Tiada sukan yang lebih mampu menyatukan semua rakyat Malaysia berbanding badminton. Pemain-pemain kebangsaan kita banyak memenangi kejohanan peringkat antarabangsa dan mencipta nama di pentas global. Dekat di halaman rumah, ia juga merupakan sukan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat pelbagai umur. Untuk bermain dengan baik, adalah penting untuk anda menggunakan raket yang berkualiti mengikut tahap kemahiran anda. Dengan begitu banyak jenama raket badminton di pasaran, mungkin sukar bagi anda untuk memilih model yang sesuai. Di sini, kami memaparkan beberapa pilihan raket badminton terbaik untuk membantu anda mencari model besesuaian dengan lebih mudah.
Raket-Raket Badminton Terbaik Untuk Mereka Yang Baru Mula Belajar Bermain
Pilihan-pilihan ini bagus jika anda baru berjinak-jinak dengan badminton atau sedang mengenal pasti gaya permainan anda.
1. Yonex Nanoray 70 Light
Jika anda sedang mencari raket badminton mesra dompet yang sesuai untuk beginners, Yonex Nanoray 70 Light merupakan pilihan yang mantap. Dikenali sebagai salah satu jenama raket badminton terbaik di dunia, kualiti Yonex tiada tandingannya. Dengan bingkai grafit yang kukuh, raket ini seimbang secara sekata dan mampu memberikan anda kawalan penuh ke atas pukulan bulu tangkis.
2. Yonex Arcsaber
Siri Arcsaber dari Yonex sesuai untuk wanita dan kanak-kanak dengan model-model yang lebih ringan. Bingkainya yang berbentuk bujur mengedarkan rentetan pada kepanjangan yang sama dan mengembangkan lagi julat untuk pukulan yang berkesan. Secara keseluruhannya, Arcsaber ialah pilihan raket badminton Yonex terbaik jika anda seorang pemain kasual yang tidak mahu mengalami sakit lengan selepas sesi permainan yang panjang.
3. Yonex Nanoray Light 18i
Direka untuk memberikan kelajuan hayunan tinggi dan kebolehgerakan, Yonex Nanoray Light 18i diperbuat dengan bahan grafit. Dengan raket Nanoray 70 Light yang disebutkan di atas memfokuskan pada keseimbangan keseluruhan, badan Nanoray Light 18i yang lebih panjang memberikan pemain kawalan yang diperlukan untuk permainan yang lebih pantas dan bersifat offensive.
4. Carlton Elite 9000Z
Carlton Elite 9000Z datang dengan harga menarik di bawah RM100. Tetapi jangan tersilap, ini tidak bermakna raket itu tidak berkualiti. Badannya dibina dengan keluli dan tali raket tahan lasak memastikan ketahanan untuk jangka masa yang lama. Tambahan pula, pengagihan berat yang sekata menjadikannya sesuai untuk permainan kasual serta kompetitif.
5. ALPSPORT Gemini
Raket badminton ALSPORT Gemini diperbuat daripada gentian karbon penuh yang memberikan kebolehgerakan ringan dan memastikan pengendalian mudah semasa bermain. Sementara itu, badannya dibina daripada aloi besi berkekuatan tinggi bagi meningkatkan ketahanan dan mencegah perubahan bentuk walaupun dengan penggunaan kerap. Tambahan itu, bahagian pemegangnya pula direka dengan ciri anti-gelincir dan menyerap hentakan untuk mengurangkan keletihan tangan serta meningkatkan kawalan.
Anda boleh mendapatkannya dalam set dua-dalam-satu jika dengan harga yang amat berpatutan!
Raket-Raket Badminton Terbaik Untuk Pemain Intermediate
Pilihan-pilihan ini sesuai untuk pemain yang telah mengenal pasti gaya permainan mereka dan ingin terus meningkatkan teknik mereka.
6. Yonex Astrox 88 D Tour (3rd Gen)
88D adalah antara model raket terkini dalam barisan Astrox Yonex. Raket 88 D Tour ini mempunyai bahagian kepala yang lebih berat bagi membantu anda membuat pukulan-pukulan kuat dengan mudah. Satu lagi ciri menarik raket ini ialah ia dibina dengan Rotational Generator System, iaitu mekanisme yang mengalihkan momentum setiap pukulan bagi menghasilkan pulangan bulu tangkis yang laju.
7. Li-Ning Windstorm 72S
Sepanjang dekad yang lalu, Li-Ning berkembang menjadi salah satu jenama raket badminton utama di seluruh dunia dengan menghasilkan raket-raket badminton berkualiti tinggi. Windstorm 72S adalah sebahagian daripada Extra Skill Series dari Li-Ning dan raket ini bagus untuk pertukaran pantas menjadikannya sesuai untuk permainan beregu. Badannya direka untuk mengurangkan seretan yang juga membantu meningkatkan fleksibiliti kepala.
