Badminton sememangnya salah satu sukan kegemaran rakyat Malaysia. Senang diakses dan seronok dimain, aktiviti ini dimainkan siang dan malam oleh semua lapisan masyarakat. Ia boleh dimain di mana-mana sahaja asalkan ada raket dan bulu tangkis, tetapi jika anda inginkan sesi perlawanan yang menyeluruh, ia perlu dimain di sebuah gelanggang badminton. Nak tahu mana anda boleh cari tempat main badminton di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Jom lihat rekomendasi-rekomendasi kami!
Tempat-Tempat Main Badminton Di Sekitar Kuala Lumpur
Nota: Waktu operasi adalah tepat pada masa penulisan.
1. Sports Arena Sentosa
Sebuah gelanggang badminton yang amat popular di Kuala Lumpur, Sports Arena Sentosa menyediakan ruang luas dengan menempatkan 17 gelanggang bergetah bercengkam yang direka oleh sepasukan bekas pemain badminton profesional. Dengan sistem pencahayaan serta pengudaraan yang baik, tidak hairanlah tempat ini sentiasa penuh pada hujung minggu.
Alamat | Sports Arena Sentosa, Jalan Sri Sentosa 2a, Taman Sri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 8am – 12am setiap hari |
Tel | 016-910 3211 |
2. Pioneer Badminton Academy
Didirikan oleh empat bekas atlet negara—Lee Wan Wah, Wong Choong Hann, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng—Pioneer Sports Management merupakan antara tempat main badminton terbaik di KL. Setiap satu gelanggang badminton di sini mengikut spesifikasi tetap dan piawaian yang tinggi dengan jaring yang kukuh dan lantai yang empuk. Kelas badminton juga disediakan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini.
Alamat | 1 Shamelin Shopping Mall, Level 5 No, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 10am – 1:30am setiap hari |
Tel | 03-9285 2001 |
3. OUG Shuttle Bug
Bawa rakan-rakan badminton anda ke OUG Shuttle Bug jika anda tinggal berdekatan Taman OUG di mana 10 gelanggang menanti. Lokasi ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, bilik mandi, dan juga gimnasium studio.
Alamat | OUG Market Place, 4th Floor, No. 2, Jalan Hujan Rahmat, Taman Overseas Union, Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 9:30am – 12am
Sabtu – Ahad: 9:30am – 10pm |
Tel | 016-202 1843 |
4. SLK Sport Center
Tidak kekurangnya arena badminton di sekitar Setapak, tetapi SLK Sport Center merupakan antara yang popular kerana harga sewanya yang rendah, lantai berkusyen, kemudahan yang mencukupi, dan terdapat sejumlah 32 gelanggang!
Alamat | Lot PT 50088, Plot 3, Jalan 29/10a, Mukim Batu (Batu Muda), Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | 9am – 1am setiap hari |
Tel | 012-400 7809 l slksport@gmail.com |
5. One Badminton Academy
One Badminton Academy lebih daripada sekadar menyewakan gelanggang badminton di KL. Terdapat juga gimnasium, kafe, dan empat gelanggang futsal! Akademi ini juga menawarkan latihan untuk semua peringkat kemahiran.
Alamat | Lot 24391-B, Jalan 3/32A, Batu 6, 1/2, Jln Kepong, 52000 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 10am – 12am
Sabtu – Ahad: 9am – 12am |
Tel | 012-376 6916 |
6. Pro One Badminton Centre
Tempat sibuk yang biasa dikunjungi oleh bekas atlet-atlet kebangsaan, Pro One Badminton Centre kerap penuh sepanjang minggu, tidak kira siang atau malam. Anda boleh walk-in tetapi kemungkinan besar susah mendapat sebuah gelanggang kosong. Jadi, tempah awal kalau boleh.
Alamat | Lot 6302, Jalan 2/27A, Off Jalan Usahawan, Bandar Baru Wangsa Maju, 53100 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 10am – 1am
Ahad: 10am – 12pm |
Tel | 012-822 8032 |
7. Ace Sports World
Terletak di atas bumbung Lotus’s Kepong, Ace Sports World ialah salah satu tempat main badminton terbaik yang anda boleh kunjungi di Kuala Lumpur. Gelanggang-gelanggangnya sentiasa digilap, terdapat ruang tempat duduk yang luas, dan proses tempahan boleh dilakukan dengan mudah dan pantas di WhatsApp.
Alamat | Level 3, Lotus Kepong 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin: 3pm – 12am
Selasa – Khamis: 10am – 12am Jumaat: 12pm – 12am Sabtu – Ahad: 8am – 12am |
Tel | 010-399 9302 l Acesportsworldsb@gmail.com |
8. CK Sports Centre
Juga terletak di Kepong, CK Sports Centre menyediakan 16 gelanggang dalam sebuah kubah yang luas dan berventilasi baik. Setiap gelanggang mempunyai pancaran cahaya tersendiri untuk penglihatan yang jelas serta bangku untuk berehat. Akan tetapi, tempat letak kereta di tempat main badminton ini terhad. Jadi, carpool jika boleh.
Alamat | No. 51, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, 52000 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 8am – 2am setiap hari |
Tel | 017-701 7799 |
9. Forum Pudu
Forum Pudu merupakan tempat main badminton terkemuka dengan pelbagai kemudahan yang mengagumkan. Selain menyediakan 15 gelanggang badminton yang diselenggara dengan baik, lokasi ini juga mempunyai ruang kecergasan dan perkakasan ping pong untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti lebih daripada sekadar bermain badminton.
