Kitab Tashil Nayl al-Amani fi Sharh Awamil li al-Jurjani karangan Sheikh Ahmad al-Fatani
service icon
15 Days Free Returns. No Questions Asked*
Enjoy Free Returns, No Questions Asked* with Change of Mind!
Damage Protection
Learn More
Wholesale Price
Buy (≥ 10 items)
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Ships From
Description

Ini adalah sebuah Kitab تسهيل نيل الاماني . Kitab ini adalah karangan Sheikh Ahmad al-Fatani (meninggal dunia 1908) dalam bidang ilmu tatabahasa Arab. Kitab ini merupakan adalah subjek atau korpus kajian saya di peringkat PhD (Pengajian Bahasa Arab di UniSZA (2014-2018). Saya mendapati para pelajar khususnya di pondok-pondok menemui sedikit kesukaran membaca kitab yang tidak berbaris. Untuk memudahkan para pelajar khususnya yg mempelajari kitab ini di pondok dan pesantren, sy telah melakukan penambahbaikan dari segi mengeluarkan/takhrij shawahid quraniyah dan hadis Rasulullah saw. Di samping itu, sy telah bariskan semua perkataan kitab yg bermanfaat ini. Kitab ini juga terbuka kepada sesiapa yg ingin menjadikannya sbg wakaf kepada pelajar pondok. Untuk tujuan ini, para pembeli/pewakaf perlu menyatakan alamat pondok dengan jelas agar buku wakaf ini sampai kepada para pelajar berkenaan. Terdapat begitu banyak pondok yang menawarkan pengajian kitab Tashil ini. Penulis juga turut menyediakan kelas talaqi Kitab Tashil ini secara online (Atas talian) di Facebook Page Makrifah Centre pada setiap hari Isnin jam 9.00-10.00 malam. Kelas ini diadakan secara percuma sahaja. Para peserta kuliah ini berpeluang berinteraksi secara langsung bersama penulis yang mengajar kitab ni melalui link streamyard yang akan disediakan sepanjang kuliah berlangsung. Sekiranya pelajar tertinggal mana-mana episod, mereka masih boleh mengikuti kelas talaqi kitab Tashil secara rakaman yang disediakan dalam FB tersebut (Makrifah Centre). Semoga usaha ini dikira amal soleh buat kita semua, anda selaku pembeli sama ada untuk apa tujuan sekalipun, para penyumbang, pewakaf dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. In Sha Allah.. selamat membeli buku ini.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now