No shipping options available, please check with seller
Specification
Ships From
Description

⚠️PENGHANTARAN DALAM MASA 48 JAM ⚠️NO URGENT ORDER “Let's break up!” Dayana tekad, dia ingin mengakhiri hubungannya dengan Iskandar. Walaupun tarikh perkahwinan mereka tidak sampai satu bulan lagi. Pintu hatinya sudah tertutup rapat buat lelaki itu. Puas Iskandar merayu dan memujuk, hati Dayana sudah keras seperti batu. Dia sebulat hati ingin memilih lelaki yang baru dikenalinya 3 bulan berbanding meneruskan hubungan dengan tunangnya itu. “Tak akan ada perkahwinan yang akan dibatalkan. Ayah tak akan berkrompomi dengan D kali ini.” Zaki, ayah Dayana. Meskipun benci dengan lelaki itu, Dayana akur apabila dia terpaksa meneruskan perkahwinannya dengan Iskandar. Melayari bahtera perkahwinan dalam keadaan benci membuatkan Dayana sangat tertekan. Tidak ada sekelumit pun cinta dalam hati Dayana buat Iskandar. Semua kenangan manis antara mereka sudah menjadi pudar. “I will hurt you like what did to me,” - Iskandar Satu sahaja sebab Iskandar menerima Dayana masuk semula ke dalam hidupnya adalah dendam. Dia ingin Dayana rasa semula apa yang pernah dia lakukan dulu. “Kau ni memang dungu kan, Is? Orang dah tak nak, tapi kau terhegeh-hegeh. Muka tak malu!” – Dayana. “Aku tak malu atau kau perempuan yang tak ada harga diri? Dah jadi isteri pun masih keluar dengan jantan lain.” – Iskandar. Berlemah-lembut pada Dayana? NO! Selepas apa yang berlaku, Iskandar tak mungkin melayani wanita itu seperti seorang isteri. Dayana tahu dia silap kerana telah mencurangai Iskandar. Sedangkan mereka sama-sama sudah berjanji untuk sehidup semati. Namun apabila datangnya satu lelaki lain, Dayana jadi lupa diri. Tapi untuk meluahkan penyesalannya, dia terhalang dengan tembok keegoan. Dayana rela perkahwinannya dengan Iskandar seperti ribut taufan asalkan dia tidak perlu mengakui silapnya yang lalu. Allah itu Maha Adil. “Kenapa kau buat aku macam ni, Is? Kenapa kau sakitkan hati aku sampai macam ni sekali? Kalau kau tak cintakan aku, kenapa kau buat aku sayang kau semula?”- Dayana Saat kenangan lalu menggamit semula cinta Dayana terhadap Iskandar, lelaki itu berpaling kepada wanita lain. Lebih teruk dari apa yang pernah Dayana lakukan dahulu. Semuanya semata-mata sebab dendam Iskandar terhadap Dayana. “Kau yang ajar aku untuk tidak setia. Jangan salahkan bila aku mendua.”- Iskandar. Dayana tahu, semuanya sudah terlambat. Keegoannya telah memakan dirinya sendiri. Iskandar sudah tawar hati. Luka di dalam hati masing-masing sudah membusuk sehingga akhirnya mereka menemui jalan buntu. “Ceraikan aku, Is. Kita hanya akan melukai antara sama lain jika berterusan bersama.” "Kalau itu yang kau nak, aku turutkan.." - Iskandar.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now