air yang boleh dilipat atau collapsible untuk menjimat lebih banyak ruang beg.
Rekomendasi:
- Foldable Collapsible Silicone Water Bottle
- Realeos Collapsible Water Container
- 2MALL Collapsible Outdoor Water Container
7. Multitool
Pelbagai situasi boleh berlaku apabila anda dipaksa keluar dari rumah dalam keadaan yang di luar jangkaan. Jadi, penting untuk anda memiliki perkakasan untuk mengendalikan situasi-situasi tersebut yang boleh menyelamatkan nyawa. Sebuah multitool yang mempunyai utiliti-utiliti seperti pisau dan gunting amatlah berguna. Sesetengah multitool juga mempunyai penyala api dan wisel.
Rekomendasi:
8. Jaket Kalis Air
Bergantung kepada keburukan situasi, pakaian anda mungkin akan menjadi kotor, basah, ataupun rosak. Jika terdapat ruang ekstra dalam beg anda, bolehlah simpan satu set pakaian tambahan yang anda boleh tukar bila-bila masa untuk keselesaan. Kami juga cadangkan jaket kalis air untuk situasi di mana suhu adalah rendah akibat hujan.
Rekomendasi:
- Forest Windbreaker Reflective Men Jacket
- Realeos Unisex Ultra Lightweight Windbreaker
- PANDACAMP Unisex Waterproof Windbreaker
9. Selimut Kecemasan
Selimut kecemasan penting ada dalam beg kecemasan bencana kerana ia membantu mengekalkan haba badan, melindungi daripada cuaca sejuk dan angin, serta memberikan perlindungan sementara jika terperangkap. Selimut ini ringan, mudah dibawa, dan sangat berguna dalam situasi kecemasan yang memerlukan pemanasan segera.
Rekomendasi:
- Aidwell Emergency Blanket
- AONIJIE Insulation Emergency Blanket
- Emergency Rescue Reflective Thermal Blanket
10. Fail Kalis Air
Amatlah mustahak untuk menyimpan dokumen-dokumen penting dalam beg kecemasan bencana anda. Sediakan beberapa fail kalis air untuk menyimpan kad pengenalan, sijil kelahiran, dan dokumen-dokumen penting lain daripada kerosakan akibat air bagi memastikan keselamatan maklumat penting ketika menghadapi bencana.
Rekomendasi:
11. Pemacu Kilat USB
Lanjutan perkara di atas, ia juga merupakan idea yang baik untuk menyediakan salinan backup sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dokumen-dokumen kertas asal rosak. Anda boleh membuat salinan digital untuk dokumen-dokumen penting dan storkan mereka dalam sebuah pemacu USB untuk ketenangan minda.
Rekomendasi:
- SanDisk Cruzer Blade CZ50 USB Pendrive
- Kingston DataTraveler Exodia USB Flash Drive
- ADATA Metal USB Flash Drive
Sediakan Payung Sebelum Hujan, Rancang Dan Lengkapkan Beg Kecemasan Bencana Anda Hari Ini
Walaupun majoriti rakyat di negara ini boleh menganggap diri mereka bertuah kerana tidak perlu menggunakan beg kecemasan bencana, terdapat sejumlah orang ramai yang hidupnya terjejas akibat banjir di Malaysia. Selain itu, setiap isi rumah tidak terlepas daripada risiko kebakaran. Gempa bumi di Lautan Hindi pada tahun 2004 yang mendatangkan tsunami ke Malaysia sentiasa menjadi peringatan yang suram bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku di luar jangkaan. Oleh itu, persiapan awal untuk sebarang kemungkinan adalah insurans terbaik anda.