Damage Protection
Learn More
Shipping Fee:
RM5.19 (incl. SST)
Specification
Brand,Import/Local
Description

Manuskrip Melayu Islam ialah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh intelektual Melayu yang falsafah, jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menunjangi kehidupan mereka. Antara manuskrip yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum termasuklah Quran Bergantung Makna Melayu, karya tafsir oleh Mohamed Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi (1896 1989). Manuskrip ini dihasilkan oleh al-Marbawi pada 21 Syaaban 1375H, bersamaan 2 April 1956 ketika beliau berada di Kaherah. Naskhah manuskrip ini setebal 377 halaman termasuk indeks dan mengandungi tafsiran surah al-Fatihah sehingga surah al-An'am, ayat 14. Pendekatan tafsirnya secara tahlili, dengan huraian makna sebahagian daripada potongan ayat al-Qur'an bersumberkan ayat al-Qur'an yang lain atau hadis Nabi Muhammad SAW dan pendapat para sahabat r.a. Kebiasaannya riwayat tersebut dikemukakan maknanya sahaja. Pendapat ulama turut dikemukakan bersumberkan Tafsir al-Jalalayn, Tafsir al-Nasafi, Hasyiyah al-Jamal 'ala al-Jalalayn, dan Tafsir al-Khazin. Namun begitu, pentafsiran ini masih boleh dianggap sebagai ringkas kerana tidak memuatkan pendapat yang pelbagai. Pendekatan ini menepat pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh para ulama, iaitu berdar tafsir bi ma thur dan tafsir bi ra'y. Namun, pendekatan tafsir bi ra'y kak dr lebih dominan. Aspek pemikiran yang diketengahkan oleh al-Masa dalam pentafsiran al-Qur'an pula bersifat semasa dan releven dengan masyarakat setempat khususnya ketika mentafsirkan ayat-ayat berkaitan hukum, perundangan dan sains. Penerbitan buku ini dapat melestarikan khazanah ilmu ulama Melayu Malaysia. Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai rujukan pelajar dan penyelidik pengajian tafsir al-Qur'an di Malaysia dan Nusantara, malah buku ini juga dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now