[ORIGINAL] LELAKI YANG HEBAT-HEBAT DALAM AL-QURAN (SYAARI AB RAHMAN) - IMAN PUBLICATION
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Damage Protection
Learn More
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Edition Type
Description

LELAKI YANG HEBAT-HEBAT DALAM AL-QURAN

ISBN: 9789832423898

Penerbit: Iman Publication

Penulis: Syaari AB Rahman

Tahun Terbitan:2020

Muka Surat:268

● SINOPSIS

Melalui buku ini, Ustaz Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.

⭐️ Sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah pemuda hebat dalam Al-Quran. Agar kisah-kisah dalam Al-Quran tidak dirasakan hanya sejarah tetapi juga diturunkan buat pedoman ummat hari ini.

⭐️ Istimewanya naskah ini kerana penulis mengeluarkan terus watak-watak yang boleh dijadikan contoh dalam membina karakter lelaki yang hebat dalam diri bukan berdasarkan surah.

☘️ Buku ini untuk siapa?

• Lelaki-lelaki yang ingin menjadi hebat.

• Wanita yang ingin lelaki-lelaki dalam hidupnya menjadi lelaki yang hebat.

• Ibu ayah yang ingin membentuk anaknya menjadi lelaki hebat sedari kecil.

• Para guru yang mencari formula dalam membina karakter anak-anak lelaki.

• Para peminat ibrah al-Quran yang ingin menambahkan kefahaman kepada al-Quran.

Buku ini menimbulkan minat kepada lelaki khususnya untuk kembali kepada Al-Quran menerusi kisah-kisah mengenai ‘diri mereka’ sendiri dalam al-Quran.

Kisah lelaki-lelaki dalam al-Quran ini disentuh untuk mengilap potensi sebenar yang seharusnya dicapai oleh seorang pemuda dan juga sebagai ingatan mesra tentang kepentingan iman dan amal soleh dalam usia muda.

Dalam buku ibrah kali ini, Ustaz telah menyentuh kisah Pemuda Al Kahfi dengan terperinci dan juga menyentuh kisah 4 orang nabi iaitu:⁠

• Nabi Ibrahim AS

• Nabi Ismail AS

• Nabi Daud AS

• Nabi Isa AS

☘ Pemuda al-Kahfi. Lambang ketegasan pendirian, antara memilih kesenangan dan kemewahan hidup ataupun sebuah gua. Kekuatan iman telah menuntun mereka ke gua, yang dijanjikan padanya ada rahmat Allah SWT dan bimbingan-Nya.

☘ Seorang Nabi muda melalui dakwahnya yang penuh kebijaksanaan iaitu Nabi Ibrahim AS mengajar asas dan seni dakwah. Ia adalah suatu hal yang sering diabaikan para pendakwah muda yang kadang-kala semangatnya mengatasi ilmu pengetahuan.

☘ Nabi Ismail AS yang nyaris dikorbankan ayahandanya kerana perintah Allah SWT mengajar hakikat kehidupan ini hanyalah ujian semata-mata daripada Allah SWT.

☘ Kisah Nabi Daud AS adalah kisah zero to hero. Seorang remaja yang tidak dikenali, namun potensi dan kepakarannya sangat strategik sehingga sekelip mata sahaja membunuh ketua pasukan kafir yang berlipat kali ganda jumlahnya berbanding tentera Mukminin.

☘ Kisah Nabi Isa AS dengan seorang pemuda Hawariyun ketika rumah hampir dikepung Yahudi dan Romawi memaparkan sebuah realiti bahawa adanya pemuda yang cintanya kepada Syurga melebihi dunia dan segala isi yang dikandungnya.

#lelakihebathebat #syaariabrahman #sekuelpybb #lelakiyanghebathebat

This seller is currently on vacation.
Chat Now
Add to Cart
Buy Now