15 Pewarna Rambut Halal Sah Solat Untuk Anda Cuba Tanpa Was Was

Pewarna Rambut Halal Sah Solat Untuk Anda Cuba Tanpa Was Was

Rambut adalah mahkota bagi setiap insan, tidak kira lelaki mahupun wanita. Bila rambut dah mula beruban, anda mesti teringin untuk mewarnakan rambut supaya nampak berseri. Bagi wanita dan lelaki Muslim, adalah menjadi kewajipan anda untuk memilih pewarna rambut halal sah solat. Ini untuk memastikan ia telus air dan boleh menyerap ke dalam kutikel rambut dan kuku. Nak pilih pewarna rambut telus air ni mungkin sedikit mengelirukan sebab ada terlalu banyak pilihan di pasaran. Jadi, apa kata kita lihat dahulu apa yang dimaksudkan dengan pewarna rambut halal dan apakah ciri-cirinya supaya anda boleh warnakan rambut tanpa rasa ragu-ragu.

Hukum Warna Rambut 

Berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mewarnakan rambut dan janggut dengan warna hitam adalah haram bagi lelaki dan wanita. Namun, sunat mewarnakan uban dan rambut dengan warna yang lain sama ada kuning atau merah. Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA yang bermaksud, “Ubahlah warna uban rambutnya ini dengan sesuatu dan elakkanlah dari warna hitam.” Riwayat Muslim (2102).

Ciri-Ciri Pewarna Rambut Halal Sah Solat Yang Anda Perlu Tahu

Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bahan pewarna rambut terbahagi kepada dua kategori iaitu telus air dan tidak telus air, tetapi kedua-duanya adalah halal dari segi bahan dan kandungannya. Jadi, sebelum colour rambut, pastikan anda peka akan ciri-ciri pewarna rambut halal. Pastikan anda baca label yang tertulis pada kotaknya supaya solat atau mandi hadas anda sah, seperti: 

  • Pewarna rambut halal mestilah bebas dari najis dan telus air supaya ia sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi hadas
  • Pewarna rambut di pasaran selalunya semi permanent dye atau permanent dye. Semi permanent dye tidak menyerap air dan perlu dielakkan oleh orang Islam. 

Namun begitu, anda perlu ingat bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. JAKIM hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang dikilangkan atau diproses di Malaysia sahaja.

15 Pewarna Rambut Halal Sah Solat Untuk Lelaki Dan Wanita Muslim 

Ada orang dye rambut untuk menutup uban dan ada juga yang mewarnakan rambut untuk mengubah penampilan supaya nampak lebih trendy. Apa pun tujuan anda, pastikan jenama hair dye halal yang anda beli menepati ciri-ciri pewarna rambut halal sah solat. Jom kita tengok. 

1.   Garnier Color Naturals Cream Hair Color

pewarna rambut halal garnier
Kredit: Garnier Malaysia Official Store di Shopee

Garnier Color Naturals Cream Hair Color ni mengandungi minyak zaitun, avocado dan badam untuk rambut yang sihat dan berkilat. Pewarna rambut Garnier ini juga bebas ammonia, disahkan halal, telus air dan warnaya kekal sehingga lapan minggu. Pewarna rambut perempuan ini sesuai untuk wanita muslimah kerana tidak menjejaskan wudhu dan terdapat lima jenis warna untuk anda pilih. Mudah je cara penggunaanya. Anda cuma perlu rujuk langkah-langkah serta panduan yang telah disertakan.

2.   Garnier Men Shampoo Color

pewarna rambut halal Garnier khas untuk lelaki.
Kredit: BB BLISS MALAYSIA di Shopee

Ini pula pewarna rambut halal Garnier khas untuk lelaki. Garnier Men Shampoo Color bebas ammonia dan mengandungi ekstrak kopi untuk menghasilkan warna yang menawan dan nampak semula jadi. Cara penggunaan pewarna rambut lelaki ini juga sangat mudah kerana anda cuma perlu guna macam syampu. Memang sesuai sangat untuk kaum lelaki yang tak pandai nak bancuh pewarna rambut.

3.   Gumash Hair Color

Dye rambut halal jenama Gumash mesra wudhu, serta sah solat dan mandi wajib
Kredit: ALL THINGS GOOD BY SHIDA di Shopee

Dye rambut halal jenama Gumash mesra wudhu, serta sah solat dan mandi wajib. Gumash Hair Colour yang berasaskan minyak argan dan mentega koko ini terdapat dapat dalam lapan jenis warna. Bagi anda yang suka colour rambut brown, apa kata anda cuba warna Dark Brown, Copper atau Chestnut? Sesuai sangat untuk tutup uban.

4.   Hair Henna Paste

nda boleh gunakan Henna Hair Paste sekiranya anda memilih pewarna rambut halal sah solat
Kredit: BLONDEBASIX OFFICIAL STORE di Shopee

Anda boleh gunakan Henna Hair Paste sekiranya anda memilih pewarna rambut halal sah solat yang diperbuat daripada bahan semulajadi.  Selain telus air, ia juga mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti kelemumur, rambut gugur, dan bau kepam. Sambil tutup uban, rambut juga bertambah sihat dan bersinar.

