Pes Laksa Sarawak 200g Hj Manan Sarawak laksa instant paste
shipping entrance icon
Get by today, with shipping fee RM0.00 - RM5.19 (incl. SST)
service entrance icon
15 Days Free Returns - No Questions Asked* · Cash on Delivery · Allergy Protection
Specification
Brand,Shelf Life
icon arrow right
Description

#laksasarawak #makanan #Makananorangsarawak #Sedap #produkterlaris #borneo #sekalicubapastinaklagi Resepi Laksa Sarawak Bahan2 nya: paste laksa sarawak haji manan (200 gram) untuk makan 5,6 orang ayam 1/2 ekor (direbus) udang 1/2 kilo (direbus) santan sekotak kecil serai 2 batang sebungkus bihun telur (3 biji) taugeh limau kasturi belacan Cili ikan bilis Cara2 nya: ~ kuah ~ Rebus ayam dan udang menggunakan separuh air dalam periuk sederhana besar Rebus udang sehingga kemerahan, angkat, tos dan ketepikan. Masukkan paste laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi Rebus ayam bersama paste tersebut sehingga masak, angkat ayam tersebut, tos dan ketepikan masukkan santan sekotak kecil (bagi yang tak berapa suka pekat, just masukkan kurang dari sekotak la) then ketuk serai dan masukkan ke dalam kuah tersebut masak dengan api perlahan sehingga menggelegak then angkat ~ bihun ~ Rebus bihun dengan air yang menggelegak sehingga lembut. Jangan terlalu lama, takut nanti lembik pulak. kemudian tos kan dan ketepikan ~ telur dadar ~ pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk, masukkan garam dan sedikit ajinomoto gorengkan telur tadi dengan sedikit minyak di atas non stick pan angkat dan sejukkan potong halus2 dan ketepikan ~ ayam racik ~ ayam yang telah di rebus tadi, racik kecil2 dan ketepikan ~ udang rebus ~ ketepikan untuk dihidang ~ limau kasturi ~ dipotong dua dan dibuang biji, ketepikan. ~ sambal belacan ~ rendamkan ikan bilis di dalam air bagi melembutkan ikan bilis tersebut tumbuk cili dalam 10 biji, masukkan ikan bilis tadi dan tumbuk hingga separa halus masukkan belacan (agak2 je belacan tu banyak mana), perah limau kasturi ke dalam bancuhan tersebut sehingga bancuhan sambal belacan menjadi basah potong halus dalam 2,3 biji kulit limau kasturi dan masukkan ke dalam sambal tersebut. hidang kesemua bahan2 tersebut bersama kuah dan juga bihun. siap