Damage Protection
Learn More
Shipping Fee:
RM3.18 - RM5.19 (incl. SST)
Specification
Brand,Import/Local
Description

Buku ini ditulis bagi merenung dan mentafsir perkembangan yang berlaku sebelum, sewaktu dan selepas berakhirnya tujuh hari panjang tersebut. Ia memfokuskan kepada isu-isu utama yang banyak diperbahaskan masyarakat umum seperti apakah motif atau motivasi yang mendasari Krisis Sheraton? Siapakah “Keyser Soze” iaitu individu yang menggerak atau menjadi pencatur utama dalam menjayakan pembentukan kerajaan PN? Bagaimana pendirian dan peranan Sarawak dan Sabah dalam rancangan tersebut? Apakah implikasi Krisis Sheraton terhadap politik dan perundangan di Malaysia? Apakah keunikan peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja dalam menyelesaikan krisis yang tidak pernah berlaku itu? Apakah perlantikan Perdana Menteri Interim yang disandang oleh Mahathir selama tujuh hari itu sah di sisi undang-undang? Bagaimanakah DAP berperanan dalam membuka jalan terhadap krisis tersebut? Sejauhmana media sohor kini memberikan jawapan terhadap teka teki yang wujud sepanjang berlangsungnya krisis? Apakah sumbangan yang dimainkan oleh gabungan Muafakat Nasional? Bagaimana golongan muda seperti mahasiswa memberi reaksi mereka terhadap krisis yang berlangsung dan tidak ketinggalan, bagaimana krisis Covid-19 dihujahkan menjadi ‘penyelamat’ kepada legitimasi Perdana Menteri baru, Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN yang dipimpinnya. Ditulis dengan gabungan pendekatan akademik dan popular dan dibantu dengan maklumat-maklumat primer, buku ini di harap dapat menjadi rujukan preliminari mengenai saga yang telah mencipta enigma tersendiri.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now