Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Shipping Fee:
RM3.18 - RM5.19 (incl. SST)
Specification
Import/Local,Cover Type
Description

✅ Novel sulung dari penulis baru, Fadima Mooneira yang diterbit sendiri (terbitan tahun 2022). 454 mukasurat. ✅ Genre: Romance ✅ FAIL MERAH: Sebuah Novel Romansa Dewasa oleh Fadima Mooneira “Kalau apa-apa terjadi kat baba, Emil jaga mama dan Emilia ya. Be the man of the house.”– Tuan Muhayat. Pesanan terakhir Tuan Muhayat keramat di hati anak sulungnya, Emil. Pada hari yang sama, Tuan Muhayat pergi tanpa diduga. Beliau ditemui rebah dan tidak bernyawa di bilik pejabatnya. Sebulan selepas pemergian Tuan Muhayat, Emil dan keluarganya dilanda lagi satu musibah. Arwah Tuan Muhayat telah dituduh terlibat dalam satu kes jenayah yang tidak dilakukannya. Tuduhan tersebut sekaligus telah mencemarkan nama baik arwah dan menjadikan keluarga yang ditinggalkannya dihina orang ramai. Semasa mengemas barang-barang bapanya, Emil terjumpa sebuah fail yang mencurigakan. Di dalam fail tersebut tertulis nama ‘Redzwan Yusof’. Redzwan Yusof! Nama itu kekal dalam ingatan Emil. Emil berhajat untuk menjejaki insan yang bernama Redzwan Yusof. “Baba… insan istimewa buatku, pemergiannya akanku bela…” – Emil Muhayat 13 tahun berlalu, Emil sudah dewasa dan kini bergelar seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Insan yang dijejakinya pula sudah bergelar Datuk dan kini merupakan seorang Ketua Pengarah di tempat Emil bekerja. Di tempat kerjanya, Emil berkenalan dengan seorang gadis bernama Dahlia Jamilah yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Datuk Redzwan Yusof. Semasa awal perkenalan, Emil cuba menggoda Dahlia dengan tujuan untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai Datuk Redzwan Yusof. Tetapi setelah jauh berkenalan, hubungan Emil dan Dahlia menjadi semakin rapat. Keperibadian Dahlia yang jujur dan baik hati telah membuatkan Emil jatuh cinta padanya. Emil dan Dahlia disatukan sebagai pasangan suami isteri pada pertengahan cerita. Kehidupan mereka sangat bahagia sehingga Emil dikhabarkan berita mengenai bapa Dahlia. “Mama cuma nak beritahu kau… dendam itu pintu kejahatan. Dendam itu boleh makan diri kau sendiri lambat laun. Jangan biarkan ego kau sekarang makan diri kau masa akan datang. Kau fikir baik-baik, Mil. Jangan ego kau sekarang buat kau menyesal kemudian hari. Be wise my son.” - Puan Asra Antara cinta dan dendam… yang mana satu akan menjadi pilihan Emil Muhayat? Sanggupkah Emil merosakkan kebahagian yang dia telah dibina bersama Dahlia hanya kerana dendam dan egonya?

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now