Segi Tiga Terumbu Karang: Pusat Kepelbagaian dan Limpahan Hidupan Marin Dunia
shipping entrance icon
Get by 12 - 20 Oct, with shipping fee RM2.12 (incl. SST)
service entrance icon
15 Days Free Returns - No Questions Asked* · Product Care Service Programme
Specification
Stock,Brand
icon arrow right
Description

Penulis: Ejria Saleh, Muhammad Ali Syed Hussein Tahun Terbit: 2021 ISBN: 978-967-2738-16-9 Buku Segi Tiga Terumbu Karang ini diterbitkan untuk menyahut usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) khasnya dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) untuk meningkatkan kesedaran memulihara ekosistem marin di kawasan Segi Tiga Terumbu Karang, Malaysia. Ekosistem marin merupakan habitat pelbagai hidupan marin yang menjadi sumber makanan manusia. Hidupan marin juga menjadi sumber pendapatan kepada penduduk pesisiran pantai. Pada masa ini, kawasan marin mengalami pelbagai ancaman sama ada daripada manusia atau perubahan iklim. Segi Tiga Terumbu Karang merupakan satu inisiatif enam negara, iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timor Leste untuk merealisasikan pelbagai usaha memulihara ekosistem dan hidupan marin di kawasan ini. Usaha seumpama ini diharapkan dapat menambah pengetahuan dalam memberi maklumat kepada negara serantau Segi Tiga Terumbu Karang dalam menangani dan memulihara ekosistem marin agar keselamatan sumber makanan terjamin di samping dapat membantu menjana pendapatan komuniti pesisir pantai yang berterusan. Buku ini sesuai dibaca untuk kanak-kanak dan murid sekolah rendah, justeru penulisannya menggunakan ayat-ayat pendek dangan bantuan gambar rajah. Kanak-kanak berpeluang mewarna lakaran-lakaran yang disediakan dan melihat gambar yang diambil di lapangan. Kesemua gambar tersebut diambil di kawasan sempadan saintifik Segi Tiga Terumbu Karang Malaysia. Ujian minda melibatkan hidupan marin dan ancaman ekosistem disediakan di penghujung buku ini bagi meningkatkan penglibatan kanak-kanak. Penerbitan buku ini diharapkan dapat memberi maklumat asas dan menarik minat serta kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga ekosistem marin dan kepelbagaian hidupan marin. Semoga usaha ini berupaya melahirkan pengurus, ahli penyelidik dan pencinta alam marin yang dapat menjaga warisan laut kita agar terpelihara dan berkekalan untuk generasi yang akan datang.