11 Tayar Kereta Terbaik Untuk Pemanduan Selesa Dan Tahan Lama

tayar kereta terbaik malaysia

Tayar yang baik umpama sepasang kasut yang boleh dipercayai. Ia mampu membawa anda ke destinasi anda dengan mudah dan selesa. Selain itu, tayar adalah satu-satunya benda yang memisahkan kereta anda dari tanah, menjadikannya salah satu aspek terpenting dalam mana-mana kenderaan. Bergantung pada keperluan pemanduan anda, terdapat pelbagai jenis tayar kereta di pasaran dan setiap satunya memenuhi keadaan jalan raya dan tabiat pemanduan tertentu. Secara keseluruhannya, membeli tayar tidak jauh berbeza dengan membeli kasut—keserasian dan kos adalah faktor-faktor penting untuk dipertimbangkan semasa anda memilih tayar kereta terbaik di Malaysia.

11 Tayar Kereta Terbaik Untuk Dibeli Di Malaysia Pada 2024

1.   Goodyear Assurance TripleMax 2

Goodyear Assurance TripleMax 2 tayar kereta terbaik malaysia
Kredit: Goodyear Official Store di Shopee

Sesuai untuk keadaan jalan yang basah, Goodyear Assurance TripleMax 2 menggunakan reka bentuk bunga asimetri untuk penglibatan brek yang berkesan dan ketepatan pengendalian. Tambahan pula, tayar ini mempunyai alur bahu yang lebih sempit untuk pemanduan yang lebih senyap. Ia sesuai untuk cuaca di Malaysia yang banyak berhujan sepanjang tahun.

2.   Goodyear Assurance MaxGuard SUV

Goodyear Assurance MaxGuard SUV tayar kereta terbaik malaysia
Kredit: Goodyear Official Store di Shopee

Pastikan SUV atau trak pick-up anda mampu menangani semua keadaan di jalan raya dengan Goodyear Assurance MaxGuard SUV. Tayar ini mempunyai dinding sisi getah dua lapis yang tahan lama serta belt lining keluli bagi mengelakkan tusukan yang merosakkan. Sementara itu, tapaknya mempunyai mekanisme yang boleh melepaskan air dan lumpur dengan pantas untuk transit yang selamat di atas permukaan lembap.

3.   Continental UltraContact UC7

Continental UltraContact UC7 tayar kereta terbaik
Kredit: Continental Tyres Malaysia Official Store di Shopee

Dianggap secara meluas sebagai salah satu jenama tayar kereta terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, gergasi automotif Jerman Continental menghasilkan UltraContact UC7 yang sesuai untuk pemanduan di bandar. Permukaan tayar ini mempunyai ukiran yang mendalam bagi memastikan keseimbangan sempurna antara keselesaan, pengurangan hingar, dan rintangan cengkaman.

4.   Continental Max Contact MC6

Continental Max Contact MC6 jenama tayar terbaik malaysia
Kredit: Continental Tyres Malaysia Official Store di Shopee

Dilengkapi dengan alur berpecah untuk pengendalian selekoh dan brek yang lancar, Continental Max Contact MC6 ini kelihatan sama baik dengan prestasinya. Penanda alur yang unik memberikan ia rupa sporty bagi menaikkan penampilan keseluruhan kereta anda. Dan seperti semua tayar Continental, MC6 dijamin tahan lama.

5.   Pirelli Cinturato Rosso

Pirelli Cinturato Rosso tayar kereta terbaik
Kredit: PIRELLI Official Store di Shopee

Berasal daripada rangkaian tayar Cinturato yang terkenal dari Pirelli, Rosso mempunyai ciri-ciri tayar yang sesuai untuk pemanduan di bandar mahupun perjalanan jarak jauh. Selain daripada bahan pembinaan bergetah pepejal yang bertahan lama, corak alurnya yang mendalam memastikan kawalan optimum pada setiap tahap kelajuan.

