Damage Protection
Learn More
Shipping Fee:
RM3.18 - RM5.19 (incl. SST)
Specification
Brand,Language
Description

Memperoleh star rating Goodreads 4.2/5, apa kata pembaca? "Apa yang menarik pada saya dalam buku ini ialah bagaimana penulis mengambil pelajaran dari peristiwa dan pengalaman dan mendidik dirinya. Saya tahu penulis mungkin dibesarkan dalam kesenangan (mungkin juga mewah) oleh itu setiap cabaran yang ditempuh beliau ambil menjadi pengajaran bagi menundukkan ego dan sifat besar diri. Banyak hikmah yang penulis perolehi yang pembaca boleh kongsikan." - Tiras Raduan. "Aku merasai nikmatnya membaca catatan-catatan pengembaraan beliau dan mencerna kata-kata hikmah serta mengagumi gambar-gambar berwarna yang begitu banyak disertakan. Sangat menarik dan begitu banyak yang dapat dipelajari dan diteladani." - Muna Zaen. "Baca buku ini rasa tertampar-tampar. Dan paling tajam menikam di muka surat 94. Ada lebih 8 ayat Quran tentang mengembara. Salah satunya, ayat 69 surah an naml yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad), mengembaralah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa". ADUH rindunya terbang-terbang. Buku ini meniup kembali semangat yang hilang." - Nur Haslaily. "Selain pengajaran dari pengalaman yang dikongsikan, paling aku suka tentang buku ini adalah gambar-gambarnya yang cantik, berwarna dan bersaiz 'puas hati'. Ada juga dikongsikan tips dan panduan seperti contoh declaration list untuk ke negara asing, contoh-contoh scam dan cara mengelakkannya dan juga panduan membaca tulisan hangul. Menarik, kan?" - Husna Musa. "Nota-nota dalam buku ni bagi aku semua best-best. Gaya penceritaan yg santai. Kadang tergelak sorang-sorang." - Cik Nadiah. "Sejak di KLIA sampai dalam kapal terbang terus khatam. Menyampahlah buku tu, nak tidur pun tak lelap! Menyentak-nyentak perasaan nak baca habis!" - Mama Zakiah @ Mama Gajah. Buku ini cetakan terhad dan tidak ada dijual di kedai buku. Pembelian secara online sahaja. Jumlah halaman: 214 (penuh warna) Harga: RM30 (tidak termasuk pos) Kompilasi tip, kata-kata fikir, dan kisah pendek kembara ke 12 negara; • Australia. • Indochina - Vietnam, Laos, Cambodia. • Filipina. • India. • Mesir. • Korea Selatan. • Jepun. • Eropah - Paris, London, Amsterdam. + Nota-Nota Rencam. Buku ini adalah nota-nota kembara yang dikumpulkan untuk kita sama-sama senyum, geram, dan berfikir panjang. * Semua naskhah ada autograf penulis. *

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now