Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 - RM5.30 (incl. SST)
Specification
Brand,Language
Description

Puaka Padang Sekolah oleh Khairul Ahmad, Ruby Annas, Maszmira Bilangan muka surat : 128 Buku ini mengisahkan.. Sufi dan Nita terlanggar Maya yang terhenti tiba-tiba di tengah-tengah padang. Dalam sama-samar cahaya bulan, mereka ternampak barisan manusia sedang mengadakan latihan kawad. “Fuh! Nasib baik budak-budak JPAM ada.” Maya menarik nafas lega. “Ma… Maya. Itu… tu… bu… bukan budak-budak JPAM.” Tergagap-gagap Nita bersuara. “Apa kau mengarut ni? Itukan kawan-kawan kawad kau. Marilah kita ke sana.” Maya tetap berdegil. Tanpa ragu-ragu dia melangkah ke arah barisan kawad yang tegak berdiri. Tiba-tiba telinganya menangkap bahasa asing yang tidak dia fahami. Bukan itu sahaja, pakaian mereka jauh berbeza daripada uniform JPAM yang biasa dikenakan Nita. Mereka memakai uniform berwarna hijau muda, lusuh dan koyak-rabak. Uniform tentera Jepun Perang Dunia Kedua! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now