8. Yang-Yang Quantum Saber 8001
Jika anda mempunyai gaya permainan yang agresif, raket Yang-Yang Quantum Sabre 8001 tidak akan mengecewakan. Badannya yang diperbuat daripada bahan grafit melindungi setiap lejang. Jadi, anda tidak perlu risau tentang sebarang rintangan dalam pukulan anda. Sementara itu, bingkainya bertahan lasak dan mampu mengekalkan bentuk asalnya tidak kira cara pengunaannya.
9. FELET Aero Carbon
Felet Aero Carbon sesuai dengan pelbagai gaya permainan, sama ada anda banyak melakukan serangan ataupun pertahanan. Bingkai Aero Hex mampu memberikan pukulan yang dahsyat tanpa kehilangan daya dan kawalan pukulan. Secara keseluruhan, ini adalah salah satu raket badminton terbaik untuk pemain veteran.
10. Decathhon Badminton Racket
Jika jenama raket tidak begitu penting untuk anda, model dari Decathlon ini boleh diberi perhatian. Diperbuat dari 100% grafit dengan berat hanya 90g, ia membolehkan anda membuat pukulan yang kuat dan tepat tanpa berasa cepat letih dengan dalam permainan yang berlanjutan. Imbangan yang neutral pada raket ini memastikan kemudahan pergerakan, menjadikannya ideal untuk pemain yang ingin meningkatkan kemahiran mereka.
Raket-Raket Badminton Terbaik Untuk Pemain Professional
Pilihan-pilihan ini sesuai untuk pemain berpengalaman yang memerlukan raket yang kukuh dan boleh dipercayai.
11. Gosen Gravitas 8.0SX
Siri Gravitas dari jenama Gosen terdiri daripada raket-raket all-rounder yang menawarkan kebolehmainan optimum. Bentuk bingkainya memberikan keseimbangan antara kelajuan, kuasa, dan kawalan, membolehkan pemain menukar-nukar gaya permainan dengan cekap apabila perlu. Ia merupakan raket pilihan untuk pemain yang mementingkan fleksibiliti di gelanggang.
12. Yonex Duora Z-Strike
Yonex Duora Z-Strike merupakan raket ynag sesuai untuk gaya permainan offensive yang direka untuk meningkatkan kuasa, kelajuan, dan kawalan yang memberikan pemain kelebihan taktikal di gelanggang. Dengan teknologi-teknologi raket yang merangkumi bahan binaan nanometrik, reka bentuk isometrik dan T-Joint yang ringan, raket ini merupakan pilihan beberapa pemain badminton bertaraf dunia.
13. Li-Ning Calibar 900C
Raket Calibar 900C dari Li-Ning menawarkan beberapa ciri-ciri mantap yang bersesuian dengan harga tingginya, termasuklah bentuk bingkai geometri yang berkesan dalam mengurangkan rintangan udara bagi menghasilkan pukulan yang kuat. Secara keseluruhannya, raket ini dapat membantu anda meningkatkan permainan anda ke tahap yang lebih tinggi.
14. APACS Commander 80
Binaan inovasi terbaru APACS dengan grafit modulus tinggi, raket Commander 80 mempunyai reka bentuk aerodinamik yang membantu mengurangkan rintangan udara dan membawakan rasa pukulan yang padu dan hayunan pantas.
15. Victor Thruster Ryuga II Pro B
Direka untuk pemain-pemain dengan gaya permainan yang mengutamakan pukulan berkuasa, Victor Thruster Ryuga II Pro B menggabungkan teknologi inovatif Victor seperti WES 2.0 (Whipping Enhancement System) untuk kelenturan tambahan pada setiap hayunan dan Hard Coded Technology untuk menambahbaikkan pengendalian raket. Dengan gabungan kuasa dan ketepatan, raket Thruster Ryuga II Pro B ini amat sesuai untuk permainan yang agresif dan bersifat menyerang.
Pilih Raket Badminton Terbaik Mengikut Tahap Dan Gaya Permainan Anda Prestasi Maksimum
Memilih raket badminton terbaik yang sesuai dengan tahap kemahiran dan gaya permainan anda adalah kunci untuk mencapai prestasi yang maksimum di gelanggang. Pastikan anda mempertimbangkan ciri-ciri seperti bahan, berat, dan fleksibiliti untuk mendapatkan raket yang paling sesuai dengan keperluan anda. Sama ada anda seorang pemain baru yang memerlukan raket yang ringan dan mudah dikawal, atau pemain berpengalaman yang mencari raket dengan kekuatan tambahan, pilihan yang tepat akan meningkatkan keyakinan dan keselesaan semasa bermain.
Layari Shopee Sports Mall untuk lebih banyak pilihan peralatan sukan dengan diskaun dan baucar eksklusif!