3 Variations Available
[PTS] Ubah Lelah Jadi Lillah / Lillah Sebelum Lelah / Biar Susah Asal Lillah oleh Dwi Suwiknyo
shipping entrance icon
Get by 15 - 17 Oct, with shipping fee RM0.00 (incl. SST)
service entrance icon
15 Days Free Returns - No Questions Asked* · Product Care Service Programme
Specification
Stock,Brand
icon arrow right
Description

Ubah Lelah Jadi Lillah Kadang-kadang dalam usaha bagi mengejar satu matlamat hidup, terdapat bahagian daripada hidup kita yang harus dikorbankan. Demi memenuhi kehendak pekerjaan, keluarga terabai, kesihatan tidak kita fikirkan, bahkan hak Allah SWT pun dilewatkan. Padahal, itu hanya ketidakmampuan kita mengurus waktu ataupun memang tidak ada niat bagi menyeimbangkan kehidupan? Semoga segala aktiviti kita sehari-hari tidak menjadi sia-sia. Segala lelah dapat menghasilkan bahagia, tidak hanya bahagia untuk diri kita sendiri, malah untuk orang-orang yang terdekat. Semoga apa pun yang kita cintai di dunia ini, sama sekali tidak mampu memalingkan hati kita daripada Allah SWT. Buku ini dihadirkan sebagai teman perbincangan, sebagai bahan merenung supaya saling mengingatkan betapa sayang sekiranya kita melewatkan hidup dengan sia-sia dan tidak tentu arah. Biar Susah Asal Lillah Sebuah buku yang ditampilkan dengan dua sisi berbeza tetapi bernilai. Sisi utamanya membawa pembaca menyemai ikhlas, Biar Susah Asal Lillah. Manakala sisi keduanya pula adalah bertemakan istiqamah, Biar Susah Asal Berkah. Keberkatan tidak akan muncul jika tidak disemai dengan ketulusan dan keredhaan dengan semua yang Allah s.w.t. takdirkan buat kita sebagai hamba Allah. Lillah Sebelum Lelah Mengapa kita sering gelisah dan mudah lelah? Salah satu puncanya adalah kerana sejak awal kita melakukan segala sesuatu bukan kerana Allah s.w.t. Hati dan fikiran kita tidak terkait kepada-Nya. Kita lebih memilih jalan pintas yang menurut penilaian kita, ¡a lebih mudah ditempuhi kerana lebih jelas. Atau, mungkin hati kita sudah yakin, tetapi fikiran kita tidak mampu menangkap janji-janji-Nya yang mash ghaib.