Kombo Selamat Tinggal Purnama - Strain #1 - Strain #2 - Teme Abdullah - Ready Stock // Adeena Bookstore
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Cash On Delivery
Shipping Fee:
RM5.19 (incl. SST)
Specification
Brand,Publishing Company
Description

SINOPSIS KOMBO: Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa. Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia. Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'artis terkenal' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu. Hidupnya berubah dari saat itu. Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams. Kim Jonghyun. Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri. "Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth," bisik hati aku. Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini. === Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara. Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now