Ini adalah sebuah zine 24 mukasurat mengandungi 10 ilustrasi dan 12 hadis Rasulullah s.a.w. Banyak sungguh kisah-kisah Rasulullah bersama Malaikat dan nasihat-nasihat di sebaliknya, diceritakan dalam hadis-hadis baginda. Tetapi untuk koleksi ini, kami memilih hadis-hadis yang relevan untuk digunapakai dalam dunia kontemporari sekarang, diselitkan ilusrasi dan kupasan lawak/sinikal. Apakah Pendapat Malaikat Tentang Perokok? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Mereka Yang Kedekut Bersedekah? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Mereka Yang Suka Forward Mesej Whatsapp? Apakah Pendapat Malaikat Bila Kita Beritahu Kawan Kita "Aku Doakan Engkau"? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Pesakit Covid-19? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Orang Yang Asyik Menghukum? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Orang Yang Suka Bergaduh? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Mereka Yang Suka Tayang Pingat Sukan/Marathon Kat Rumah? Apakah Pendapat Malaikat Kalau Kita Tidur Tak Basuh Kaki? Apakah Pendapat Malaikat Tentang Orang Yang Travel Sebab Nak Update Instagram?