Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 - RM5.30 (incl. SST)
Specification
Brand,Import/Local
Description

Puaka Stor Sukan oleh Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera Bilangan muka surat : 128 Buku ini mengisahkan.. Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan yang ada di situ. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau nak tahu tak, mana tempat paling berpuaka dalam sekolah kita?” tanya Megawati. Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya. “Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now