Alamat | Wisma Chha Yong, No.113-3, Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | 8am – 3am setiap hari |
Tel | 016-222 6080 l pudu@forumgroup.my |
10. PETRONAS Akademi Badminton Malaysia
Tahukah anda bahawa “rumah“ badminton Malaysia iaitu BAM turut menyediakan gelanggang untuk disewa? Ya, anda boleh mengadakan sesi badminton di tempat yang sama di mana atlet-atlet negara kita berlatih dengan kemudahan bertaraf dunia. Ambil perhatian bahawa hanya pemain berumur 12 tahun ke atas dibenarkan bermain di pusat ini dan tempahan awal diperlukan kerana walk-in tidak dibenarkan.
Alamat | Badminton Association of Malaysia, Jalan 1, Mont Kiara, 60000 W.P Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 8pm – 12am
Sabtu: 4pm – 11:30pm Ahad: 12pm – 10pm |
Tel | 03-2022 5871 |
Tempat-Tempat Main Badminton Di Sekitar Selangor
11. ARENA SUKAN Champion
Salah satu gelanggang badminton paling sibuk di Petaling Jaya, Champion Badminton Court adalah lokasi pilihan ramai penduduk PJ dari semua peringkat umur. Walaupun terdapat banyak gelanggang, tempat ini sering penuh pada hujung minggu, Tempat letak kereta di sini juga terhad. Oleh itu, rancang sesi anda dengan sewajarnya.
Alamat | Lot, 1020, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 9am – 1am
Ahad: 9am – 12am |
Tel | 03-7722 2026 |
12. Ara Court Badminton Hall
Jika Champion Badminton Court sudah penuh, anda boleh singgah di Ara Court Badminton Hall yang berdekatan. Walaupun ruangnya lebih kecil, ia masih cukup untuk menampung sekumpulan kecil dan walk-in dibenarkan. Harga sewa gelanggang juga lebih murah tetapi pusat ini tutup pada jam 10 malam.
Alamat | Lot 997, Jalan Dahlia, Kg Sg Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya |
Waktu Operasi | Isnin: 10am – 11:30pm
Selasa – Jumaat: 10am – 1am Sabtu & Ahad: 10am – 10pm |
Tel | 014-722 1388 l aracourtpj@gmail.com |
13. Forum 19
Terletak berhampiran beberapa kafe dan restoran, gelanggang badminton Forum 19 popular di kalangan penduduk di bandar Petaling Jaya. Selain terdapatnya 16 gelanggang bergetah, ruang itu juga mempunyai sebuah kedai yang menjual kasut dan raket badminton. Tempat letak kereta juga banyak disediakan.
Alamat | Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya |
Waktu Operasi | 8am – 2am setiap hari |
Tel | 03-3344 1466 |
14. 222 Sports Centre PJ
Secara ringkasnya, 222 Sports Centre menyediakan gelanggang yang berkeadaan baik, harga sewa yang mesra dompet, kakitangan yang mesra serta pilihan makanan yang banyak dan berdekatan.
Alamat | 2, Jalan 51A/225, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 9am – 12am
Ahad: 9am – 10pm |
Tel | 012-301 8225 l 222sportscentre@gmail.com |
15. USJ23 Badminton Court
Tertanya-tanya di mana tempat untuk main badminton yang bagus jika anda berada di kawasan USJ, Subang Jaya? Anda boleh pergi ke USJ 23 Badminton Court.
Alamat | Lot 876-C, Jalan Subang 9, Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya, Puchong |
Waktu Operasi | Isnin & Khamis: 9:30am – 12am
Selasa & Jumaat: 9am – 12am Rabu & Ahad: 9:30am – 12pm Sabtu: 9am – 12pm |
Tel | 03-8023 0000 l usj23badmintoncenter@gmail.com |
16. Forum Optimum Badminton Centre
Dengan dua kedai menjual akseori badminton, mesin layan diri, dan bilik air yang bersih, Forum Optimum menduduki tempat tinggi dalam senarai gelanggang badminton terbaik di Subang Jaya. Semuanya berkat penyelenggaraan yang ketat pengurusan yang cekap. Tempat letak keretanya juga menggunakan sistem tanpa tunai.
Alamat | Lot 791, Persiaran Subang Indah, Taman Perindustrian Subang, 47610 Subang Jaya |
Waktu Operasi | 8am – 2am setiap hari |
Tel | 011-2787 8138 l ForumOptimumSubang@gmail.com |
17. Lavana 2
Lavana 2 menyediakan gelanggang yang bukan sahaja bersih tetapi diterangkan dengan cahaya lampu yang kuat. Ruangnya juga mempunyai sistem pengaliran udara yang baik bagi mengeluarkan udara bertakung.
Alamat | Lot 61711, Plot B, Persiaran Subang Indah, Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya |
Waktu Operasi | 9am – 12am setiap hari |
Tel | 012-426 7188 |
Laman Web | Facebook | Instagram
Tempah Sesi Anda Di Tempat-Tempat Main Badminton Ini Di Sekitar Kuala Lumpur
Selepas menempah gelanggang untuk sesi badminton anda, jangan lupa pula menyediakan stok bulu tangkis yang mencukupi. Dan sudah tentunya, raket dan kasut badminton dalam keadaan yang baik adalah satu kemestian untuk permainan yang lancar. Selain itu, pastikan anda melakukan regangan badan sebelum mula bermain bagi mengelakkan kecederaan dan memanaskan otot. Minum air secukupnya untuk kekal terhidrasi!