Kisah Di Balik Serban adalah kisah yang ditulis berdasarkan kisah benar. Shuhada merupakan seorang anak, isteri dan perempuan yang telah menjadi mangsa dalam setiap keadaan. Setiap mimpi indahnya bertukar gelap dan tidak bercahaya selepas dia dirogol oleh bakal suaminya iaitu Alias. Alisa merupakan seorang ustaz lulusan Mesir menjadi pilihan ibu bapa Shuhada manakala Azam bekas tunangnya pula hanaya garduan dari Universiti tempatab, pertunangannya bersama Azam terpaksa dibatalkan selepas kehadiran Alias. Kehidupan Shuhada penuh dengan kesakitan dan kesengsaraan, setelah beberapa kali keguguran Shuhada akhirnya dinasihatkan untuk tidak lagi mengandung. Kesakitan Shuhada bertambah apabila Azam meninggal dunia akibat kemalangan, sejak hari itu Shuhada sering berada di dalam alamnya sendiri bersama Azam.