Puisi Saku - Boxset/Gift Set Koleksi 4 Buku Poket Puisi Sufi oleh Rumi Gibran Hafez dan Kabir
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Ships From
Description

Koleksi 4 Puisi Saku, buku-buku bersaiz poket, di dalamnya ada sejumlah 40 buah puisi dari penyair mistik/sufi iaitu Gibran, Rumi, Hafez, dan Kabir (10 puisi setiap satu) diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diilustrasikan. Dalam kotak yang kemas dan cantik, berserta 4 print ilustrasi percuma. Sesuai untuk bacaan sendiri atau sebagai hadiah/gift set kepada orang lain. Biodata penyair: Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi (1207-1273) ialah seorang penyair sufi mistik yang dilahirkan di tanah hujung empayar Parsi bernama Balkh (sekarang Afghanistan). Bersama keluarganya, beliau melarikan diri dari serangan tentera Mongol dan berpindah ke Samarkand, selepas itu Anatolia dan kemudiannya Konya. Banyak daripada karya beliau ditulis di Konya dalam bahasa Parsi, tetapi telah memberi impak mempengaruhi ramai karyawan yang menulis dalam bahasa lain. Beliau adalah antara penyair paling dihormati di dunia, dilabel ‘most popular poet’ di Amerika. Hafez (1325-1389) ialah seorang penyair sufi Parsi yang berasal dari Shiraz, Iran. Karya-karya beliau kebanyakannya berkisar tentang agama, cinta, serta satira sosial terutamanya bersifat mengkritik kepura-puraan di kalangan pemerintah dan agamawan. Kepengarangan beliau telah mempengaruhi ramai pemikir besar dunia seperti Thoreau, Goethe, Ralph Waldo Emerson, Arthur Conan Doyle, dan Karl Marx. Sehingga kini, beliau ialah penyair yang paling terkemuka di Iran, majoriti rakyat negara itu telah menghafal puisi-puisinya. Khalil Gibran (1883-1931) lahir di Bsharri, Lubnan, tetapi berpindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat ketika berusia 10 tahun. Sebagai seniman, beliau lebih gemar melabel dirinya seorang pelukis. Terpengaruh dengan gerakan modernisme di Eropah, banyak daripada karya-karya teksnya dalam bentuk puisi, cerpen, dan prosa, telah ditulis dalam Bahasa Arab yang mudah dan tidak konvensional, langsung menobatkan beliau antara karyawan utama yang mencetuskan gerakan romantisme yang bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan sastera Bahasa Arab. Kabir (1440-1518) ialah seorang penyair mistik dan agamawan yang terkenal berasal dari India, namanya adalah bahasa Arab yang bermaksud ‘Agung’. Karya-karya beliau menggunakan bahasa slanga dan pasar Hindi, penuh dengan motif-motif alam dan perlambangan, serta subjek-subjek keagamaan yang diambil dari budaya Hindu dan Islam. Beliau adalah antara penggiat Gerakan Bhakti pada kurun ke-15, satu gerakan kerohanian yang menggunakan syair dan sastera sebagai medium untuk mengembalikan populariti agama dan falsafah teologi.

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now