9 Akademi Bola Sepak Junior Terbaik Di Malaysia Untuk Mengasah Bakat Muda

akademi bola sepak di Malaysia untuk kanak kanak

Dengan kejohanan UEFA Euro 2024 yang tengah berlangsung, tidak hairanlah demam bola sepak kini memuncak. Jika anda mempunyai anak-anak kecil yang berminat menonton sukan tersebut di kaca televisyen seperti anda, kemungkinan besar mereka juga mempunyai impian untuk bermain di padang bola sepak sebenar! Jadi, mengapa tidak memupuk minat anak anda dalam permainan ini dan daftarkan mereka masuk ke sebuah akademi bola sepak di Malaysia? Dengan latihan yang betul dari jurulatih profesional bola sepak, anak anda mampu membina asas yang kukuh dan mungkin juga mencungkil bakat tersembunyi dalam permainan yang mereka sukai.

Apakah Umur Terbaik Untuk Masuk Akademi Bola Sepak?

Sama ada bermain dengan kawan-kawan ataupun menjalani latihan di rumah, adalah disarankan untuk menunggu sehingga anak anda telah mempunyai kemahiran mengawal dan menendang bola sebelum mendaftarkan mereka masuk ke akademi bola sepak junior. Ini mungkin sekitar umur lima hingga tujuh tahun, atau lebih lewat bagi sesetengah kanak-kanak kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza.

Mulakan Impian Bola Sepak Anak Anda Di Akademi-Akademi Bola Sepak Junior Ini

Latih secara profesional dari kecil lagi.

1.   Junior Football Academy Malaysia (Junior FAM)

Junior FAM akademi bola sepak di malaysia
Kredit: @juniorfa.malaysia di Instagram

Dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia, tidak dinafikan Junior FAM adalah salah satu akademi bola sepak terbaik di Malaysia. Dengan latihan bola sepak bertaraf Eropah yang diberikan oleh jurulatih berdedikasi, kanak-kanak dari semua peringkat umur boleh mempelajari asas-asas sukan ini dan cara bermain dalam satu pasukan. Pelajar elit berpeluang untuk menyertai Kem Latihan Premier di Akademi Stoke City FC, dan bermain menentang pasukan-pasukan dari Asia Tenggara dan China.

Lokasi Isnin – Jumaat: Damansara Heights Community Centre, No. 3, Jalan Pinggiran Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Sabtu – Ahad: SK Kg. Cheras Baharu, Jalan 34B, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
Tel/E-mel 018-2798227 / admin@juniorfam.com.my

Laman Web | Facebook | Instagram

2.   MM10 Academy

MM10 Football Academy akademi bola sepak di malaysia
Kredit: MM10 Academy di Facebook

Akademi MM10 terkenal sebagai salah satu daripada beberapa akademi bola sepak di Malaysia yang menawarkan peluang untuk bermain secara profesional di Eropah. Ini adalah hasil daripada kerjasama strategik dengan Akademi MV8 di Sepanyol yang membuka pintu kepada sejumlah pemain MM10 untuk menyertai ujian di kelab-kelab utama Sepanyol.

Kejayaan pemain-pemain ini adalah berkat ketua jurulatih MM10 yang berpengalaman dan berdedikasi, Matteo Massaro, yang menggunakan pendekatan menyeluruh untuk mengeluarkan potensi terbaik dalam pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi.

Lokasi Sri Bestari International School, Persiaran Margosa, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Tel/E-mel 013-206 1010 / info@mm10academy.com

Laman Web | Facebook | Instagram

3.   KL Youth Soccer (KLYS)

KL Youth Soccer akademi bola sepak malaysia
Kredit: @klysoccer di Instagram

Salah satu kelebihan akademi bola sepak KLYS ialah pengamalan semangat persahabatan yang kuat. Pasukan jurulatih berdedikasi yang diketuai oleh bekas pemain bola sepak Argentina Luis Pablo Pozzuto, memainkan peranan penting dalam memupuk semangat persahabatan serta mengajar nilai-nilai positif di kalangan pelajar.

Dari segi latihan bola sepak pula, KLYS melatih remaja berumur 6 hingga 18 tahun dalam kemahiran bola sepak, strategi, dan kecergasan. Mereka juga berpeluang bermain dalam perlawanan dan kejohanan sehingga tiga kali seminggu.

Lokasi Old ISKL Campus

Jalan Kolam Air Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

Kelab Aman

No. 4, Lorong Damai 5, Off, Jalan Aman, 55000 Kuala Lumpur

Tel/E-mel Rujuk laman web

Laman Web | Facebook | Instagram

4.   Little League Soccer

Little League Soccer akademi bola sepak di malaysia
Kredit: Little League Soccer Malaysia di Facebook

Dengan lebih dua dekad pengalaman melatih dan lapan lokasi di seluruh Lembah Klang, Little League Soccer adalah akademi bola sepak belia antarabangsa yang paling lama beroperasi di Malaysia.

Silibusnya yang tersusun merangkumi segala-galanya, dari tendangan pertama hinggalah ke pasukan bola sepak pertama, manakala program Player Development Pathway membolehkan setiap anak menerima latihan mengikut perkembangan mereka sendiri.

