Tajuk: Kenitra Penulis: Mizhar Mazlan Tahun Terbitan: 2022 Muka Surat: 340 Halaman: Hitam Putih Sinopsis: Apabila bertemu rakan-rakan, teman sekuliah atau sesiapa yang dikenali, orang Arab gemar bersalam sambil melekapkan pipi. Di Malaysia kaum hawa sahaja yang biasa dilihat melekapkan pipi sesama mereka, tetapi di sini kaum lelaki turut sama melakukannya. Sambil itu mulut mereka akan bertanya khabar. Perkataan keif hal, labas, kidir, hanin sebenarnya membawa maksud yang sama sahaja iaitu bertanyakan khabar. Perbuatan mereka ini menampakkan keakraban dan ia telah menjadi satu kelaziman dalam budaya dan kehidupan mereka. Kadang-kadang tidak sekadar bertanyakan khabar kita tetapi turut bertanyakan khabar kawan-kawan di rumah, orang kampung dan sebagainya. Mungkin kalau berbual di telefon, lebih 1/3 isi perbualan hanya habis untuk bertanyakan khabar sahaja.