Cash On Delivery
Shipping Fee:
RM5.19 (incl. SST)
Specification
Brand,Weight
Description

Penyakit `Ain (non medis) sangat ‘berkuasa’ dalam diri seseorang tanpa sedar yang disinonimkan dengan kedengkian yang amat dasyat dari seseorang kepada seseorang lain dengan hanya pandangan mata (`ain). Kenapa sekarang ini dikatakan semakin dasyat sekarang sebab dunia sekarang banyak berubah dengan pengaruh visual yang dipertontonkan melalui gambar atau video. Pandangan mata orang lihat itu kita tidak sedar bahawa yang melihat itu ada penyakit ain iaitu mereka tidak senang dengan nikmat yang dimiliki oleh seseorang yang ditunjukkan melalui paparan visual di media sosial (medsos). Kalau orang dulu-dulu cukup berhati-hati dengan segala nikmat yang diperolehinya kalau dapat disembunyikan sama ada berbentuk kecantikan, kekayaan atau kemewahan. Kita pernah dengar dulu kan dengan “kena ain”. Orang dulu sebut terkena ain dengan membawa kesan kepada diri seseorang itu. Dalam perubatan Islam biasa dibincangkan dengan penyakit non medis iaitu Hasad (ain), sihir dan gangguan jin. Ketiga-tiga jenis itu adalah sebab eksistesi jin di dalam tubuh manusia. Oleh sebab itu, maka kita namakan sebab masuknya atau kita namakan penyakit yang mesti diangkat atau dimusnahkan dari dalam tubuh. Dalam masyarakat arab penyakit ain dalam tulisan dan kejadian persekitarannya sangat meluas dibincangkan kerana penyakit ain merupakan sumber utama yang boleh mencetuskan sihir dan gangguan jin pada seseorang itu. Setelah saya mengaji dan mengkaji, umat Islam harus tahu pengubatannya yang tepat sasarannya kerana Nabi s.a.w berpesan “Sesungguhnya Allah tidak turunkan penyakit kecuali menurunkan penawarnya. Penawar itu diketahui oleh orang berkemahiran dan berpengetahuan dan tidak diketahui oleh orang yang tidak dapat mengetahuinya” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). Penyakit `Ain dalam perubatan Islam dikenali sebagai penyakit maknawi iaitu penyakit yang menimpa hati ia bukan penyakit hissi (penyakit yg dapat dilihat atau pun dirasakan oleh panca indera). Cuma nak bagitau itulah punca utama kita rasa simpton-simpton dengan aura negatif sekeliling. Keadaan kita tiada semangat, selalu ada gangguan misteri, tubuh kita lemau dan tidak bertenaga, emosional tanpa sebab, gangguan haid (wanita), masalah dalam rumahtangga, mimpi-mimpi yang menakutkan, was-was, hilang fokus, banyak sendawa, malas beribadah, menguap terutama waktu beribadah, selalu mimpi berterusan tentang binatang atau orang tertentu yang mengejar atau dipandang dengan pandangan menakutkan atau disakiti, diancam atau terjadi pertengkaran, menangis tanpa sedar, tubuh bergetar terutama tangan dan kaki. Itu di antara simpton-simpton yang dibincangkan oleh guru kami. Air penawar ini sebagai 'alat' untuk menghindari PENYAKIT `AIN yang sesuai untuk semua peringkat yang telah diruqyahkan mengikut RUQYAH SYARIAH. Punca air daripada PERGUNUNGAN dan 7 Kolah Masjid serta diterapi. Sesuai kegunaan luaran sahaja bukan untuk diminum. Boleh dicampur dengan air lain untuk buat mandian/basuhan/lumuran pada kedua-dua belah mata.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now