Lokasi Ampang, Bandar Utama, Eco Ardence, Putrajaya, Subang Jaya, Sungai Buloh, The Club at Bukit Utama, Universiti Malaya
Tel/E-mel 012-353 3721 / marketing@littleleague.my

Laman Web | Facebook | Instagram

5.   FC Kuala Lumpur (FCKL)

FCKL Malaysia akademi bola sepak di malaysia
Kredit: FC Kuala Lumpur di Facebook

Ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai program elit Little League Soccer, FCKL ialah satu lagi kelab bola sepak utama untuk remaja yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Pemain berumur 6 hingga 18 tahun bukan sahaja akan dilatih untuk bermain bola sepak, mereka juga dapat bersaing dalam Suparimau (liga belia kebangsaan Malaysia) di samping kejohanan domestik dan antarabangsa yang. (Pada tahun 2019, pasukan FCKL telah bersaing dalam kejohanan di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, dan Portugal).

Untuk mendaftarkan anak anda di akademi ini, mereka perlu menyertai sesi percubaan terbuka FCKL atau dipilih melalui sesi latihan Little League Soccer.

Lokasi The New Camp, Changkat Bukit Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel/E-mel shazwan@littleleague.com.my

Laman Web | Facebook | Instagram

6.   KDH Global Sports Group

KDH akademi bola sepak di malaysia
Kredit: KDH Global FC di Facebook

Berasal dari Korea Selatan, akademi bola sepak ini berdedikasi membantu anak anda mengembangkan minat terhadap sukan ini. Disokong oleh pasukan jurulatih profesional, anak anda akan dapat meningkatkan kemahiran bola sepak dan karakter mereka melalui silibus latihan yang sistematik. KDH juga menjamin pendidikan bola sepak yang menyeronokkan serta holistik untuk membantu merangsang minat anak anda dalam permainan ini.

Jika mereka ingin melangkah lebih jauh, KDH juga menawarkan peluang kepada pemain-pemainnya untuk menyertai kejohanan dan sesi percubaan di peringkat global.

Lokasi DO ARENA 163, R-01 (Rooftop), 163 Retail Park, No. 8 Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Tel/E-mel 011-2611 2838 / kdhglobalfc@gmail.com

Laman Web | Facebook | Instagram

7.   Dream Village Football Academy (DVFA)

Dream Village Football Academy akademi bola sepak di Malaysia
Kredit: Dream Village Football Academy di Facebook

Sama ada anak anda ingin menceburi sukan bola sepak secara profesional atau hanya untuk keseronokan, akademi bola sepak DVFA merupakan satu lagi pilihan yang menarik. Program asasnya melengkapi kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun dengan kemahiran bola sepak, semangat kerja berpasukan, serta pengalaman dalam perlawanan sebenar.

Jika anda tidak pasti program mana yang sesuai untuk anak anda, anda boleh daftarkan dia untuk memasuki kelas percubaan yang ditawarkan percuma.

Lokasi Subang Jaya
Tel/E-mel 012-657 2367‬ / 03-5637 8737 / info@dreamvillagefa.com

Laman Web | Facebook | Instagram

8.   Villareal Malaysia Academy

Villarreal malaysia academy
Kredit: @villarrealmalaysia di Instagram

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah akademi bola sepak di Kuala Lumpur yang mempunyai kerjasama dengan kelab bola sepak terkemuka di Sepanyol yang juga merupakan juara Liga Europa UEFA 2020/2021, Villarreal CF?

Anak anda berpeluang mempelajari metodologi dari kelab bertaraf antarabangsa ini melalui program bola sepak akademi mereka yang meliputi tiga kumpulan umur dari 3 hingga 19 tahun. Akademi ini juga mempunyai kemudahan dan barisan jurulatih antara yang terbaik di Malaysia untuk membangunkan generasi pemain bola sepak tempatan masa depan.

Lokasi Twentyfive.7 Property Gallery, Lot 43495, Persiaran Oleander, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Tel/E-mel 012-257 1756

Laman Web | Facebook | Instagram

9.   The Sekolah Bola

The Sekolah Bola
Kredit: The Sekolah Bola di Facebook

Melalui modul latihan interaktif yang menyeronokkan, kanak-kanak di The Sekolah Bola bukan sahaja menerima latihan bola sepak, tetapi juga membuat kawan-kawan baru. Selain itu, akademi bola sepak ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Suparimau oleh FAM. Jadi, anda boleh yakin bahawa anak anda akan mendapat didikan dan latihan yang terbaik. Untuk tujuan keselamatan, semua program latihan disertakan dengan perlindungan insurans selama satu tahun untuk setiap pemain.

Lokasi 7-1 Jalan Eco Ardence D U12/36D, Eco Ardence Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor
Tel/E-mel 019-399 7858

Laman Web | Facebook | Instagram

Bina Kemahiran Dan Karakter Di Akademi Bola Sepak Junior Terbaik Di Malaysia Hari Ini

a boy about to kick a ball
Kredit: Kampus Production di Pexels

Jika anak anda berhasrat untuk meningkatkan kemahiran bola sepak mereka ke tahap yang lebih tinggi, anda boleh bergantung kepada sembilan akademi bola sepak terbaik di Malaysia ini untuk memberi latihan profesional yang holistik. Tetapi sebelum turun ke padang, pastikan anda mendapatkan sepasang kasut bola sepak yang selesa, stokin, serta shin guard untuk keselesaan dan perlindungan anak-anak.

Leave a Reply