5.   HENNALINE Inai Rambut Halal

Fungsi utama HENNALINE Inai Rambut Halal ini ialah untuk merawat kulit kepala dan rambut.
Kredit: Dhiara.my di Shopee

Fungsi utama HENNALINE Inai Rambut Halal ini ialah untuk merawat kulit kepala dan rambut. Ia dirumuskan daripada 100% bahan organik yang terdiri daripada serbuk inai premium, minyak kelapa, minyak argan, minyak amla, air suling dan minyak pati. Rambut akan menjadi lebih sihat, lembut dan akarnya lebih kuat. Warnanya pula tidak keterlaluan, cuma sedikit keperang-perangan. Gunakan inai ini dengan peluntur rambut (hair bleach) sekiranya anda inginkan warna rambut yang cantik dan terang.

6.   Inai Damia Serbuk Pure Henna

Bagi anda yang sukakan pewarna rambut halal sah solat dan juga organik, anda boleh dye rambut menggunakan Inai Damia Serbuk Pure Henna
Kredit: Hada Shop di Shopee

Bagi anda yang sukakan pewarna rambut halal sah solat dan juga organik, anda boleh dye rambut menggunakan Inai Damia Serbuk Pure Henna ni. Inai rambut ini tidak mengandungi bahan kimia, diperbuat daripada 100% daun inai asli tanpa campuran bahan lain dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain rambut, anda juga boleh gunakan inai ni di jari. Sebelum gunakan inai ni, anda perlu bancuh dan perap dahulu selama enam jam untuk memberikan warna yang tahan lama. Pastikan juga anda simpan serbuk inai ni ditempat kering supaya ia boleh bertahan sehingga dua tahun sekiranya disimpan dengan baik.

7.   Indus Valley 100% Botanical Hair Color

Indus Valley 100% Botanical Hair Colour merupakan pewarna rambut halal sah solat yang sesuai untuk lelaki dan wanita Muslim
Kredit: Cinta Shop Official di Shopee

Indus Valley 100% Botanical Hair Colour merupakan pewarna rambut halal sah solat yang sesuai untuk lelaki dan wanita Muslim kerana ia merupakan satu lagi pilihan untuk pewarna rambut telus air. Ia terdapat dalam empat jenis warna seperti Soft Black, Indus Black, Dark Brown dan Gel Colour Black. Ini merupakan pewarna rambut sah solat yang terbaik untuk anda sekiranya kulit kepala anda sensitif kerana ia dirumus daripada bahan bebas kimia. Ia tidak mengandungi peroksida, ammonia, logam berat dan paraben. Ramuan semula jadinya yang terdiri daripada lapan jenis tumbuhan herba menggalakkan lagi pertumbuhan helaian rambut dan menjadikannya cantik bersinar.

8.   Indus Valley Organic Gel Hair Color

Bau Indus Valley Organic Gel Hair Colour ni menyenangkan dan tak seperti pewarna rambut kimia
Kredit: Cinta Shop Official di Shopee

Bau Indus Valley Organic Gel Hair Colour ni menyenangkan dan tak seperti pewarna rambut kimia kerana mengandungi aloe vera dan minyak kulit buah limau. Anda tak perlu was was untuk cuba pewarna rambut halal sah solat ini kerana ia diperakui oleh Halal India dan disahkan sebagai Bio-Natural. Ada tujuan varian warna rambut yang cantik seperti Black, Burgundy, Copper Mahogany, Dark Brown, Medium Brown dan Light Brown. Ia semulajadi, baik untuk kesihatan kulit kepala dan membantu mengurangkan masalah seperti rambut bercabang dan kelemumur. Yang paling penting, tiada sebarang peroksida, ammonia, logam berat,  dan paraben dalam kandungannya.

9.   L’Oreal Professionnel Majirel

L’Oreal Professionnel Majirel menawarkan colour rambut halal dalam tiga saiz
Kredit: Miya1368 di Shopee

L’Oreal Professionnel Majirel menawarkan colour rambut halal dalam tiga saiz; 50ml, 75ml dan 100ml. Pilihan warnanya yang pelbagai ni memang sesuai sangat untuk mereka yang suka rambut perang, coklat natural hinggalah ke warna merah terang. Warnanya yang kaya dan tahan lama mampu menutup uban dengan sempurna manakala rumusan Lonene G dan Incell pula menguatkan rambut. Anda cuma perlu biarkan pewarna pada rambut selama 30 hingga 45 minit, kemudian cuci dan siap!

10.   Liese Creamy Bubble Hair Color

 Cirinya yang telus air memastikan wudhu anda sah.
Kredit: Guardian Official Shop di Shopee

Liese Creamy Bubble Hair Colour buatan Jepun ini sangat mudah untuk digunakan. Buihnya yang tebal memastikan helaian rambut atau uban dapat diwarnakan secara rata dan menyeluruh dari akar hingga ke hujung. Cirinya yang telus air memastikan wudhu anda sah. Kandungan asid Lanolin di dalam pewarna rambut ini pula menjadikan rambut anda lembab dan lembut. Anda boleh pilih Natural Series untuk koleksi colour rambut brown semulajadi atau pilihan warna-warna berani untuk serlahkan penampilan dengan gaya yang unik.

