MOTIVASI INSPIRASI TERBAIK: BERFIKIR GAYA CHAMPION & HIJRAH CHAMPION GAYA RASULULLAH
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Year
Description

BERFIKIR GAYA CHAMPION Kumpulan cerita dan ujana sebagai petunjuk proses pemikiran dan tindakan yang saya percaya dapat membantu pembaca menuju kejayaan dalam kehidupan, kerjaya dan bisnes yang ingin diceburi. Ia berjaya saya praktikkan dalam skala besar gambaran kehidupan sejak kecil lagi. Saya mengulas topik-topik berkaitan dan memberi contoh serta membentangkan formula yang saya percaya akan menjadi nasihat solid. Saya menggunakan kaedah bercerita pengalaman diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan daripada sumber pembacaan saya. Kata seorang teman, “Berfikir kerana dunia, bukanlah champion namanya.” Sungguh benar kata-kata sahabat saya itu. Jadi saya fokuskan buku ini kepada perjalanan dunia bisnes dan peristiwa sepanjang sela kehidupan. Nyata dan tersirat dengan menyelitkan panduan daripada Al-Quran dan sunnah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad (SAW). Pemikir Cina Confucius berkata, “Pembelajaran tanpa berfikir adalah usaha sia-sia.” Multi-jutawan Donald J. Trump menulis, “Kadangkala orang menumpukan terlalu banyak masa kepada masalah lebih daripada fokus terhadap peluang (yang terbentang di hadapan).” Para champion sama ada memang dilahirkan begitu atau dibentur. Seorang champion daripada seluruh para champion sepanjang masa ialah Nabi Muhammad (SAW). Banyak strategi champion semasa menghadapi serangantentera kuffar, menghadapi kesukaran dan kelaparan, menghadapi permasalahan para sahabat Baginda dan pada seluruh kehidupan Rasulullah (SAW) yang diumpamakan sebagai Al-Quran berjalan itu. Saya terapkan daripada sudut sirah baginda Nabi Muhammad (SAW) serta sudut Islam lainnya. ----------+---------- “Sebuah buku motivasi. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buku ini boleh menjadi pendorong atau memberi jalan untuk kita yang menghadapi kekecewaan dalam mengejar impian. Bagaimana untuk memimpin diri ke arah yang lebih baik.” – Cikpuan Suhailah Onn ----------+---------- HIJRAH CHAMPION GAYA RASULULLAH Makna hijrah seeloknya selalu hidup dalam diri kita. Peristiwa perjalanan Rasulullah (SAW) itu mesti dijadikan pengajaran dalam setiap usaha kita mentransformasikan setiap jejak, baik mengubah nasib atau menjadi lebih baik. Kita sebagai manusia, apatah lagi umat Islam, wajib melihat penghijrahan Nabi besar itu sebagai ibrah yang direnung dan diamalkan. Perintah hijrah Rasulullah (SAW) dan para Sahabat sebelumnya ialah perintah Allah, bukan dibuat secara suka-suka. Dalam misi itu, Rasulullah (SAW) menerima banyak halangan. Andai Allah mahu, boleh sahaja Dia menerbangkan hamba-Nya itu ke Madinah atau memudahkannya. Namun tidak begitu. Allah mahu agar para Sahabat, Nabi Muhammad (SAW) dan Abu Bakar as-Siddiq berusaha gigih. Rasulullah (SAW) berkata, “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Mekah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) * Setiap buku akan ditandantan.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now