Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Edition Type
Description

PELUKIS JALANAN

Penulis: teme Abdullah

Jumlah Muka Surat: 216

Saiz: 14.7 cm x 19.9 cm x 1.5 cm

Berat: 233 gram

Format: Kulit Nipis (Paperback)

● SINOPSIS

Pelukis Jalanan mengisahkah pengalaman penulis, iaitu Teme Abdullah yang menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di London, United Kingdom selepas tamat A-Level. Pada asalnya, Teme mendapat biasiswa untuk ke luar negara tetapi biasiswanya itu ditarik gara-gara keputusan A-Level yang tidak memberangsangkan.

Namun begitu, beliau tidak berputus asa dan menyambung pelajaran di United Kingdom dalam bidang architecture menggunakan duit biayanya sendiri.

Bertitik tolak daripada itu, bermulalah kisah hidup Teme di bumi London yang penuh dengan cabaran dan pancaroba. Beliau terpaksa mengorbankan masa lapangnya dengan bekerja di sebuah restoran ‘ fast food ‘ untuk mencari pendapatan sampingan bagi mengisi perut dan duit poketnya.

Kadangkala, terpaksa juga Teme mengikat perut akibat daripada kekurangan biaya kerana wangnya habis digunakan bagi membayar yuran pelajarannya yang mencecah lebih RM80 ribu bagi satu semester. Mana tidaknya, selepas mengorek kesemua sumber wangnya, tiada sesen wang yang tinggal dalam dompet beliau.

Buku ini turut menyentuh kehidupan Teme di dalam universiti dimana dia dikhianati oleh rakan sekelasnya. Salah seorang rakannya itu telah melakukan sabotaj ke atas Teme ketika penghantaran tugasan berkumpulan yang boleh mengakibatkan Teme perlu mengikuti kelas sambungan pada musim panas.

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

[Teme Abdullah]

● KANDUNGAN

Kisah Si Pelukis Jalanan

Dapat biasiswa ke luar negara

Terkandas di A-Level

Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri

Kerja di fast food restaurant untuk survive

Bank account balance = £0

Ditikam belakang oleh rakan sekelas

Sebulan makan nasi + telur + garam

Mula melukis di jalanan

Lukisan mula menempah nama di Instagram

Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

#penulisjalanan #temeabdullah

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now