Rahsia-Rahsia Puasa Karya Imam Al-Ghazali Terjemahan Buku Muhammad Yusra Hulaimi Terbitan The Biblio Press Ready Stock
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Shipping Fee:
RM3.18 - RM5.19 (incl. SST)
Specification
Ships From
Description

Rahsia-Rahsia Puasa Karya Imam Al-Ghazali Tajuk: Rahsia-Rahsia Puasa ISBN: 9789671897652 Penerbit: The Biblio Press Penulis: Imam Al-Ghazali Terjemahan: Muhammad Yusra Hulaimi Tahun Terbitan: 2021 Muka Surat: 56 Halaman: Hitam Putih Format: Softcover Berat (kg): 0.073 Dimensi (cm): 20 cm x 13cm x 0.5 cm SINOPSIS Puasa merupakan shariat yang telah ada sejak sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. la merupakan salah satu shariat yang diteruskan dalam Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyungguh agama-agama terdahulu dalam hal kebenaran (musaddiqan limā ma'akum). (Surah al-Baqarah 2:41) Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu, malah turut memperkayakannya. Jika shariat para Nabi terdahulu - terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq a.s - lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa a.s pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengimbang antara kedua-duanya. Intisari aspek luaran dan dalaman yang terkandung dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Hujjat al-Islām Abū Hāmid al-Ghazali (wafat 1111 Masihi) melalui kitabnya, Kitāb Asrār al-Sawm. Kitab ini membahaskan aspek-aspek dalaman amalan berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqārabatillāh). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa. Puasa merupakan ibadah yang mengandungi 1001 hikmah dan keistimewaan tersendiri. la berfungsi sebagai sebuah madrasah bagi seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai proses penyucian diri.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now