Rosmiza Che Mat - Menemui Camelia Di Tanah Lincoln (2024) | buku travelog new zealand -BUKU AY 2024
shipping entrance icon
Get by today, with shipping fee RM0.00 (incl. SST)
service entrance icon
15 Days Free Returns - No Questions Asked* · Cash on Delivery
Specification
Stock,Edition Type
icon arrow right
Description

Seawal pagi. Dia hubungi saya dengan penuh keterujaan. "Mom, I am finally here. Feels so surreal. I got my parking right in front of the lobby and they even ushered me to the office..." ceria sekali suaranya. Entah kenapa, hati mommy meruap sebak. Saya di hujung talian terdiam seketika, menyeka tubir mata yang mulai bergenang. "Alhamdulillah, niat kerja kerana Allah. Kerja elok-elok, give your best and always, always, always be humble. Give respect to everyone walau siapapun mereka, your boss, superiors, collegues, semualah... guards, cleaners..." tangis saya tak terbendung. Menyebut perkataan cleaner adalah seperti mengingati asal diri sendiri. Saya ulangi nasihat yang sama dengan linangan air mata kepada anakanda. "Just be humble..." Xxxxx KISAH 33 - "OF BEING HUMBLE" Peribahasa Melayu, ikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Kata-kata yang membawa maksud semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah serta tidak menyombong diri. Saya temui sifat ini pada hampir kebanyakan para saintis dan ahli akademik yang bekerja di semua tempat saya bekerja sebagai cleaner. Walaupun kami bekerja selepas tamat waktu ofis, tapi kebanyakan masa pasti ada saja para saintis dan penyelidik yang masih berada di ofis. Mereka tekun menyiapkan kerja- kerja mereka. “Hai Nick, apa khabar kamu hari ini?” Saya menjengukkan kepala selepas mengetuk pintu bilik Profesor Nick H; seperti yang tertulis pada tanda nama yang terlekat di muka pintu. “Hai Ros, silakan masuk. Saya baik-baik saja, terima kasih. Kelihatannya, awak awal hari ini?” Nick melihat ke arah jam yang baru menunjukkan jam lima suku petang. “Ya, Nick. Awal sedikit dari biasa hari ini. Saya tidak mahu keseorangan di bangunan ofis ini memandangkan sekarang musim sejuk.” “Betul kata awak. Awal datang kerja, boleh cepat balik ke rumah. Baiklah Ros, saya tinggalkan awak untuk membersihkan bilik saya yang ‘sangat teratur’ ini.” Nick tersenyum lebar sambil meninggalkan saya sendirian untuk memulakan tugas pembersihan. Bilik Nick dipenuhi dengan timbunan kertas-kertas jurnal, buku-buku rujukan, barangan dan alatan penyelidikan yang hampir bertaburan merata-rata. Arahan jelas kepada cleaner adalah untuk tidak menyentuh barangan yang ada di dalam bilik-bilik yang dibersihkan. Kami hanya perlu mengelap kawasan yang dilihat perlu untuk dibersihkan tanpa mengubah kedudukan barang. Tugas kami menjadi lebih mudah apabila ada di antara bilik-bilik ini yang benar-benar kemas dan rapi. Tapi, keadaan itu jarang- jarang sekali ditemui dan dilihat. Kebanyakan saintis di sini ialah pemegang ijazah doktor falsafah tapi mereka tampak lebih selesa dipanggil dengan panggilan nama. Tidak ada istilah pangkat atau jawatan, malah mereka melayan kami para cleaner yang bertugas dengan penuh rasa hormat.

This seller is currently on vacation.