[ORIGINAL] PENDIAM? : MEMAHAMI PERSONALITI INTROVERT DALAM DUNIA EKSTROVERT (AIMAN AMRI & AQILA MASRI) IMAN PUBLICATION
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Edition Type
Description

PENDIAM? : MEMAHAMI PERSONALITI INTROVERT DALAM DUNIA EKSTROVERT

Penulis: Aiman Amri & Aqila Masri

Penerbit: Iman Publication:

Jumlah Muka Surat: 206

Berat: 300 gram

● SINOPSIS

“Introvert ni lone ranger ke?”

”Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”

“Dia tu pemalu orangnya…”

Selalunya, kita akan biasa lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai sama ada di sekolah atau pejabat. Satu lagi yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya di masa hadapan?

Hakikatnya, setiap seorang daripada kita, tidak kiralah Introvert mahupun Ekstrovert, mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri yang perlu dikenal psti dan digilap potensinya.

‘Pendiam’ menampilkan kupasan tentang Introversion dan diselangi situasi yang dilalui Introvert yang biasa berlaku dalam masyarakat. Buku ini ditulis agar Introvert lebih memahami diri dan karakternya, sekali gus meraikan kekuatan dan kelebihan yang ada.

● PANDUAN PEMBACA 'PENDIAM?'

Buku ini adalah olahan daripada kisah benar oleh kedua dua penulis. Kami menggunakan teknik storytelling untuk memudahkan pembaca mengaitkan diri dengan situasi dunia sebenar. Setiap bab mengandungi kaitan situasi dan setiap bab diakhiri dengan penjelasan santai daripada sudut psikologi.

Kisah-kisah benar ini ditulis oleh Aqila Masri sendiri sebagai introvert sejati, untuk berkongsi rasa dan cerita perjalanan hidupnya selama ini (diolah serba sedikit untuk memudahkan kefahaman). Penjelasan psikologi di sebalik kisah itu pula dikarang oleh Aiman Amri yang memang menjadikan ilmu psikologi sebagai minat dan aspirasi hidupnya setiap hari untuk disebarkan kepada masyarakat.

Pembaca boleh memilih mana-mana bab yang menarik perhatian (boleh baca sepintas lalu di bahagian indeks) kerana setiap bab mempunyai jalan cerita dan penjelasan yang berbeza, maka tiada masalah untuk membaca mana-mana bab secara rawak.

Tetapi kami amat menggalakkan pembaca untuk membaca mengikut aturan buku ini, bermula dengan bab pendahuluan, bab satu hinggalah bab penutup, kerana penjelasan setiap bab sedikit sebanyak berkaitan dengan bab-bab yang lain. Cara ini juga akan lebih membantu anda untuk memahami makna introvert, bagaimana introvert berfikir dan bagaimana mereka hidup dalam komuniti ekstrovert.

#aimanamri #aqilamasri #psikologi #pendiam #introvert #ekstrovert #imanpublication #imanshoppe #aimanpsikologi

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now