6.   Michelin Pilot Sport 5

Michelin Pilot Sport 5 tayar kereta terbaik malaysia
Kredit: Performance Tyre Malaysia PTM di Shopee

Salah satu tayar kereta terbaik di Malaysia, Pilot Sport 5 merupakan tayar generasi kelima dari jenama terkemuka Michelin yang dibangunkan dengan mengambil kira jangkat hayat yang panjang. Tayar ini mempunyai tahap kereaktifan yang tinggi untuk precision steering yang membolehkan anda mengendali selekoh tajam dengan yakin. Di bahagian luar pula, hitam matte anggun melengkapkan pakej.

7.   Michelin XM2+

Michelin XM2+ tayar kereta terbaik malaysia
Kredit: One Stop Tyre Centre di Shopee

Jalan basah boleh dikendali dengan mudah dengan tayar Michelin XM2+ yang sesuai untuk semua jenis cuaca. Sebatian bunga tayar silika penuh memastikan cengkaman yang konsisten sepanjang hayat. Tambahan pula, ia juga satu-satunya yang terdiri daripada sebatian pengisi yang membolehkan tayar ini mengatasi halangan-halangan di jalan raya dengan mudah

8.   Yokohama BlueEarth-Es 32

Yokohama BlueEarth-Es 32 tayar kereta terbaik malaysia
Kredit: WPT NIPPON # Tomica # Car Tyre di Shopee

Sesuai untuk kebanyakkan pemandu-pemandu di Malaysia, tayar BluEarth-Es 32 menyediakan pakej yang seimbang bagi empat ciri-ciri prestasi teras untuk sebuah tayar, iaitu cengkaman basah, rintangan haus, ketahanan dan kecekapan dalam penggunaan petrol. Di samping itu, tayar ini juga berjalan dengan senyap walaupun pada kelajuan tinggi.

9.   Hankook Kinergy Eco2

Hankook Kinergy Eco2
Kredit: Fresh Tyres di Shopee

Jika anda mempunyai kekangan bajet, bolehlah lihatkan Hankook, salah satu jenama tayar kereta mampu milik terbaik di Malaysia. Dengan harga bawah RM200, tayar Kinergy Eco2 mesra dompet tetapi masih mengekalkan ciri-ciri bertaraf dunia, seperti alur bahu sisi yang lebar untuk memastikan pengendalian kereta yang baik semasa perjalanan.

10.   Dunlop SP Sport J6

Dunlop SP Sport J6
Kredit: Continental Tyres Malaysia Official Store di Shopee

Dihasilkan dengan sebatian silika, Dunlop SP Sport J6 memberikan cengkaman yang baik pada permukaan jalan kering mahupun basah. Kompaun bunga tayarnya mempunyai kadar lelasan yang rendah bagi memanjangkan hayat bunga sambil memastikan mileage yang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai penunjuk alignment tayar yang boleh menunjukkan sama ada tayar dijajar dengan betul atau tidak.

11.   Viking CityTech CT6

Viking CityTech CT6
Kredit: Continental Tyres Malaysia Official Store di Shopee

Viking CityTech CT6 menawarkan nilai hebat dengan hayat bunga tayar yang panjang. Ciri utamanya termasuk terdapatnya palang pengikat di antara bahu rusuk luar untuk menstabilkan rusuk bagi memastikan perjalanan lancar yang konsisten, serta pengurangan tahap bunyi ke frekuensi yang selesa kepada telinga manusia.

Berikan Kenderaan Anda “Kasut” Baru Dengan Tayar-Tayar Kereta Terbaik Di Malaysia Ini

a person filling up a car tyre
Kredit: Andrea Piacquadio di Pexels

Bersama-sama dengan bateri dan minyak enjin, tayar merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Oleh itu, jangan berlengah-lengah lagi untuk menukarnya jika anda tahu kereta anda sudah lama tertunggak memerlukan tayar baru.

Layari Shopee Auto Mall untuk tawaran-tawaran dan baucar eksklusif untuk segala keperluan automotif anda hari ini!

Leave a Reply