Batu Rose Quartz yang berwarna merah samar juga dikenali sebagai "love quartz". Memberikan getaran yang mendamaikan jiwa. Sesuai untuk pesakit anxiety, menghilangkan keresahan, mengurangkan stress. White Agate pula memberikan getaran yang harmoni pada tubuh manusia. Kita seringkali penat dengan rutin seharian, dengan mengenggam batu white agate dapat membantu kita meredakan keletihan kita. White agate juga boleh membantu menyingkirkan energi negatif. Green chalcedony adalah batu hijau lembut yang secara psikologinya boleh membuangkan perasaan buruk sangka. Sejak zaman dahulukala, green chalcedony adalah simbol kesucian hati dan jiwa. Green chalcedony juga baik untuk menguatkan jiwa. Apabila bibir kita mengucapkan kalimah-kalimah ALLAH, getaran batu kristal yang pelbagai khasiatnya ini secara tidak langsung merawat hati, jiwa, fizikal dan mental kita, insya Allah