Damage Protection
Learn More
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Ships From
Description

Buku Fi Zilal al-Kahfi telah keluar! Menarik tentang buku ini: ✳ Kupasan surah al-Kahfi dari neraca eskatologi ✳ Menangani isu-isu semasa zaman moden ✳ Sesuai untuk mereka yang ingin memahami fenomena akhir zaman ✳ Kesinambungan kepada buku Huraian Hadis Geo-Eskatologi Antara tajuk-tajuk: ✳ Dajjal ikon Post-Truth ✳ Artificial Intelligence vs Authentic Intelligence ✳ Dari Petrodollar ke Matawang Crypto ✳ Big Data dan IoT musuh kerahsiaan ✳ Rahmatan Lil Alamin Diseleweng Pluralis Agama Buku ini merupakan siri tadabbur surah al-Kahfi. Dihuraikan mengikut tajuk berpandukan makna ayat-ayat daripada ayat pertama hingga ayat ke 52. Konsep tadabbur ini lebih kepada menekuni maksud ayat dalam memahami fenomena akhir zaman yang menjadi cabaran besar buat umat Muhammad SAW. Susunan buku dimulakan dengan pengenalan mengenai surah al-Kahfi serta kelebihannya menurut hadis-hadis Nabi SAW. Kemudian didatangkan tentang konsep penulisan dan susunan buku ini serta kepentingan mentadabbur surah al-Kahfi pada akhir zaman ini. Turut dinyatakan sumber rujukan buku ini. Kemudian barulah masuk kepada huraian satu persatu ayat-ayatnya mengikut tajuk yang diberikan. Permulaan setiap tajuk didatangkan dengan ayat yang ingin dikupas beserta terjemahan. Kemudian dibentangkan intisari penting ayat yang perlu diberi perhatian. Selepas itu didatangkan huraian berbentuk pengajaran akhir zaman yang mencakupi kupasan mengenai fenomena semasa yang sedang berlaku, diselang selikan dengan hadis-hadis akhir zaman yang bersesuaian kemudian diakhiri dengan cadangan langkah-langkah yang perlu diambil oleh umat Islam bagi menghadapi cabaran tersebut

Chat Now
Add to Cart
Buy Now