Memahami Petunjuk & Kitaran Ekonomi Untuk Menjana Pulangan & Mengurangkan RIsiko Kerugian
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
No shipping options available, please check with seller
Specification
Ships From
Description

Kursus Online - 108 video pendek dengan jumlah masa hampir 6 jam. 5 video tambahan untuk 2022. - Dua video Bahasa Inggeris dengan sari kata BM lebih kurang 40 minit - Lebih 120 slide dalam bentuk PDF sebagai nota ringkas - Video tambahan pada masa depan jika ada perkembangan ekonomi terkini penting - Boleh ditonton berulang-ulang kali - Gunakan Shop Voucer - Diskaun RM10 untuk setiap pembelian RM70 -  Perlukan sambungan Internet untuk tonton video - Hanya dijual di sini - Berikan emel anda pada remarks atau message kami - Ada pilihan return/refund di Shopee jika tak puas hati Keadaan ekonomi global dan tempatan memainkan peranan penting untuk menentukan peruntukan aset dan pelaburan. Keputusan pelaburan yang dibuat tanpa kajian dan unjuran tentang keadaan ekonomi boleh meningkatkan risiko kerugian. Kursus online ini memberikan kefahaman tentang faktor ekonomi yang mempengaruhi aset pelaburan anda, terutamanya saham, unit amanah dan hartanah, di samping aset lain seperti komoditi dan emas. Selain itu, faktor asas ekonomi seperti penawaran dan permintaan dan juga proses penciptaan wang turut dikupas untuk memberikan penerangan tentang sistem kewangan semasa. Mengapa kita perlu kaji petunjuk dan kitaran ekonomi? 1. Keadaan ekonomi pengaruhi untung syarikat, pasaran saham dan bon 2. Buat keputusan tentang masa untuk membeli dan menjual 3. Menentukan sektor mana yang sedang berkembang dan menguncup 4. Membantu menentukan peruntukan aset anda 5. Menentukan risiko yang mahu diambil 6. Menentukan negara atau rantau mana yang sesuai dilaburkan 7. Elakkan diri daripada terlalu lalai dalam pasaran hangat 8. Siap-sedia dan ambil kesempatan daripada kejatuhan pasaran Kursus ini dibahagikan kepada 20 topik serta satu topik tambahan mengenai Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi dan pelaburan. Topik-topik boleh dibaca dalam gambar di atas. Keadaan ekonomi yang berbeza adalah baik untuk sesetengah aset dan kurang baik untuk aset lain, bagus untuk saham tertentu dan negatif bagi saham lain. Contoh paling jelas ialah krisis Covid-19 yang menimbulkan kesan buruk amat ketara bagi sesetengah sektor seperti pelancongan, minyak & gas dan retail, tetapi merupakan habuan besar bagi sektor seperti peralatan perubatan dan juga teknologi. Kursus ini akan mengajar anda meninjau pelbagai petunjuk ekonomi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang di mana hala tuju ekonomi pada masa depan, dan memberikan anda kelebihan untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak. Siapa yang sesuai mengikuti kursus ini? 1. Pelabur tahap asas (beginner) dan pertengahan (intermediate) 2. Mereka yang mahu meningkatkan ilmu ekonomi untuk menambah baik keputusan pelaburan 3. Mereka yang mahu belajar meramalkan kitaran ekonomi 4. Pelabur yang ingin memahami apa yang diutarakan oleh pakar-pakar ekonomi di media 5. Pernah belajar ekonomi di sekolah atau kolej tetapi di peringkat paling asas sahaja 6. Atau tidak pernah mengambil subjek ekonomi di universiti :

Chat Now
Add to Cart
Buy Now