11.   Revlon ColorSilk Beautiful Color

Revlon ColorSilk Beautiful Colour merupakan pewarna rambut halal sah solat yang dijamin tahan lama.
Kredit: Beyond Pharmacy di Shopee

Revlon ColorSilk Beautiful Colour merupakan pewarna rambut halal sah solat yang dijamin tahan lama. Ia diformulasikan dengan teknologi gel warna 3D Revlon untuk warna yang nampak semulajadi, kaya dengan pigmen, menutupi rambut beruban 100% serta perlindungi daripada sinar UV supaya warna rambut tidak pudar. Bukan itu sahaja, hair dye Revlon ini juga bebas ammonia dan diperkaya dengan keratin untuk rambut yang sihat dan bersinar.

12.   Shurah Pewarna Rambut

, Pewarna Rambut Shurah ini memang tak asing lagi dalam kalangan wanita Muslimah.
Kredit: Consumer Superstore Chain di Shopee

Dengan slogan ‘Yakin Dan Suci’, Pewarna Rambut Shurah ini memang tak asing lagi dalam kalangan wanita Muslimah. Ia dirumus khas dengan bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak inai, susu kambing dan pati sri botani. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan warna rambut yang tahan lama, melembabkan kulit kepala, menyuburkan rambut dan memelihara kutikal rambut supaya sihat dan licin. Di samping itu, perlindungan dari sinar UV pula memastikan rambut anda tidak rosak akibat panahan cahaya matahari di samping mengekalkan warna rambut supaya ia lebih tahan lama.

13.   V’Asia Inai + Herba

Pewarna rambut halal V’Asia Inai Perang + Herba selamat dan suci untuk pengguna Muslim.
Kredit: Mymira di Shopee

Pewarna rambut halal V’Asia Inai + Herba selamat dan suci untuk pengguna Muslim. Ia dirumus khas dengan ramuan organik yang kaya dengan vitamin, protein, dan mineral untuk transformasi warna rambut yang cantik keperang-perangan. Akar rambut juga lebih sihat dan kuat, sekaligus mengurangkan rambut gugur.

14.   Beaudora Black Hair Shampoo

Beaudora Black Hair Shampoo pewarna rambut halal sah solat
Kredit: SUZYCAT di Shopee

Beaudora Black Hair Shampoo telah digunakan oleh lebih 10,000 pengguna untuk membantu menghitamkan uban dengan cepat. Tambahan itu, syampu ini juga dapat mengawal masalah-masalah rambut seperti rambut jarang, kusam, dan tak bermaya. Kandungannya terdiri daripada bahan-bahan semulajadi termasuk ginseng, aloe vera, dan ayurvedic.

15.   Issteru Color Hair Dye DIY

Issteru Color Hair Dye DIY pewarna rambut halal sah solat
Kredit: Home Stationery di Shopee

Jika anda ingin mewarnakan rambut buat pertama kalinya dan hendak berjinak-jinak dahulu, bolehlah cuba pewarna rambut Issteru dari Jepun. Ia dijual di dalam botol 25ml dan ditawarkan dalam pelbagai warna menarik seperti Amburn Red, Grape Violet, dan Silver Gold. Harganya amat berpatutan dan anda boleh mencuba pelbagai warna terdahulu sebagai permulaan tanpa membazir.

Ramai Nak Tahu Pewarna Rambut Miranda Halal Atau Tidak?

Pewarna rambut Miranda sangat terkenal di Indonesia dan agak dikenali di Malaysia. Ia terdapat dalam 19 jenis warna. Ia adalah telus air, dan sah untuk solat. Ia berdaftar dengan Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia (BPOM) dan diperakui halal. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu lagi kalau nak cuba pewarna rambut ini. 

Gunakan Syampu Yang Sesuai Untuk Pastikan Pewarna Rambut Halal Sah Solat Tidak Mudah Luntur

Gunakan Syampu Yang Sesuai Untuk Pastikan Pewarna Rambut Halal Sah Solat Tidak Mudah Luntur
Kredit: BeautyVault_MY and Strawberrynet Official Shop di Shopee

Penggunaan syampu yang spesifik untuk penjagaan rambut berwarna sangat penting untuk memastikan pigmen warnanya tahan lama dan cantik. Ia juga untuk merawat rambut anda supaya tidak rosak akibat bahan kimia yang mungkin terdapat dalam sesetengah jenama pewarna rambut. Untuk hijabista pula, anda boleh gunakan syampu yang sesuai untuk wanita bertudung (di samping syampu untuk rambut berwarna) agar rambut anda kekal harum segar dan bebas kelemumur. Anda juga boleh tambahkan serum atau mask untuk rambut lembut bak sutera! 

Anda nak dapatkan lebih banyak info penjagaan kulit dan kecantikan yang terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Shopee Beauty Carou-Sale hari ini.

Leave a Reply